Friday, March 7, 2014

C@AC 23 : Carrot Cake



Mus? Betul ke apa yang dia lihat ni?
Mustaza rupanya lelaki misteri yang selama ini meletakkan bermacam benda di meja Aloyah. Ahmad Fareez mendiamkan diri di pintu masuk. Niatnya untuk datang awal hari ini rupanya bersebab. Dengan tidak di sangka-sangka dia ternampak bagaimana Mustaza meletakkan jambangan bunga ros di atas meja. Sungguh dia tidak sangka. Memang selalu jugak Mus datang awal ke pejabat tapi tak sangka ini pulak kerjanya. Kalau begini gayanya, Mustaza memang menyukai Aloyah dalam diam. Patutlah di rumah pun selalu bercakap tentang gadis itu, tentang kepandaiannya memasak, tentang cutenya dan tentang macam-macam lagi. Ahmad Fareez menunggu Mustaza keluar sebelum dia melangkah masuk ke pejabat.
Jambangan bunga ros diteliti. Banyak kuntum juga ni. Ada warna putih berselang merah. Sekeping kad comel terselit dicelahnya. Ahmad Fareez menariknya lalu membaca. 

     We’ll see you tonight © Mustaza

Ohhhh..sekarang dia faham. Baru dia faham helah Mustaza. Rasanya malam ini di majlis annual dinner Mustaza akan meluahkan perasaannya pada Aloyah. Ini tak boleh jadi...tak akan dibiarkan. Eh, kenapa pula dengan dia? Cemburu? Cepat-cepat dia masukkan semula kad itu tetapi dimasukkan ke dalam poket kot. Aloyah tak boleh baca kad tu. Tak boleh. Tak baik betul dia, ambik tahu hal orang. 
Aloyah tiba 15 minit kemudian. Dia ke kedai makan Mak Jah tadi menghantar tempahan kek lobak merah. Kata Mak Jah, saja nak rasa, nak makan-makan. Itu juga merupakan percubaan pertamanya membuat kek lobak merah dengan merujuk pada resepi sumbangan Liydvalley. Sebelum ni dia hanya buat tomyam saja. Paling tidak buat jus dicampurkan dengan susu pekat. Bila melihatkan ada jambangan bunga di atas meja, sekali lagi dia mengeluh. Tak penat ke manusia yang buat kerja ni. Seumur hidup dia tak pernah sukakan bunga ros. Wangi, tapi berduri. Cantik tapi menyakitkan. Pantas jambangan itu dibawa kepada Kak Lin. Apa lagi, kembang dua mangkuk la Kak Lin, suami pun tak pernah bagi bunga macam ni, bisiknya.
‘Hish, tak ada pulak Mustaza ni.’
Baru dia ingat, Mus ada kerja luar di Dewan Komuniti Kampung Raja pagi ini. Tiba-tiba sahaja PCnya buat hal. Dah on tapi skrinnya gelap. Macam mana nak buat kerja? Dia termenung memandang skrin gelap di depannya.
‘Kenapa pula Loyah?’
Encik Paris tiba-tiba keluar dari bilik. Eh awalnya dia datang, tak sedar pun. Kat bilik pun gelap.
‘PC ni Encik Fareez, buat hal pulak.’
Encik Paris meminta lalu. Dia menggodekkan sesuatu di CPU dan beberapa butang di frame. Mmmm perfume apa yang dipakai ni, lembut je bau, suka Aloyah menghidunya. Jarak mereka yang agak dekat tidak membataskan capaian deria bau Aloyah. Eh... Aloyah tersenyum sendiri. Gosh!
‘Dah settle dah. Air saya, jangan lupa.’
Hah, air. Aku belum buat lagi pagi. Apa kena dengan Aloyah ni. Serba serbi tak kena. Dia bergegas ke pantry. Ahmad Fareez yang melihat tersenyum nipis. Dia suka dengan kelam kabut Aloyah, suka dengan kerut wajahnya yang childish. Tapi bila memikirkan perilaku Mustaza tadi, terus datang angin senggugutnya.

