Thursday, June 19, 2014

Xin chào Việt Nam 14 : Makan-Makan Di Vietnam

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Kita n walau ke mana2 sekali pun, tak sah kalau tak makan. Perut saya ni kalau sehari tak makan nasi mau dia meroyan di dalam. Umumnya nasi di Vietnam ni agak berkanji, jadi makan pun paksa2 sebab nak masuk nasi dalam perut. Kalau ikut hati memang tak berapa nak kenyang bila makan nasi berkanji ni. Tapi syukur pada Allah kerana masih dikurniakan rezeki halal dan mengenyangkan. Alhamdulillah...

Jom tengok antara kedai makan yang sempat singgah baru ni.

RESTORAN HALAL KAMPUNG MELAYU

Restoran ni pertama kali singgah. Dua kali jugak kot, jadi saya hanya ambil gambar random sahaja sebab ada antara makanannya diulang kali kedua.

Lokasi kedai ni sangat strategik. Berdekatan dengan banyak kedai2 menjual pakaian dan boleh je cakap Melayu.


Ikan masak masam manis. Ni menu lunch 1st day, tengah lapar jadi belasah apa sahaja.


Tauhu goreng bersama telur. Sedap dan unik. Digoreng dalam acuan, berapa biji agaknya telur yang diguna. Sos pun sedap. Sayur tauge tu tak la menjadi pilihan saya... tapi nampak depa2 ni main makan je, sedap kot.

 RESTORAN SERI PINANG

Trip pertama dulu dah pernah singgah. Makanannya kali ni average je.


Bendi goreng. Kalau bendi ni masaklah macam mana pun tetap menjadi kesukaan saya.


Udang sos tiram dengan brokoli. Besar2 udangnya. Langgar habis segala pantang, lepas makan baru cari ubat gatai. Haaaaa padan muka!


Ayam goreng telur masin. Sedap jugak. Ada bubuh daun kari dan cili.


Tauhu goreng. Saya pandang je. Sampai sekarang masih takleh makan tauhu. Tak tahu ngape.

RESTORAN HALAL MEKONG

Kat tempat ni memang ramai pelancong Malaysia datang makan tengah hari, agaknya dah termasuk dalam pakej seperti group kami. Dah penat jalan2... apa lagi....


Dari jauh dah nampak, macam tak ada apa2 tapi so happening sebenarnya.


Ada sup, tak taulah sup apa, sebab saya tak ambik pun. Bukan apa, bila nasinya dah agak berkanji, bubuh pulak sup dah sah2 nasi tu akan jadi lagi lembik. Kang bila dah amik ni tak tertelan pulak. Telur dadar wajib ada.


Sotong goreng dengan timun batang. Kalau tempat kita tak buat camni kan. Dah dok tempat orang tu rasa macam sedap pulak.


Ikan masak samabal. Tak pasti pulak ikan apa, tapi agak sedap juga. Nun di hujung udang grill pedas, saya belasah jugak, walaupun pedas dan gatai kendiannya, peduli hapa kan... tergoda tengok saiznya yang agak besar.

Selain kat dalam gambar ni, ada jugak dihidangkan dengan spring roll gpreng rangup.

BANANA LEAF SAIGON

Makan kat sini paling puas hati. Tak tahulah kami ke tingkat berapa sebab semua dah penuh.


Pandangan dari luar. Kecik aje restonya tapi ada banyak tingkat. Selain pelancong, ada jugak orang tempatan yang turut pekena roti prata dengan kuah kari.


Ikan goreng sweet sour lagi. Pekat kuahnya dan sedap. Kalau tak ada group dari Indon yang sebilik dengan kami, nak je saya sedut2 bahagian kepalanya tu. Perghhh...


Salad ayam dengan kobis. Makan dengan keropok sayur. SANGAT SEDAP okeh... Rasa macam kerabu, masam manis pedas. Ada kacang tanah. Serius weh kena try lagi kalau datang sini.


Ayam goreng telur masin. Sedap dan rangup. Saya ratah je puas2.


Anak sotong kurita goreng dengan kacang panjang. Tercapai gak hajat nak makan kurita ni. Sedap jugak liat2 gitu.


Mantau goreng. Waduh waduh masih ingat lembutnya sampai sekarang. Rangup dan lembut aje.

WARUNG SAI GON / WARUNG 1 MALAYSIA


Hari terakhir, singgah di Kedai Makan 1 Malaysia. Saja layan, sebab tak puas makan mihun goreng. Lagi pula pagi sebelum ke airport tu aktiviti bebas. Maka melepaklah kami ke sini sambil membeli-belah katanya.


Antara menu yang ada. Selain masakan Malaysia ada juga masakan tempatan.


Kopi ais, memang tak mampu nak tinggal. Sampai sekarang dok ingat2 lagi rasanya. Kalau boleh nak terbang terus ke sana beli secawan. Huarghhh...


Nasi lemak set lengkap. Juga ada rendang ayam. Tapi Mok Ja yang makan tu rasa sakit perut sampai berlari-lari ke bilik kecik.


Roti canai kosong di gandingkan dengan kari ayam. Ok lah nak buat ubat rindu dekat roti canai Malaysia.

Bila makan kena bayar sendiri ni baru tahu yang harga makanan di Vietnam agak mahal. Kalau kopi ais / milo ais tu boleh cecah RM7-RM8 jugak tau.

SARAPAN PAGI

Sepanjang trip ni, sarapan pagi dibungkus dan diambil di lobi. Kalau dulu sarapan dengan meggi cup + MILO 3 in 1, kali ni langsung tak bawak meggi. Alhamdulillah...

Pagi kedua tu ada nasi lemak dengan sambal ikan bilis manis dan gulai ayam. Gulainya sedap. Nasinya pun sedap.

Pagi ketiga ada nasi goreng Cina dengan ayam goreng berempah. Ok ok ajelah, nasinya agak berkanji tu tak wape masuk bila buat nasi goreng.

Pagi keempat tu kami pekena pulak mihun goreng, mihunnya rasa lain sikit, ada macam suun. Yang ni kureng sikit pada tekak saya.


Overall, bab makan2 di Vietnam ni takyah la risau sangat. Masa 1st time dulu banyak jugak yang saya bawa tapi kali ni bawa biskut je. Kebanyakan makanan tak jauh beza dengan yang kat tempat kita. Rasanya pun sedap. Selain dari nasi berkanji tu, yang lain semuanya boleh tahan. Kalau tak bawa makanan pun, sedia sahaja duit untuk makan sendiri.

6 comments:

  1. suka pho n kopi ais je
    rasa nak terbang hanya utk makan n minum tu je ;)

    ReplyDelete
  2. makanan di Banana Leaf Saigon nampak menarik lah Cheq Sue...jauh tak dari pasar Ben Than

    ReplyDelete
  3. Semua nmpak sedap kan. Tak penah pg semua restoren2 di atas..huhu

    ReplyDelete
  4. salam kak,
    aritu akak ade tnye email sy kan?
    ni email sy
    alepiskandar@gmail.com
    mcm serius je bunyinye tu nk tnye somethng. hihi

    ReplyDelete
  5. banyaknya makanan..semua pun nampak sedap2..

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]