Wednesday, March 12, 2014

Resepi Sup Ayam Kacang Peas & Roti Bawang Putih

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Entry tertunggak. *_x

Sup ini lebih kepada masakan try n error. Kebetulan lebihan roti masih ada, jadi godek-godeklah sekejap di dapur berdasarkan resepi2 sup yang pernah dibuat sebelum ini. Alhamdulillah rasanya not bad, kiranya lepaslah ditekak sebelum masuk ke perut.


Beginilah rupa paras sup kacang peas saya. Agak kehijauan sedikit kerana udah memang warna kacang peas tu hijau. Cuma saya blend sup ni halus sangat, rasanya lagi vass kalau ada kacang yang berketul-ketul sikit bila menggigitnya. 


Kalau selalu kita buat sup cendawan, apa kata sesekali tukar selera pulak dengan mencuba sup kacang peas. Bagi saya yang sukakan kekacang, memang kena dengan selera.

Pekena pulak dengan roti [resepi] bakar bawang putih yang dibuat sendiri, memang makan tak sedar dah habis beberapa keping. Untuk resepi simplenya saya dah tuliskan di bawah bagi sesiapa yang ingin mencuba.



SUP AYAM KACANG PEAS
Resepi : Cheq Sue

1 tin kacang pis - bersihkan dan tos air
1/2 kiub ayam
2 cawan air
1 sb tepung gandum (larutkan dengan sedikit air)

Kisar halus kacang peas dengan air
Masak hingga mendidih, masukkan kiub ayam
Masak seketika, masukkan bancuhan tepung gandum
Setelah agak pekat, matikan api

ROTI BAWANG PUTIH
Resepi : Cheq Sue

Kepingan roti putih - mencukupi

2 biji bawang putih - belah dan keluarkan empulur di dalam - tumbuk lumat
1 sb marjerin
Secubit oregano kering
* semua bahan ini dicampur bersama

- sapukan bahan mentega bawang putih ke atas roti dan bakar di dalam hot pan

6 comments:

  1. Salam Cheq Sue..sedapnyaa dpt mkn garlic bread & sup..nnt nk try bt sup kacang peas nii..nmpk sedapp ^__^

    ReplyDelete
  2. mmg nampak sedap. selalu sup cendawan je kan..

    ReplyDelete
  3. rasanya... tekak akak pun pas dgn sup ni... sedapnya... blh test nnt...

    ReplyDelete
  4. salam cheq sue..

    nampak macam menarik sup ayam kacang peas tu..

    ReplyDelete
  5. T.kasih sue resepi sup kcg peas tu..seronok baca cerita dikampung..,

    ReplyDelete
  6. nampak sedap
    terima kasih atas resepinya :)

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]