‘Tak over ke ni Fiza?’
Aloyah memandang ketika Fiza ingin merias wajahnya. Malam itu ada annual dinner di Hotel Fern. Hotel 5 bintang, kena nampak retis katanya.
‘Kau tak pernah mekap, memang la nampak macam over sikit. Tapi trust me ok, aku buatkan kau natural look aje, bukan macam pelakon Hindustan.’
Bukan itu yang Aloyah risaukan, dia takut dia pulak yang melebih-lebih nanti. Kalau orang lain datang dressing biasa-biasa aje macam mana? Dia pulak dengan abaya hitam yang penuh sequin berkilauan, macam mak arab pulak rasanya. Ya habibi ya maulana gitu.
Fiza meneruskan dengan span dan berus. Dia memang suka sangat mekap-mekap ni. Tak hairanlah setiap pagi setengah jam mengambil masanya bersolek. Foundation, two way compact, maskara, eye shadow, eye liner, blusher dan lipstik diolesnya berhati-hati.
‘Cepat la Fiza, dah lambat ni kang tak ada tempat duduk pulak aku.’
‘Kejap la, sikit je lagi ni.’
Fiza menunjukkan cermin supaya Aloyah dapat melihat transformasi wajahnya. Amboi, memang lain sungguh. Kalau mak tengok ni, tentu mak tak percaya. Kalau abah pulak, mesti tanya artis mana. Aloyah sendiri pun terpesona. Solekan Fiza menepati apa yang dia mahu. Cantik tapi tak keterlaluan. Dia percaya, less is more.
‘Adik Kiki kita ke mana?’
Aloyah bertanya sambil mengenakan tudung. Dah dua hari tak nampak batang hidung. Entah tidur di mana sepatah pun tak diberitahu.
‘Entah.’
Fiza masih berpatah arang dengan Kiki nampaknya.
Ok, dah siap. Dari atas ke bawah, memang tak nampak Aloyah yang sebelum ini. This is the new Aloyah. She’s gorgeous! Sweet and beautiful. Aloyah memandang sekilas ke cermin. Brooch – pinjam. Clutch – pinjam. Heel – pun pinjam. Nasib baik Fiza sudi berkongsi dengannya.
Aloyah memandu terus ke hotel. Majlis sudah bermula agaknya. Dia dah lewat 10 minit. Sampai di Dewan Apocalips, Aloyah mencari meja yang telah dikhaskan untuk jabatannya. Amboi, dekat sungguh dengan pentas utama. Nasib baik ada satu tempat yang telah direserve untuknya. Dia mengatur langkah. Kerusinya kosong antara Encik Paris dan Mustaza. Dia senyum dulu sebelum duduk. Mustaza memandang. Ahmad Fareez juga. Kedua lelaki itu nampaknya menikmati kecantikan di depan mata. Tiba-tiba terlintas kad kecil dalam jambangan bunga pagi tadi. No, Mustaza tak boleh dibiarkan.
‘Loyah, awak duduk di sini.’
Ahmad Fareez menawarkan tempat duduknya.  Aloyah menurut. Dia juga tak selesa sebenarnya duduk di antara dua lelaki. Dua-dua pun hensem. Takut dia yang pengsan nanti. Dengan Kak Lin di sebelah kiri dan bos di sebelah kanan, tempat itu lebih better.
Lain halnya pula dengan Mustaza. Aduh, sengaja dia simpankan kerusi di sebelah untuk Aloyah. Ada sesuatu yang ingin dibicara. Tak bacakah Aloyah pagi tadi, semuanya ada tertulis dalam kad bersama jambangan bunga. Bengkek je hatinya melihat Ahmad Fareez. Mentang-mentang la dia bos. Huh! Entah bila lagi nak dapat peluang sebegini. Hancur rancangannya untuk berterus terang dengan Aloyah.
Sambil menikmati makanan, Aloyah menjamu mata. Semua yang ada di meja cantik-cantik belaka. Kak Lin dengan kebaya pendek, Sanju dengan gaun malam kembang, Kak Zetty pula berjubah merah menyala.  Nasib baik dia juga berhias tak kurang. Ibarat kata Kak Lin, cantiknyaaaaa....
Makanan pula sedap-sedap belaka. Menu fushion western. Encik Paris laju je menyuap. Kena dengan selera la tu. Aloyah makan macam biasa, tak ada tahan-tahan. Bukan selalu dapat makan free di hotel 5 bintang begini. Pun begitu ada pelbagai rentak lagu juga di hatinya. Bersebelahan dengan Encik Paris yang kacak dengan kot dan tali leher hitam. Sebiji macam Lee Min Ho. Truely. Memang sepadan sangat la dengan dia, semua dalam set hitam. Sukar digambarkan perasaannya bila berada berdekatan ‘seseorang’ yang dia suka.
Selain makan-makan, turut di adakan cabutan bertuah. Memang sangat bertuahlah siapa yang mendapatnya. Penginapan 3 hari 2 malam di Hotel Fern, kalau datang menyewa mahu beratus semalaman, itu yang menjadi rebutan. Aloyah memang tak pernah bertuah. Dalam cabutan bertuah di mana pun, dia tak pernah dapat. Tak mengapalah, tak ada rezeki. Tak dapat cabutan bertuah pun tak apa, setiap yang hadir diberikan cenderahati.

 
Menanti pengumuman Stars Of The Night. Suasana senyap sunyi. Semua ingin tahu siapa terpilih.
‘The Stars Of The Night, please come to the stage, Mr Ahmad Fareez Fauzi and Miss Nur Aliya Wahab.’
Whoaaaaaa... Encik Paris, memang glam habis. Tak dinafi.
‘Eh kenapa tak naik lagi?’
Kak Lin dah menyiku. Ahmad Fareez dan sampai di pertengahan jalan, tapi berpusing ke arah Aloyah.
‘Nape kak?’
Dengan poyo dia bertanya.
‘Kau la, bintang malam ini. Pergilah.’
Aloyah?
Encik Paris ada di belakangnya, menarik kerusi untuk membolehkan dia bangun dan keluar. Dengan senyuman manis mereka berdua bergerak ke pentas utama. Riuh rendah di dalam dewan. Aduh bertuahnya badan... Aloyah melangkah dengan tidak percaya! Bukan saja bintang malam ini, tetapi bintang di dalam hati.

1 comment:

  1. Hye, saya suka baca blog awak, baru-baru ni saya ada buat blog harap awk boleh singgah dan follow blog saya. awksweetgitu.blogspot.com :)

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]