Friday, January 31, 2014

Selamat Tahun Baru Cina

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Selamat tahun baru buat semua penganut agama Buddha, pada rakan-rakan blogger terutamanya. Semoga tahun ini akan memberikan lebih banyak tuah @ ong untuk anda. Saya harap pada tahun kuda ni budak-budak di sekolah akan berperangai lebih baik dan lebih rajin...


Ramai yang bercuti, termasuk saya. Semasa balik semalam, ada banyak kenderaan di jalanan. Pastinya yang sama balik kampung seperti saya. Seperti desas desus sebelum ini, cuaca di Pantai Timur agak sejuk, sehinggakan ada yang membuat gambar kononnya turun sajli di Kuala Krai dan Besut. Kalaulah betul...

Semasa lalu di Kuala Krai, dalam pukul 11 lebih, memang la rasa suhu agak dingin walaupun ada matahari. Memang rasa sejuk jugaklah, tambah-tambah di kawasan tu memang kawasan berbukit. Untung orang Kuala Krai tak payah nak berpanas.Bersyukur dengan nikmat Allah...

Apapun, selamat bercuti!

Thursday, January 30, 2014

Sunset at Tanjung Gemuk, PD

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Bila mendapat surat panggilan mesyuarat di PD, saya awal-awal dah set nak bawa DSLR. Dah terbayang dalam kepala saya sunrise dan sunset yang mungkin ada. Siapa tahu kan? Kalau dulu tak sempat nak snap sebab jerebu, kali ni Alhamdulillah dapat tengok dengan jelas di pantai berhampiran resort saya menginap.

Pucuk dicita ulam mendatang. Walaupun pantai ni nampak semacam tak dikunjungi, tetapi sunsetnya sangat jelas. Saya kira ada sedikit jerebu kerana awannya yang agak kelabu. Di penghujung masa dah tak kelihatan matahari mungkin disebabkan awan yang agak tebal di bahagian bawah (horizon) pantai. Saya agak terganggu dengan kemunculan imej entah apa-apa di sebelah kiri gambar. Nak kata kayu mati tak munasabah. Di lense cover tak ada apa-apa. Nampaknya lepas ni nak kena gi servis pulak.

Dan inilah hasilnya... Jom tengok

Kalaulah dapat menginap di resort yang menghala ke pantai ni kan best?

Suka gambar ni!





Matahari dah mula beransur hilang ^-^

 
Dalam pukul 7.15 petang...

Wednesday, January 29, 2014

Resepi Lasagna Lapis Sos Putih

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Kalau ikutkan hati, malas sangat nak buat lasagna ni. Dengan nak kena rebus satu-satu... dengan nak buat kuah ish memang tak jadi kalau kurang sabar. Tapi bila tengok ada separuh lagi baki lasagna kering dok sengih-sengih dalam kotak, terpaksalah saya kuatkan hati. Zaman-zaman semua harga mahal ni kenalah guna semaksimum mungkin apa yang ada.


Oleh sebab dah agak lama dalam kotak, saya putuskan untuk basuh dulu kepingan lasagna   tu dan terus lupa dengan mencampurkannya bersama. Apa lagi, tak sanggup bercerai kasih la pulak diorang tu, melekat bagaikan digam. Jadi saya guna mana yang boleh. Lasagna ni tahu-tahu sajalah kalau rebus banyak-banyak gerenti tak berpisah punya.


Kalau selalu saya buat saya gunakan sos segera KIMBALL, kali ni saya buat dengan menggunakan sos hommemade, campuran bahan asas dengan daging cincang, cendawan dan tepung gandum. Godek je macam buat sos spagetti, ini pun lebih kurang sos carbonara je.

Rasanya agak boleh tahan, cuma nak kena makan dengan sos la baru ada rasa pedas sikit. Yang saya buat ni pedasnya dar lada hitam, mungkin tak rasa la kot.Pada yang nak cuba, resepinya di bawah..


LASAGNA LAPIS SOS PUTIH
Resepi : Cheq Sue

Kepingan lasagna secukupnya - rebus empuk sekeping-sekeping
1/2 bungkus daging cincang
5 biji cendawan butang - cincang
1 biji bawang besar - potong dadu
2 sb tepung gandum
3 cawan air
Oregano, lada hitam
Kiub pati daging
1 keping slice cheese
Sedikit minyak
Gula dan garam

Panaskan minyak dan tumis bawang besar
Masukkan oregano dan ada hitam
Tambahkan air
Masukkan daging cincang, masak hingga agak empuk
Masukkan cendawan butang dan slice cheeese
Tambahkan bancuhan air tepung gandum
Masukkan kiub daging
Perasakan dengan gula dan garam 

Lapiskan ke atas lasagna yang telah siap direbus.
Bakar suhu 180'C selama lebih kurang 30 minit

Tuesday, January 28, 2014

Hidayah Tomyam Seafood, Tanjung Gemuk

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Untuk ke PD, saya dan kawan bertolak agak lambat dari Ipoh. Dalam 3.30 petang kot. Jadi dengan kesesakan lalu lintas dan pemanduan yang berhemah dan agak kurang laju, menginjak ke malam barulah saya dan Kak Iffa sampai ke sana. Mujur dah dua kali ke sana, jadi dapatlah memandu terus ke destinasi.  Bila sampai malam, kena si perut dulu kerana dinner di hotel telah pun habis.

