Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera
Satu resepi yang saya selalu cuba dan memang menjadi. Sya buat ni pun dah lama, kebetulan pakcik kata nak singgah ke CH dari KL tapi tak jadi. Mujur jugak buat setengah adunan je, tak la seksa nak habiskan. Kali ni saya buat dengan mencampurkan sedikit perisa blueberry. Warna memang tak ada, agak suram sedikit tapi rasanya boleh tahan. Kalau selalu guna vanilla tapi sesekali bubuh blueberry pun ok.
Kawan-kawan boleh la cuba, sedap kalau dapat makan dengan teh atau kopi O. Yang saya buat ni tak menyempat nak cicip bagai, terus je makan satu satu... Gambarnya pulak jadi kelabu asap sikit kerana snap waktu malam. Kalau nak cuba resepinya dibawah ni... saya nak sambung kerja mesyuarat ni pulak... *_*
GEBULICIOUS BUTTER CUPCAKES
Resepi : cha@myresipi.com
Bahan-bahan (
menghasilkan 25-30 cupcakes menggunakan souffle cup.. :)
250g
Buttercup
5 biji telur
(gred B)
200g gula
castor
210 tepung
self-raising (ayak)
1 sk esen
vanilla
sedikit
pewarna kuning (optional)
Cara-cara
pukul butter
dan gula hingga gebu
masukkan
telur sebiji dan kacau sebati. Ulang proses ini hingga telur habis.
masukkan
tepung sedikit demi sedikit..gua kaedah kaup balik.
panaskan oven
180c (10 minit)..bakar selama 15 minit..
pssst..petua
kek naik cantik,ringan dan gebu ialah anda perlu panaskan oven pada suhu maksima
di oven anda selama 10 minit. Selepas oven dah panas,tukar suhu kpd 180c dan
bakar selama 15 minit..jgan lupe turunkan suhu..klu x hangit la kek mu
itu..hope it helps..
Sedapnya akak tengok cheq shue.... gebusss gitew :)
ReplyDeletewaah...betul2 gebu ler..!hihi
ReplyDeletewow.. sedap muffin.. saya kalau buat angkut mai ofis ler.. anak2 kureng minat.. hehehe
ReplyDeleteDah lama tak membaking... terliur!
ReplyDelete