Tuesday, March 18, 2014

Red Velvet Marble Cheese Brownies

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Tahun ni, saya memang tak berkesempatan nak membaking. Rasanya agak sibuk dengan tugasan di sekolah, keluar mesyuarat dan kekangan masa.  


Tapi minggu lepas, saya membuat brownies untuk di bawa ke majlis makan-makan di kuarters. Selalu kalau ada pot luck ni memang saya akan masak sesuatu, tak sedap pulak kalau pergi berlenggang kangkung je...makan free kata orang.

Rupa-rupanya bila dah lama dah membaking, tak pegang whisker dan godek oven, agak kekok jugak. Yang sebenarnya saya nak buat resepi lain (Kak Fida) tapi silap pulak tengok. Bila dah buat resepi Kak Maz ni... memang jadi cuma silap sikit tang adunan cheese tu. Saya campur semuanya baru mix... aduhhhh, patutnya mix cheese dulu baru campur bahan lain. Bila dah siap, memang cheese tu masih agak berketul Itu kesalahan pertama. Yang keduanya pula bila saya menggunakan whisk yang sama, sudahnya adunan cheese bertukar menjadi pink. Huk alohhh....ada saja yang tak kena! Tapi tak mengapa, yang penting masih dalam kategori menjadi dan dah habis pun semuanya.

Saya copy semula resepinya di bawah ni...


RED VELVET MARBLE CHEESE BROWNIES
Bahan-bahan (loyang 4 segi 7x7 inci) - update resipi
125g + 1 sudu besar tepung serba guna (all purpose flour) @ tepung kek/tepung halus
1/2 sudu kecil garam
60g mentega - suhu bilik
110g gula halus
1 biji telur saiz A - suhu bilik
1/2 sudu kecil essen vanilla
120ml susu segar - suhu bilik
1/2 sudu besar jus lemon @ 1 sudu besar sunquick oren
1/2 sudu kecil pewarna merah - maz guna merah strawberi
kurang sikit dari 1/2 sudu kecil coklat emulco
1/2 sudu kecil cuka
1/2 sudu kecil baking powder

Lapisan Cheese
200g cream cheese - suhu bilik
1 biji telur saiz B@A - suhu bilik
60g gula galus
1 sudu besar jus lemon

Cara

1. Panaskan oven suhu 170 C. Alas loyang dengan paper sheet. Biar kertas lebih dari loyang, senang nak keluarkan kek nati.
2. Satukan susu segar dan jus lemon, biarkan 5 minit.
3. Ayak tepung dan garam. Ketepikan.
4. Dalam mangkuk, pukul mentega hingga berkrim, masukkan gula dan pukul lagi dalam 2-3 minit. Kemudian masukkan telur dan vanilla, pukul sebati.
5. Satukan susu segar, pewarna merah dan coklat emulco. Kacau sebati.
6. Masukkan tepung dan campuran susu segar tadi secara bergilir-gilir dengan didahulu tepung dan diakhiri dengan tepung juga dalam adunan mentega. Habiskan dalam 3x tuang.
7. Satukan cuka dan baking powder, biar sehingga keluar buih, kemudian masukkan dalam adunan kek dan kacau sekata. Simpan 2 sudu besar adunan untuk buat marble.
8. Tuang dalam loyang dan bakar selama 30 minit atau sehingga masak. Keluarkan dari oven dan boleh la sediakan lapisan cheesenya.

Lapisan Cheese

Cara
1. Putar cream cheese sehingga berkrim, kemudian masukkan gula dan putar lagi. Masukkan jus leman dan telur. Putar biar sekata.
2. Tuang atas kek dan amik bancuhan yang disimpan tadi masukkan dalam plastik bag atau buat kelongsong guna paper sheet, pastu gunting sikit hujungnya biar ada lubang kecil, kemudian picit atas lapisan cheese buat garisan melintang, kemudian tarik turun guna lidi satay agar jadi lorek seakan berpetak-petak gitu.
3. Bakar selama 30-35 minit dengan suhu 150 C atau bergantung pada oven masing-masing dengan kaedah steam bath (masukkan loyang kek dalam loyang yang berisi air panas mendidih ye, bkn suam2, macam nak bakar cheesekek, tujuannya agar kek tetap moist dan tidak kering). Sejukkan betul-betul sebelum dipotong. (seeloknya biarkan kek 4-5 jam dalam peti sebelum dipotong agar lapisan cheese betul-betul mengeras). Kemudian keluarkan dan biar seketika dengan suhu bilik sebelum dihidangkan. Selamat Mencuba...

 

4 comments:

  1. Ok tu cheq sue... janji boleh dimakan dan tak membazir kan ;)

    ReplyDelete
  2. waaaaaaaaaa tgk dr jauh mcm tembikai potong2.... msti sedap nih

    ReplyDelete
  3. lama x makan cheese brownies..sya memang suka dengan rasanya..apaun, ok tu cheq sue..boleh makan..^_^

    ReplyDelete
  4. dari kejauhan sy sangka tembikai merah potong...kalau ada cheese mmg sedap la tu...

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]