Jadi, singgah di Hidayah Tomyam Seafood yang terletak berdekatan. Try n error je masuk kedai makan ni. Dok ingat lapar je, nak makan!


Kedai makan milik orang seberang, dari Thailand. Jadi mesti try tomyam!


Makan berdua. Nasi didatangkan dalam bekas seperti di tempat kenduri. Untung jugak, boleh ambil sebanyak yang dimahukan. Tak adalah membazir kalau tak mahu makan banyak.


Antara menu dinner. Selain ni boleh juga di pesan secara pakej. Kami makan nasi 2, tomyam campur 1, kailan ikan masin 2 dan daging merah 1. Air pulak teh o ais limau, air suam dan air sejuk. Jumlah semuanya RM 21.

Secara puratanya kailan dan daging merah tu sedap. Tomyam pulak biasa-biasa je, tak ambil banyak sebab ada sotong dan udang. Kira-kira puas hati jugaklah makan dengan harga yang dinyatakan.

Kalau siapa yang ke PD, boleh try singgah.

Pasar Karat @ Loken, Ipoh

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Pasar karat @ Loken Ipoh antara tenpat yang ingin saya jejaki. Hanya mendengar dari teman-teman, kaki saya ni bagaikan dipanggil-panggil untuk melangkah ke sana. Dari sehari ke sehari, asyik pending sahaja. Bila nak pergi ada saja yang menghalang. Ewahhh.. bukan apa. Nak kena gerak awal sangat. Tu yang maleh. Tapi bila fikirkan keinginan yang tak dapat ditahan ni, saya pi jugaklah dengan driver saya Mok Ja tu...

Jom tengok gambar... ambil random aje.

Pintu masuk. Letaknya berdekatan THe Stor dalam bandar dan OUM. Rasanya semua dah tahu kot.

Koleksi barangan lama yang cantik

Tak tahulah mana depa dapat benda barang ni...

Bekas sizzling berbentuk lembu. Unik

Sesuai dengan namanya 'pasar karat'

Tengok pinggan-pinggan ni teringat Mat Gebu

Takleh beli yang besar, yang kecik ni pun ok

Cantik. Pinggan dengan corak ikan. Halus lukisan tangan

Pakcik yang mesra, menjual duit dan matawang lama

Kalau nak beli kipas pun ada. Walaupun lama tapi masih berfungsi

Koleh besi. Satu RM15. Kalau satu set ni harga murah sikit. Berkenan tapi tak beli.

Aneka barang elektronik.

Ini yang saya paling suka. Sangat menarik dan seksi. Kalaulah saya pakai...

Barang-barang tembaga. Teringat Kak Ita...

Mastika tahun 1979. Cover  Rubiah Suparman. Harga 60 sen je... Zaman-zaman makcik saya

Cempedak goreng. Kaww punya tapi takleh makan lagi..

Berubat tradisional pun ada. Kot aras lenguh jalan tu hah silalah jumpa pakcik ni.

 
Cicak tokke @ pokke, dah diawet dalam minyak. Mungkin untuk perubatan tradisional kot. Ada sekor dalam bilik air saya.

Cincin lelaki.

Buah berangan goreng. Sedap. Selalu jumpa orang Cina goreng, ini orang Melayu

Dekat hujung jalan tu ada pulak live band, seronok je pakcik tu nyanyi, siap joget lagi. Sedap jugak suara dia.

Next time, boleh pergi lagi. Macam best je jalan-jalan round kat sini.

Monday, January 27, 2014

The Heirs / The Inheritors : Link To Download

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Ya, saya memang penggemar tegar cerita Korea. Lately, saya jarang tengok tv Malaysia yang menyebabkan saya tak tahu perkembangan semasa. Ha ha ha... ayat propa, tak hengat.

Ni channel 395 dah nak abes promosi agaknya, tak dapatlah mengok dah. Yang tinggal hanya 391, tak sanggup la pulak saya nak bayar lebih dekat ASTRO yang dah kaya-raya dek nakkan channel 395 tu. *sigh... membebel dalam satu napas*

[Paling suka LMH dengan gaya rambut ni. Jatowh chenta!]

