Dah lama dok berangan nak buat mafela sendiri. Selalunya bila habis musim peperiksaan akhir tahun @ selepas PMR, ada segelintir budak perempuan yang bawa alat untuk buat mafela dan dibuat di sekolah. Tahun lepas dah tengok, tapi baru tahun ni cheq sue perati betul2 dan buat sendiri alatnya. Memang senang aje rupanya, tapi memerlukan kesabaran sebab boleh sakit pinggang kalau dok hadap bende tu manjang...
Alat untuk membuat mafela tu hanya diperbuat daripada kayu, saiznya bergantung la pada kesesuaian. Yang cheq sue buat tu menggunakan kaki meja yang dah xnak guna. Bilangan paku tu pulak bergantung pada kelebaran mafela yang dihasilkan. Kalau lebih banyak paku maka lebih lebarlah mafela yang akan dihasilkan. Yang cheq sue buat tu 19 paku di setiap bahagian.
Cara nak membuat mafela ni x la senang kalau xde tengok. Nak terangkan pun susah. Ianya boleh dimulakan samada dari sebelah kiri atau kanan, dengan menggunakan kaedah silang (criss - cross) dengan sifir 1-2, 3-4, 5-6, ....... dan seterusnya dibuat sebanyak dua pusingan, kiri - kanan dan kanan - kiri. Tak paham? He he he.... cheq sue pun pening nak cakap. Takpelah, korang tengok2 ajelah benda tu... Nanti kalau cheq sue sempat cari cara2 kat youtube cheq sue akan uploadkan.
Sekiranya mafela ni dibuat sendiri, hanya memerlukan 2 gulung benang kait berharga hanya RM 4.40 berbanding beli yang dah siap berharga RM15. Dok CH memang sesuai sgt la nak melilit mafela tu kat leher time sejuk2, memang dapat kurangkan kedinginan...kalau dok tempat lain mmmm paham2 sendiri la ye... Jangan sengsara kalau nak bergaya!!! Wassalam...
Dah lama sebenarnya dok plan nak buat kung pao. Selalunya seresepi kung pao menggunakan ayam, tetapi dengan kuasa dapur yang ada pada cheq sue, udang yang menjadi pilihan. Stok ayam x ada di rumah, kebetulan ke pasar malam beli udang 1/2 kg, seploh hengget tau...kemain cekik darah betol. Menggunakan udang pun nampaknya xde berbeza sangat, walaupun belum pernah rasa kung pao tu camana.... :)
Udang kung pao ni cheq sue masak malam tadi dan dibawa bekal hari ni. Peperiksaan sehingga 10.30 aje jadi bolehlah makan di luar. Tak salah kan bawa lauk sendiri... Bukan kedekut okay, tapi sebab xdan makan kat rumah, kita ejas la kat luar. Kita yang buat dia kan....
Dengan berpandukan resepi ni, cheq sue ubah sedikit bilangan bahan-bahannya agar serata dengan jumlah udang yang digunakan. Cili benggala tu pulak x ada dan cheq sue gantikan dengan cili hijau. Rasa2nya dah ramai yang membuat lauk ni, adakah aku yang tertinggal keretapi? He he he...kalau korang dah buat, cuba dengan udang ni pulak, mana la tahu kot2 menjadi kegemaran.... Sampai jumpa lagi ya. Wassalam...
UDANG KUNG PAO
Sumber : Dla Aj MyR
Bahan-bahan :
1/2 ekor ayam di potong kecil - kecil * cheq sue ganti dengan udang dalam 15 ekor
3 sudu kicap, 1/2 sudu sos tiram , garam & serbuk lada sulah secukup rasa *
* perap ayam selama 10 minit. Selepas itu goreng separuh masak. cheq sue tak goreng
50 gram kacang gajus (digoreng terdahulu)
10 biji cili kering (dipotang lebar - lebar)
1 biji cili bangala (dipotong dadu) cheq sue ganti dengan cili hijau
1 biji bawang besar (dipotong dadu)
4 ulas bawang putih (ditumbuk halus)
3 cm halia (ditumbuk halus)
2 sudu sos cili & sos tiram
Garam secukup rasa
Cara-cara :
Goreng cili kering & ketepikan.
Tumis bawang putih & halia yang sudah dikisar, kemudian masukkan bawang besar.
Masukkan ayam (udang yang diperap terlebih dahulu tadi), cili bangala, sos tiram, sos cili, garam & sedikit air sekiranya terlalu kering.
Bila semuanya sudah sebati bolehlah masukkan cili kering & kacang gajus, kacau seketika & siap untuk dihidang.
