Sunday, March 9, 2014

C@AC 24 : Blueberry Cheese Tart



Aloyah baru saja selesai memasukkan data kakitangan yang terkini. Nampaknya jabatan memerlukan sekurangnya dua orang pekerja baru untuk membantu meningkatkan produksi. Dengan beban kerja yang semakin bertambah, cadangan ini perlu dikemukakan segera. Encik Paris perlu mengusulnya di mesyuarat majlis. Kalau dapat nanti sekurangnya kakitangan tak perlulah terkocoh ke sana sini. Dia berehat sebentar sambil menikmati blueberry cheese tart, lebihan yang di order oleh salah seorang cikgu sekolah Fiza. Sengaja dia buat lebih, kerana selain dia dan Fiza, Encik Paris juga merupakan penggemar cheese. Iya lah, dengan filling blueberry yang masam-macam dan lemak-lemak cream cheese, makan tak hengat la jawabnya. Satu box kecil berbalut kemas sudah bertukar tangan tadi. Di dalamnya ada 12 biji tart pelbagai deco, istimewa untuknya.

Ø  Mlm nnti aku nk jmpa kau

o   Ada apa?

Ø  X blh cerita, nnti mlm br tahu

o   Rahsia apa, bgth la skrg, aku mls nk keluar kalau x ada apa yg ptg

Ø  Please Loyah, kau msti keluar, need 2 c u

o   Jmpa skrg x blh ke?