Drama The Heirs / The Inheritors. Baru je habis awal bulan lalu. Tak perlu saya ulas banyak-banyak. Pastinya ramai yang tengok drama tu dan boleh buat penilaian sendiri. Kisah orang kaya dan orang miskin, macam Antara Dua Darjat, filem Tan Sri P. Ramlee. Orang Korea pentingkan sangat "status sosial" mereka tu...

Saya salah seorang penggemarnya. Lee Min Hoo, siapa tak kenal. Bayangan Encik Fareez dalam novelog Cinta @ Aloyah Cafe saya. Mukanya tak boleh blah... sakit hati betul.  Yang paling sakit hati sebab dramanya ketika itu hanya Rabu dan Khamis. Rasa seksa nak tunggu episod seterusnya.

Jadi godek-godek dalam internet, cuba cari link untuk download. Biasalah bila nak download free ni memang susah la sikit. Masuk jamban pun bayar 20 sen kan... Nasib baik semua episod ada dalam 4shared. Cuma nak kena ada akaun dulu la baru boleh log in. Yang ini free. Kebetulan saya memang create akaun dalam tu jadi bolehlah download semua episod, kecuali episod "Krismas". Yang lebih sukanya semua episod ada sarikata Bahasa Inggeris. Kecuali episod 11 yang tak ada sarikata. Boleh download http://subscene.com/subtitles/the-heirs-the-inheritors/malay/818562 (Bahasa Melayu). Bila dah download, extract ke fail yang dikehendaki dan rename semua fail tersebut sama nama dengan fail video.

Di bawah ni ada saya letakkan link-linknya kalau ada yang nak download.

  1. http://www.4shared.com/video/hmPPL6zT/the_heirs_episode_1.htm
  2. http://www.4shared.com/video/ifNm8Fcd/the_heirs_episode_2.htm
  3. http://www.4shared.com/video/PKOY2xMb/the_heirs_episode_3.htm
  4. http://www.4shared.com/video/E0ATBcYO/the_heirs_episode_4.htm
  5. http://www.4shared.com/video/K-QfSeXo/the_heirs_episode_5.htm
  6. http://www.4shared.com/video/2OCaj7-1/the_heirs_episode_6.htm
  7. http://www.4shared.com/video/Zh-6irht/The_Heirs_Ep7__DL_LINK_BY_CNBM.htm
    1. atau
  8. http://www.4shared.com/video/bTg-YAkW/the-heirs-episode-07.htm
  9. http://www.4shared.com/video/nYB3eJx0/The_Heirs_Ep8__DL_LINK_BY_CNBM.htm
    1. atau
  10. http://www.4shared.com/video/_zGI9cNY/the-heirs-episode-08.htm
  11. http://www.4shared.com/video/lyTa0dG_/The_Heirs_Ep9.htm 
  12. http://www.4shared.com/video/LlJECdN5/The_Heirs_Ep10.htm
  13. http://www.4shared.com/video/vnm1HbTA/TheHeirsE11.htm
  14. http://www.4shared.com/video/ux2pL7Y7/the_heirs_episode_12.htm
  15. http://www.4shared.com/video/saL4UzaE/the_heirs_episode_13.htm
  16. http://www.4shared.com/video/ynlsbD2s/the_heirs_episode_14.htm
  17. http://www.4shared.com/video/enKYI3J6/the_heirs_episode_15.htm
  18. http://www.4shared.com/video/N8xyMaTl/the_heirs_episode_16.htm
  19. http://www.4shared.com/video/8iLqbgYH/the_heirs_episode_17.htm
  20. http://www.4shared.com/video/h6u2VkBT/the_heirs_episode_18.htm
  21. http://www.4shared.com/video/jN6nwm2g/the_heirs_episode_19.htm
  22. http://www.4shared.com/video/DRK1b5Vr/the_heirs_episode_20.htm

Resepi Nasi Lemak Basmathi Tanak & Kukus

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Selain menggoreng mihun, nasi lemak adalah antara masakan yang selalu buat saya berdebar bila nak memasaknya. Bukan apa... kadang-kadang menjadi elok... kadang-kadang tak masak... kadang-kadang terlembik. Kalau nak masak sikit-sikit untuk makan sendiri tak ngapelah bila tak jadi tu. Kalau masak kat kampung awal-awal mek dah tanya pandai ke tak. Malu wehhh...


Baru-baru ni terasa nak makan nasi lemak. Nak beli macam tak kena dengan selera. Jadi saya buatlah sendiri dengan menggunakan beras basmathi. Tak banyak, dalam 1 cawan saja. Itu pun boleh makan 3 kali. Saya rendamkan terlebih dahulu beras dengan santan and the gang. Pastu baru saya tanak.