Cucur nasi ni cheq sue buat pagi ni, masih ada, tengah panas2 lagi. Bukan guna nasi tak habis tau, tapi sengaja simpan nasi tu untuk cuba cucur ni. Tak banyak pun, dalam 1/3 cawan aje. Cukuplah satu adunan untuk sarapan sebelum ke dewan peperiksaan. Memang lembut dan sedap rupanya cucur ni. Tak terasa pun nasi kat dalamnya. Nampaknya pasni selain buat apam snow white, cucur ni akan menjadi pilihan kalau nasi tak habis. He he he...
Okeylah...xleh nak sembang panjang ni. Idea mencurah tapi xleh nak share. Terima kasih pada yang sudi datang dan meninggalkan komen. Maaf ya cheq sue tak dapat nak bw lagi...agak sibuk sikit. InsyaAllah nanti bila ada kelapangan cheq sue singgah ya... Wassalam...
CUCUR NASI
Resepi : Kak Yatie
Sumber : Liza
Bahan-bahan :
2 cwn nasi
2 cwn air
1 biji bwg besar - Liza potong dadu
2 biji bwg putih
1/2 cwn ikan bilis
2 1/2 cwn tepung gandum
1 biji lada besar dihiris nipis (jika suka)
Daun sup/bawang (di hiris halus)
sedikit garam
Minyak untuk mengoreng
Liza tambah crabstick - cheq sue pun
Cara Membuatnya
Blend nasi bersama air, masukkan sekali ikan bilis, bwg putih dan bwg besar...kisar sebati.
Masukkan tepung gandum ke dlm bekas dan tuangkan bahan2 kisar tadi...gaul sebati.
Campurkan semua bahan2 hirisan, garam dan gaul sebati.
Panaskan minyak dan goreng adunan cucur hingga masak.
Saya gunakan tangan saja utk menjemput cucur ini....pastikan jari di basahkan sedikit dngn air supaya mudah. Selamat Mencuba...
Sekarang ni tengah menghitung hari nak balik ke kampung halaman... Dah kering rasanya bersendirian di sini. Tah betah lagi nak bersenang2. Di tubir mata sudah terbayang ikan-ikan darat yang enak digulai... Musim2 hujan enak pekena ubi rebus, tidak pun ikan pekasam yang menusuk hidung. Aishhhhh xleh jadi nih...
Lauk telur ni cheq sue masak lunch semalam. Bukan kata kering duit nak beli ayam ke lauk2 lain, tapi x keluar ke mana-mana, nak ke pasar malas, bila sorang2 ni nak gerak pun terbatas.Ekor kita dah sedap dok di kampung. Tengoklah nanti kena pi cari lauk jugak. Kalau hari2 pekena telur aje xleh...xleh...
Telur ni cheq sue masak sebiji aje, kira2 sekali habis. Bahan2 tu pulak cheq sue kurangkan jugak, biar seimbang dengan telurnya. Maklumlah, telur ni bukan peberet mana pun, sekadar nak jadi lauk, telan jugak. Selalu kalau masak kicap, memang cheq sue suka letak ubi kentang. Lada hitam pulak x terfikir pulak cheq sue nak masukkan sekali. Rupa2nya bila dah tambah lada hitam ni memang lagi sedap. Pasni boleh la try selalu.... Kalau korang ketandusan idea tu bolehlah cuba lauk ni. Gerenti x menyesal. Wassalam...
TELUR MASAK KICAP LADA HITAM
Resepi: Kak Ummi @ HSH
Sumber : Tun Telani
Bahan-bahan:-
3 biji telor
1 labu bawang besar - hiris kasar
2 ulas bawang putih - dihiris nipis
2 cm halia - dihiris halus btg mancis
1/4 sudu kecil lada hitam kisar
1/4 sudu kecil serbuk lada sulah
3 - 4 sudu besar kicap pekat ABC kita guna kicap kipas udang aje
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos cili
1 - 2 sudu besar kicap masin
1/2 biji lada benggala hijau - hiris memanjang - xde, tun letak cili merah n cili padi letak cili hijau
1/2 biji lada benggala merah - hiris memanjang - xde jugak
1 biji tomato - dibelah 6 xde stok
sedikit garam (jka perlu)
sedikit air
minyak utk menumis
Cara-Cara:-
Goreng dulu telor sebiji-sebiji berasingan (telor mata). Ketepikan.
Dalam kuali, panaskan minyak dan tumis bawang besar, bawang putih dan halia hingga naik bau.
Masukkan kicap pekat, sos tiram, kicap pekat, kicap masin, sos cili dan serbuk lada sulah. Masukkan sedikit air. Tambah garam jika perlu.
Masak hingga mendidih dan masukkan telor yang digoreng tadi.
Masukkan lada benggala dan diikuti buah tomato, masak dengan api sederhana hingga kuah menyerap dan sedikit pekat. (lada benggala n tomato jgn dibiar layu sangat)
Tutup api dan hidangkan.