Ø  Skrg aku bz, pls la mlm nnti ya

o   Mmmm ye lh

Ø  Aku tgu di Nasya

o   K

Ada apa hal pulak budak Mustaza ni. Selalu tak pernah berplease-please begini, entah apa yang penting mahu dibicara. Aloyah bukan apa, dia jarang keluar malam, apatah lagi nak keluar berdua begitu. Kalau tidak dengan Fiza, Mail mesti ada.
‘Mama saya nak cakap.’
Encik Paris tiba-tiba keluar dari bilik dan menghulurkan Samsungnya. Apa hal pulak Puan Makalsum ni? Dengan hati-hati dia menyambut telefon canggih nipis milik Encik Paris. Aduh, macam tak pegang apa-apa je telefon ni. Ringan pulak tu, takut je dia kalau jatuh. 
‘Assalamualaikum makcik. Ada apa nak cakap dengan Loyah ni?’
Aloyah memandang Encik Paris yang berdiri macam tiang lampu di tepi meja. Macam mana nak cakap ni kalau ada orang dengar.
Agaknya seperti mendengar kata hati Aloyah, Encik Paris lantas bergerak dari situ dan menuju ke meja Kak Zetty.
‘Waalaikumussalam...Aloyah sihat tak?’
‘Alhamdulillah, Loyah sihat je makcik, dah terlebih sihat dah ni. Makcik pula macam mana.’
Terdengar ketawa Puan Makalsum. Terasa Aloyah seperti sedang bercakap dengan emaknya, langsung tak ada beza. Aloyah turut sama tertawa.
‘Makcik begini la Loyah, dah tua-tua badan pun tak lasak macam orang muda.’
‘Makcik kena selalu jaga kesihatan, jangan makan makanan berminyak, kalau boleh lebihkan makan sayur dan ulam.’
Betapa sukanya Puan Makalsum. Dengan dua anak lelaki, berbeza benar jika dapat bercakap dengan anak perempuan. Dengan bakal menantu, tidak pula dia berperasaan begitu. Antara Jameela dan Aloyah, Jameela lebih senyap dan agak malu-malu untuk bersuara. Segan barangkali.
‘Itulah makanan rutin makcik Loyah oii.. Errrr bila Loyah nak datang lagi ke sini?’
Datang ke Kuantan? Kalau saja-saja memang lambat lagi la dia nak ke sana. Lagipun tak ada tujuan, malu la dia.
‘InsyaAllah makcik, nanti sampai la saya ke sana.’
‘Makcik dengan pakcik semua rindukan Aloyah. Ceria sikit rumah kami tu kalau Aloyah ada.’
Subhanallah, itu perasaan tulus ikhlas dari seorang wanita yang sudah dianggapnya seperti keluarga, padahal baru sekali Aloyah ke situ.
‘InsyaAllah makcik, nanti Aloyah datang.’
Itulah perkataan yang paling sesuai sebagai jawapan. Dia faham kerinduan Puan Makalsum, sama juga seperti emaknya yang selalu menyuruhnya pulang.
‘Fareez macam mana? Ada dia buli kamu?’
‘Eh, tak adalah makcik. Dia ok je dengan saya, janji kerja siap. Kenapa makcik?’
Takkan la dia nak report segala jelingan tajam, kata-kata bak pedang serta panas baran yang selalu dihamburkan? Ishhh tak sesuai.
Aloyah hanya memandang ketika Encik Paris melangkah masuk semula ke pejabatnya. Dia menyambung tumpuan pada kata-kata Puan Makalsum.
‘Fareez tu anak sulung. Memang serius sikit tapi dia baik. Tambah-tambah pulak ada hanya adik seorang, agak tak pandai juga dia nak berkawan.’
‘Tak makcik, dia ok je dengan saya.’
‘Begitulah yang makcik harapkan.’
Mereka memutuskan talian setelah mengucapkan selamat tinggal. Aloyah masuk ke bilik Encik Paris untuk menghantar telefon.
‘Apa mama cakap?’
Mama? Macam tak kena je ayat tu. Sepatutnya Encik Paris kata ‘apa mama saya cakap’ itu lebih sesuai.  Bila cakap mama je macam berkongsi mama pulak dia. Bikin perasaan bergelora saja.
‘Tak ada apa, hal orang perempuan.’
‘Mama kutuk saya ya?’
‘Tak, anak kesayangan, semua tentang Encik Fareez baik-baik belaka.’
‘Awak ada laporkan saya tak?’
‘Lapor apa pulak, tak ada apa yang nak dilaporkan. Encik Fareez jangan risau, kami sembang-sembang je.’
Encik Paris tersenyum manis *____*. Dia tahu Aloyah tak akan berani berkata apa-apa tentangnya.
Aduhhh..lemah semangat Aloyah melihat senyuman yang terukir. Sejak kebelakangan ini mudah betul perasaan terusik. Encik Paris pula dah semakin tawar dengan seriusnya. Dah pandai senyum dan bergelak ketawa. Dengan debar yang selalu datang tanpa di undang, dia menahan perasaan. Mintak-mintak janganlah Encik Paris tahu apa ada di dalam hatinya saat ini. Cepat-cepat dia melangkah keluar. Ingin di bawa jauh-jauh perasaan yang sedang berlagu riang di dalam.