Konon-konon nak masak je atas dapur gas, sebab malas nak keluarkan rice cooker. Iyalah, 1 cawan sajakan, macam tak padan pulak dengan periuk yang agak besar. Bila dah masak atas dapur gas ni tahu-tahu sajalah. Walaupun guna api yang paling kecil, eh sekejap saja dah kering santannya sedangkan beras belum masak. Jadi nak tak nak saya ubahkan beras tu ke dalam loyang dan kukus. Nasi baik masaknya elok. Saya risau jugak kot tak menjadi. Rupa-rupanya rezeki hari tu nak makan nasi lemak kukus.

Bila beras basmathi direndamkan terlebih dahulu, ia agak lembut dan sedap, berbanding jika saya masak sebelum ini di mana saya lebihkan air dan tidak di rendam terlebih dahulu. Pasni boleh rendam dulu 30-45 minit. Baru sedap!

Tengok sajalah kejadian nasinya di dalam gambar. Walaupun tak cukup geng, tapi alhamdulillah sedap!


NASI LEMAK BASMATHI TANAK & KUKUS
Resepi : Cheq Sue

1 cawan beras Basmathi - saya guna Basmathi Moghul
2 cawan santan sederhana pekat - saya guna santan kotak + air
1 biji bawang putih - mayang
Sehiris halia - mayang
Sedikit halba
Sedikit garam
** kalau ada daun pandan boleh masuk sekali, saya tak ada

Bersihkan beras
Rendam dengan santan, halia, bawang putih, garam dan halba selama 30-45 minit
Tanak di atas api kecil
Bila agak kering pindahkan ke dalam loyang dan kukus sehingga masak. Anggaran 30 minit
Bila sudah masak boleh peroikan dengan garfu

Sunday, January 26, 2014

C@AC 18 : Black Forest Cake



Aloyah memandang ke meja kerjanya. Kenapa macam lain aje. Patutlah, siapa pulak yang letak bunga kat sini ni? Tiga kuntum bunga kegemaran Aloyah, carla lily putih tersusun elok di dalam vase kaca kecil di hujung meja. Siapa yang tahu dia gemarkan bunga itu? Dia paling awal sampai pagi itu melihat keliling pejabat. Tiada sesiapa. Hantu mana pula yang buat kerja ni? Ada secret admirer pulak ke dia? Pelik! Hairan bin ajaib. Tak tahu pulak Aloyah selama ini ada yang meminati dia dalam diam. Vase kecil itu di bawa ke pantry. Sekarang bukan zaman enam puluhan. Kalau suka, face to face, tak perlu nak malu atau segan. Terus je cakap, saya suka awak, awak suka saya tak? Eh, macam novel Kak Melur pulak. Kan senang, habis cerita. Ini satu hal pulak dia nak fikir apa ke jadahnya main sorok-sorok begini. Mmmm, elok aje vase tu di pantry, naik seri sikit suasana seram kat situ. 
Aloyah meneruskan tugas harian. Hari ini dia mahu menyemak kertas aduan di dalam kotak, dah ada separuh surat di dalamnya. Banyak pula aduan bulan ni, entah apa pulak yang dilayangkan.
Dokumen di dalam pejabat Encik Paris sudah dikemaskan. Mana in, mana out, mana urgent, semuanya diletakkan ditempat masing-masing. Mana yang perlu ditandatangan diletakkan paling depan. Mmmm kemas juga bilik Encik Paris ni. Walaupun sebagai PA, Aloyah tidak berlama-lama di dalam bilik itu. Encik Paris tak suka. Kak Tipah bertindak sebagai tukang membersih. Dia sekadar bertanggungjawab di bahagian meja kerja dan menyediakan minuman sahaja. Berpuas hati dengan kerjanya, Aloyah kembali ke meja. Kak Zetty yang baru tiba menggamitnya ke pintu sisi pejabat. Ada apa pulak ni?
‘Kenapa kak? Ada kecemasan ke?’
‘Akak nak minta tolong kau ni Loyah.’
‘Apa dia?’
‘Akak nak tempah kek hari jadi suami akak, nak surprisekan  dia kat sekolah.’
Suami Kak Zetty merupakan guru penolong kanan kokurikulum di sekolah menengah bersebelahan sekolah tempat Syafiza berkerja.
‘Haaaa, boleh je.’
‘Tapi akak nak esok, boleh tak?’
‘Esok, boleh. Saya tak ada tempahan minggu ni. Boleh la buat akak punya.’
‘Akak minta maaf la Loyah, sebenarnya akak lupa esok birthday dia. Nanti akak nak minta tolong Fiza bawakkan ke sekolah tu.’
‘Akak ada nak tulis apa-apa tak? I love you sayang ke....
Kak Zetty membisikkan sesuatu. Kemudian mereka berdua tertawa.
‘Tapi Loyah jangan cakap dengan sesiapa tau. Akak seganlah. Ini rahsia kita berdua tau. Ingat...’
‘Iya la kak...nanti Loyah buat.’
Mengingatkan apa yang dibisikkan Kak Zetty tadi membuatkan Aloyah tersenyum lebar. Boleh tahan jugak makcik ni. Dalam hati ada taman rupanya.

