Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera
Sejak saya dah pandai makan tempoyak ni... masak secara gulai tempoyak menjadi salah satu pilihan saya. Walaupun kadang-kadang rasanya tidak menepati piawaian atau seperti yang dijual di kedai tapi dah cukyp memuaskan hati saya.
Kali ni saya godek resepi dari internet dan berkenan pulak dengan resepi dari majalah RASA seperti yang dikongsikan oleh Kak Rohah. Saya buat seketul bahagian kepala je. Kawan saya yang beli... dia ambil ekor saya ambil kepala. Kalau yang saya beli sekor-sekor besar 3 jari je.
Yang dah siap posing dalam mangkuk ni bekal saya ke sekolah. Agak terlembik sikit sementelah perangat pun 2 kali. Pastu ikan pun dah agak lama menetap dalam peti sejuk. Tak ngapelah yang penting semuanta dah habis.
Saya copy semula resepinya di bawah ni. TQ Kak Rohah...

Bahan-bahan:
4 ekor talapia | potong
15 biji cili padi | kisar (saya
kurangkan)
2 biji bawang merah | kisar
2 1/2 cm kunyit hidup | kisar
3 batang serai | ketuk
3 sudu makan tempoyak
Garam kasar secukup rasa
2 tangkai daun kesum
750ml air/ secukupnya
Cara memasak:
1.Masukkan bahan-bahan yang dikisar ke dalam
periuk bersama tempoyak.
2.Selepas itu masukkan air dan serai.Gaul
sehingga rata di atas api sederhana sehingga mendidih.
3.Masukkan ikan, daun kesum dan garam secukup
rasa.
4.Masak sehingga mendidih dan pekat.Angkat dan
sedia dihidangkan.
sodap nyer...
ReplyDelete