Aloyah bersiap. Dia harus menepati janjinya dengan Mustaza. Entah apa yang hendak dibincangkan dia pun tak tahu. Melihat wajah serius Mustaza petang tadi dia tidak jadi untuk bertanya. Mustaza sekarang bukan Mustaza yang dulu. Kalau dulu dia senang untuk berbicara tapi sekarang bagai ada sesuatu yang memisahkan mereka. Semenjak balik dari Kuala Lumpur Mustaza banyak berubah. Ditambah pula apabila Aloyah sering menerima kiriman misteri, makin berkurang senyum di wajahnya.
‘Terima kasih sebab datang.’
Mustaza menyapa ketika Aloyah melabuhkan punggung di kerusi. Ketika itu belum ramai pelanggan yang ada.
‘Ada hal apa kau nak beritahu aku ni?’
Aloyah tidak menunggu lama, terus saja dia bertanya.
‘Allah...kot ya pun kita makan la dulu, aku dah lapar ni. Lepas tu kita bincang la.’
Aloyah tidak jadi meneruskan kata bila pelayan datang ke meja. Mihun tomyam dengan air suam dipilihnya. Mustaza pula memilih nasi, tomyam campur, telur dadar dan kangkung goreng belacan. Tak lupa juga dengan teh O limau suam. Seram sejuk Aloyah mendengar apa yang dipesab, makan macam ada 10 orang, langsung tak fikir orang-orang yang sengsara tak dapat sesuap nasi. Lain pulak kalau berkongsi makan berdua.
‘Sejuk pulak malam ni, padahal tak hujan.’
Mustaza berkata sambil menggosok kedua tangan. Aloyah akui, sejak dua menjak ni, cuaca agak sejuk, itu yang dia lebih selesa memerap dalam rumah.
‘Hah, apa yang kau nak cakap?’
Aloyah menyoal perkara yang sama. Dia sebenarnya sudah tidak selesa berdua-duaan begitu walaupun dengan Mustaza. Pelanggan yang masuk silih berganti menambahkan segannya. Dingin malam yang mencengkam hingga ke tulung makin menambah perasaan tak keruan.
‘Kau rasa siapa yang letak benda-benda dekat meja kau tu?’
Laaaaa, itu aje ke perkara yang hendak dibincangkan? Apa hal pulak Mustaza nak ambil tahu hal dia? Dah jadi macam Kak Zetty dan Kak Lin juga nampaknya.
‘Entah la Mus, malas aku hendak fikir. Tak ada kerja gamaknya nak surprisekan aku.’
‘Kau tak syak sesiapa?’
‘Siapa pun dia aku tak kisah, sampai masa dia penat nanti berhenti la tu.’
‘Errr, sebenarnya aku nak cakap sesuatu. Aku, aku....suka..’
Dari tadi lagi Aloyah menanti. Bukan, dari saat sms diterima petang tadi lagi dia menunggu.
‘Huk aloh demo, mari make sini tak ajok doh kawe.’
Tiba-tiba Mail datang entah dari mana, mengejutkan Mustaza yang mahu menyambung kata dan Aloyah yang sedang menunggu. Kursss semangat! Fiza di sebelahnya tersenyum cuma. Tak sangka agaknya bertemu di sini.
‘Kau dating ke?’
Fiza berbisik di telinganya. 
Dating? 
Sorry sikit eh!
Aloyah mengerutkan dahi dan menggeleng.
‘Kita duduk meja lain la...’
Fiza agaknya tidak selesa mengajak Mail ke meja yang masih kosong. Dia tidak mahu mengganggu bicara dua insan itu walaupun dia pasti Mustaza bukanlah lelaki yang ingin Aloyah dampingi.
‘Bakpo pulok? Kita duduk sini la make rama-rama lalu sikik.’
Mail memang suka kalau dapat makan ramai-ramai. Adik beradik ramai la katakan.
Alhamdulillah. Nasib baik ada Mail, tak la dia mati kutu di depan Mustaza. Dengan Fiza di sebelah Aloyah mendapat kekuatan. Kalau diikutkan kata Mustaza tadi, suka? Suka? Apa maksudnya?
Mustaza pula mengetap bibir. Bagaimana dia mahu berterus terang dengan Aloyah jika ada orang lain menyibuk di sini. Kalaulah Mail tahu, mampus dia digelakkan. Dulu pun dia dah gelakkan Mail kerana sukakan Syafiza. Sekarang kalau Mail tahu dia sukakan Aloyah, tak tahu lah ke mana hendak sorokkan muka.
Dia bukan tak boleh sms sahaja, tapi macam mesej tak sampai kalau tak face to face. Hish Mail ni, kacau betul! Nampaknya Mustaza kena mencari masa yang lain pula untuk berterus terang...

Note :

Saya seperti pembaca yang lain masih tertanya-tanya dimana hilangnya pesawat MH370. Sudah hampir dua hari, nampaknya belum ada berita yang sahih. Walau apapun yang terjadi, marilah kita berdoa kepada Yang Esa agar segalanya dipermudahkan....

 

2 comments:

  1. salam cheq sue..

    singgah sini..selamat hujung minggu..

    ReplyDelete
  2. salam che su.. muka lee min ho yang tak tahan tu hehehe

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]