‘Hai Loyah... rindunya aku kat kau.’
Mustaza menyergah Aloyah yang sedang menyiapkan minuman untuk Encik Paris. Dia memulakan tugas seperti biasa setelah tamat kursus di Kuala Lumpur.
‘Kat Loyah aje ke kau rindu? Kat akak ni kau tak hengat sikit pun ya?’
Kak Lin yang datang mengambil air panas tertawa mengejek.
‘Akak dah berpunya, saya tak mahu. Aloyah single lagi, boleh jadi girlfriend saya. Kan Loyah....’
Eeeeee tak kuasa la mak!!
‘Merapu aje kau ni. Lama dok KL dah bertukar jadi buaya darat pulak ya.’
^______^ buaya la sungguh. Aloyah tak tahu betapa dia sengsara di sana. Dengan jadual yang penuh macam kat universiti dulu, nak bersuka-suka pun tak boleh.
‘Kau nak masuk jumpa bos eh, tolong bawa ni sekali.’
Mus menunjukkan satu sampul surat kuning.
‘Jom la masuk sekali, aku tak leh pegang ni.’
Mereka berdua menghala ke bilik Encik Paris. Pagi ni, hot chocolate dengan light cheese cake. Aloyah meninggalkan Mus dan Encik Paris berdua.
‘Jangan lupa dengan kotak aduan, saya nak tengok petang nanti.’
Bukan kata petang nanti bos, kejaaaaaaaaaaap je lagi saya hantar. 

Aloyah keluar minum saja dengan Mustaza di kedai Mak Jah. Dia tak mahu keluar sebenarnya tetapi bosan dengan karenah Mustaza yang laparlah, rindulah, nak bersembanglah...entah apa kena dia tak tahu. Maka dalam keterpaksaan dia hanya menurut. Mustaza membebel itu dan ini. Satu haram tak masuk ke telinga Aloyah. Entah apa nak dikejar, bukannya mereka tak berjumpa dah nanti. Tiap-tiap hari pun boleh bersembang. Macam ayam hilang anak dah Mustaza ni. Haishhh... 10 minit lagi menghampiri jam 2, Aloyah meminta diri. Nasib baik Kak Zetty menelefon, boleh dia mencipta alasan.

Aloyah meletakkan aduan yang diterima berdasarkan kepentingan. Mana yang tidak berkaitan dia tolak ke tepi. Aduan terpilih tadi dia cop dan rekodkan segala maklumat. Apa sahaja aduan mengenai perkhidmatan, kakitangan dan khidmat awam perlu ditunjukkan kepada Encik Paris untuk siasatan dan tindakan susulan. Selalunya perkara aduan ini adalah sulit. Aloyah tidak mendedahkannya kepada sesiapa. Cuma kalau aduan yang entah apa-apa, dia share la juga. Macam dalam kotak aduan terbaru ni, ada ke patut nak lapor dah tak ada tempat untuk berniaga. Itu dah di luar kawalan. Bukannya pengadu tak tahu, dah tak ada tanah di CH ni yang tidak diguna. Pantang ada kosong, mesti naik kedai. Setakat ni yang tak diceroboh cuma jalan raya. Sampaikan tempat parking menjadi mangsa. Aloyah kemudian memasukkan aduan tersebut ke dalam sampul surat merah, kemudian meletakkan lilin seal serta menempekkan cop SULIT sebelum membawanya ke bilik Encik Paris.
‘Banyak tak aduan kali ni?’
‘Boleh tahan juga. Ada banyak komplen pasal kakitangan dan perkhidmatan kaunter.’
Salah satunya adalah komplen pasal ketua yang selalu marah-marah...tapi Aloyah tak cakap, biar ketua tengok sendiri.
‘Aduhh, naik pening dah saya dengan awak ni semua. Kalau macam ni kena menjawab lagi la saya dengan Dato’.’
Aloyah melihat ada kerutan di dahinya. Suka sangat dia melihat Encik Paris berkerut begitu. Cute.
‘Ini untuk Encik Fareez.’
Aloyak meletakkan satu kotak kecil berbalut comel. Hari ini adalah hari jadi Encik Paris yang ke 29. Dia sebagai PA sentiasa ingat hari jadi bos, bukan niat nak mengipas tetapi salah satu cara dia membina hubungan baik majikan dan pekerja.
‘Happy birthday bos.’
Ahmad Fareez terdiam. Senyum tidak, masam tidak. Terkejut barangkali. Aloyah hanya dibiarkan keluar. Tiada ucapan terima kasih pun. Sungguh dia terkejut.
Malamnya Aloyah menyiapkan tempahan Kak Zetty dengan senyum meleret di bibir. Kali ni dia menggunakan resepi kek black forest daripada Sharm1969 di MyResepi. Dalam description katanya resepi ni di ambil dari blogMamawandiha. Bila ingatkan perbualannya dengan Kak Zetty di tepi pejabat tadi, memang nak gelak sungguh. Merah padam muka Kak Zetty memintanya menulis ‘TO MY LOVE HUBBY’ di atas kek. Ok apa? Kalau dia terima kek tu, sah kembang tak sudah. Untuk kek black forest, penyediaan dan deconya tak rumit. Kat dalam internet bermacam deco yang boleh dijadikan panduan. Yang pentingnya kek black forest ni kena ada blueberry, atau blueberry filling, coklat urai dan ceri merah. Barulah mempersona. Aloyah mengambil beberapa keping gambar sebelum menyimpannya dalam peti sejuk.
Fiza datang membawa satu raga kain. Malam-malam baru nak cari mesin basuh.
‘Kau dah bagi hadiah Fareez tu? Macam mana reaksi dia?’
‘Sibuk je nak tahu.’
‘Kata bos dengan PA, kan nak rahsia.’
‘Biarlah rahsia, kata Siti Nurhaliza...’
Ada sesetengah perkara tak perlu dihebohkan satu dunia. Lagipun dia tidak mahu mengaibkan jiran sebelah. Fiza memang tahu niatnya memberi hadiah kepada Encik Paris. Yelah, mereka shoping bersama, bermacam soalan ditanya.. dibiarkan Fiza dengan pertanyaan baru di hati...
‘Esok jangan lupa kek Kak Zetty ya, tolong letak dekat kantin sekolah.’
‘Nanti kau tolong minta delivery charge  dengan dia... dah la takleh makan.’
‘Cett...’

Restoran Tasik Raban, Lahat

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

N3 JJCM. Port lunch biasa jika ke TESCO 18. Kalaulah ada yang perasan, saya ni dah boleh kira regular customer, dah boleh bagi diskaun gitu. Restoran ni letaknya betul-betul di sebelah TESCO, iaitu di bahagian belakang. Sentiasa penuh dengan pelanggan tak kira waktu apa.  Selalu kalau peak time tu nak ambil makanan pun susah.

Di sini speciality nya adalah masakan kampung. Ada sangat banyak pilihan sampai tak tahu nak ambil yang mana. Dari ikan bakar, ayam dan juga sayur-sayuran serta ulam-ulaman. Favourite saya adalah ikan keli bakar + ulam + sayur.


Ke Ipoh hujung minggu lepas, sekali lagi saya ke sini. Agaknya dah lepas lunch hour, ada banyak table kosong dan kebanyakan bekas lauk dah kering.


Menu pada hari itu. Ikan kembung bakar (saiz besar), ikan kering, ulam ulaman dan pajeri nenas. Air teh o ais dan sirap. Semuanya RM15. Agak mahal pada saya.


Ruang maknya yang selesa dan luas. Memang sesuai kalau nak makan ramai-ramai. In Sha Allah berbaloi dengan harga. Kalau nak beli ikan pekasam pun ada dijual juga.

Kalau ada ke Stesen 18 tu boleh la cuba singgah sini ya...

Saturday, January 25, 2014

C@AC 17 : Creme Brulee



Ahmad Fareez memandang fail yang terbuka di depannya. Fikirannya tidak fokus. Dia tidak dapat membuat kerja seperti biasa. Ada yang mengganggu. Ya, Kartina. Kartina kebelakangan ini terlalu banyak mengambil masa dan mengusik emosinya. Dia tidak tahu apa yang berlaku sehingga sukar sekali baginya kini untuk mendengar suara gadis itu. Sudah beberapa kali dia mencuba tetapi talian tetap sepi. Di laman facebooknya juga tiada berita yang tertulis kecuali beberapa gambar yang ditag oleh teman-teman. Dalam gambar itu kelihatan Kartina sedang tersenyum menikmati aiskrim. Kalau dilihat dalam gambar tu macam di Genting Highlands sebab ada beberapa permainan ada di belakangnya. Amboi, sampai hati dia. Selalu kalau nak ke mana-mana Ahmad Fareez la yang tahu dulu.
Nombor telefon Kartina di tekan. Masih tiada respon.
Apa nak buat ni? Kalau dekat nak aje dia ke tempat kerja atau ke rumah sewa Kartina. Dia teringat akan Yusri yang berkerja satu tempat dengan Kartina.
‘Yus, Tina masuk kerja tak hari ni?’
‘Eh, kau tak tahu ke dah lama dia tak kerja kat sini.’
‘Hah? Betul ke ni Yus? Aku tak tahu pun.’
‘Aku pun tak pasti kenapa dia berhenti.’
‘Habis tu sekarang dia kerja kat mana? Kau tahu tak?’
‘Maaf la Reez, aku tak tahu.’
‘Tak apalah kalau macam tu Yus, terima kasih banyak-banyak.’
Hurmmm...berhenti kerja? Apa sebenarnya yang telah berlaku ni? Ada sesuatu ke yang dia tidak tahu? Ahmad Fareez bukannya tidak sayangkan gadis itu tetapi bila dalam keadaan begini, tiba-tiba dia terasa tidak dihargai. Sepatutnya Kartina berbincang dengannya dulu sebelum membuat apa-apa keputusan. Aduhh... tension.
‘Saya keluar sekejap. Awak hold dulu meeting kakitangan lepas ni.’
Errrr...hold miting? Tak pernah berlaku sebelum ni. Aloyah tak sempat bertanya. Dia hanya mengiyakan dalam hati. Hendak ke mana pula Encik Paris. Tak nampak tergesa-gesa, longlai saja langkahnya. Tadi Aloyah ada mendengar dia bercakap tapi tak jelas butir bicara.
‘Guys, bos hold meeting!’
Aloyah menjerit dari meja. Dia tak mahu ke tengah pejabat, nanti macam-macam yang akan di tanya. Jenuh dia nak menjawab. Kan dah kata...ada jugak yang bertanya.
Tak tahu, jawabnya senang.
Kenapa ya? Selalu tak pernah macam ni... Aloyah perasan kebelakangan ini Encik Paris macam tak bersemangat aje. Marahnya dah kurang tetapi masih ada. Terbaru Kak Zetty menjadi mangsa kerana silap mengira total claim. Kalau bercakap pun macam berada di awang-awangan gitu.

Ø  Mlm nnti kita keluar eh, Mail ajk mkn sate
o   Ish, malu lh
Ø  Jom la, tmn aku
o   Kau ni nk dating pn nk tmn2 lg
Ø  Bkn g2, aku kn baru lg dgn dia, x elok la org tgk nnti
o   Aku plk yg tgknya
Ø  Aku srh dia ajak Fareez sekali
o   Eh, jgn. Kalau dia ada aku xnk pegi
Ø  Knp plk
o   Jgn ajak taw, biar aku je pegi
Ø  Yelh, jd tu
o   Ye.. ye..

Betul jugak kata Aloyah tu, anak dara keluar berdua malam-malam memang tak sesuai sangat. Kalau ada teman lain pulak ceritanya. Mmmm, daripada ajak Encik Paris baik ajak Mustaza. Tetapi sayangnya lelaki itu tiada kerana berkursus naik pangkat, sudah hampir sebulan berkampung di Kuala Lumpur. Aloyah meneruskan kerja. Dia mengisi aplikasi online berkaitan laporan keperluan eventori. Senak mata betul buat ni, dah la banyak ruang yang perlu diisi, dengan sistemnya yang slow macam kura-kura, fedap sungguh nak membuatnya. Sabar... sabar... itu semua cobaaannnnnnnnnnnnnn ibarat kata P.Ramlee.
Sehingga melepasi waktu rehat, Encik Paris tidak masuk-masuk. Pukul 3 ni dia ada perjumpaan dengan Ketua Penggawa Daerah, sudah diconfirmkan sejak minggu lalu.

Ø  Encik Fareez ada perjumpaan dgn penggawa daerah, pukul 3

Aloyah mengingatkan. Dia bimbang jika Encik Paris lupa. Mana tahu tengah memendam perasaan terus hilang semua tuntutan tugas.

Ø  Yes, I know. Jangan batalkan, saya balik pejabat kejap lagi

Aloyah memasang angan sambil mengisi keperluan sistem. Satu data di key-in, lima minit dia berehat. Kalau asyik mengadap skrin aje, gatal matanya nanti. Tak lama memang kena pakai cermin mata. Tiba-tiba terlintas di benaknya wajah Encik Paris tersenyum di Pasir Puteh dulu. Aduhh...bisa gugur jantung gue! Memang betullah apa orang selalu sebut, sesiapa yang bermuka serius a.k.a tak pernah senyum ni, sekali dia senyum memang kebabooom, lemak berkrim disukai ramai. Aloyah memang tidak mampu menahan debar, memang bergelora di hatinya saat di sapa senyuman manis itu. Sampai sekarang mana mungkin dia lupa. Deringan lagu untuk sms tiba-tiba mencaras angan tak sudahnya. Haishhh... kacau!

Ø  Kakak, nk buat yorkshire pudding ssh x
o   X la ssh, ada dlm blog, cb akk search
Ø  Abg syuk tetiba srh akk buat, tkjt
o   Kakak dh pnh buat, jadi, sdp
Ø  Nnti akk cuba, akk mms Loyah eh
o   Ok

Aduhh...di saat-saat dia bizi ramai pula yang bertanya itu dan ini. Seketika kemudian ringtone khas untuk keluarga pula berbunyi. Apa lagi Kak Muna ni.
‘Haaaa...ya.’
‘Filling dia tu selain jem tak boleh guna lain ke?’
Allah, bab itu pulak yang ditanya. Tadi kat sms tak mahu tanya.
‘Boleh je kak, cuba akak tengok di blog Kak Diana atau blog Kak Ros, kat situ ada macam-macam. Kalau susah-susah akak letak je tuna mayonis segera. Boleh jugak.’
‘Nantilah akak tengok.’

Aloyah sudah mahu balik setelah jam menunjukkan ke angka lima. Cukuplah kerja hari ini, letih sangat rasanya. Lepas perjumpaan dengan ketua penggawa daerah tadi, Encik Paris terus ke jabatan penilaian. Nampak dah ok aje dia, dah tak ada keruh-keruh di wajahnya.
‘Baru sapa ko Loyah, lewat doh ni.’
Abang Leman yang sedang menghisap rokok di laman rumah menegur. Mana tak lewatnya, tiba-tiba pulak ada kesesakan di bandar Brinchang tadi, dah dekat hujung minggu ramai la yang datang melancong.
‘Sedap orang kerja sekolah la tadi lagi dah balik.’
Tulah, dulu emak suruh jadi cikgu tak mahu.
‘Eh Jumaat ni abe nk oda kek deh, kek hok ado bledo datah tu. Bini abe ngide nok make lamo doh.’
Bledo? Menatang apa tu Abang Leman?
‘Kek apa tu?’
‘Haloooo, abe nyo tok tahu namo godio, kek ado bledo datah tu la, hok kala-kala tu.’
Abang Leman bagi penerangan siap dengan kaki tangan lagi. 
Banyak aje kek kala-kala tu Abang Leman weh..kek apa masalahnya.
Kek karamel ke?’
‘Hooo...hoh, hok tu bakali lah.’
Aduhhh...pening-pening. Ni sorang lagi. Hari tu kek engri berd..ni kek ada bledo pulak. Nak tergelak Aloyah mendengarnya.

Seusai sembahyang Asar, Aloyah ke dapur. Dia mahu membuat creme brulee seperti yang dilihat di blog Masterchef (Kak Sha). Dia dah pernah buat dulu dengan menggunakan resepi dari Kak Cek, tapi hasilnya kurang memuaskan. Kali ini dia mahu mencuba resepi yang lain pula. Walaupun creme brulee tu dalam kategori desert berprofil tinggi, sesekali apa salahnya... *_*

Malamnya pula seperti yang dijanji, Aloyah meneman Fiza berdating dengan Mail di Restoren Nasya. Sate di situ agak sedap juga. Sudah beberapa kali Aloyah dan teman serumahnya makan di situ. Sate ayam, sate kambing dan sate daging semuanya diorder Mail. Aloyah dah kata dalam hati, dia memang nak makan, tak ada cover-cover dah. Setakat Mail tu tak la dia malu.
‘Bakpo gak Farih tu Loyah, monyok jah kawe tengok. Ado masaloh di jabak ko?’
Farih? Tak kelas langsung Mail ni. Patut la Fiza tu dipanggilnya Piza aje..
‘Mana aku tahu. Dia ada masalah kot.’
‘Kau kan PA dia.’
‘Ye la PA pun, tapi personal assistant, bukan private assistant.’
‘Lebih kure doh tu. Dok dumoh pun tok kecek mano dio. Kade-kade kawe denga dio kecek talipo mace dok bbaloh jah.’
‘Biarlah dia.’
‘Eh, awok tok make kambing ko? Tra la, sedak ni.’
Mail meletakkan dua cucuk sate kambing ke pinggan Fiza. Aloyah tergelak dalam hati. Awok? Macam manja tapi kelakar aje... Dia teringat creme bruleenya di dalam peti ais. Dia teringat Encik Paris juga. Tentu bos suka desert camtu...