Sunday, June 8, 2014

Xin chào Việt Nam 6 : Teh Madu Bunga Longan

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Daripada jeti Sungai Mekong, singgahan pertama adalah ke tempat memelihara lebah madu daripada pokok longan a.k.a mata kucing.


Berdekatan pintu masuk ada beberapa buah rumah lebah. Takut jugak nak dekat, kang tak pasal2 kena sedasss...

 

Geli geleman jugak nengokkan lebah ni. Janganlah dihambatnya kami...


Mr Nam bagi penerangan dulu sat. Kendian baru dia pegang papan madu tu dan ajak kami untuk bergambar bersama.


Dalam dok berdebar tu saya nak jugak bergambar. Sambil dok doa-doa jangan le lebah tu buat naya. Bila tengok gambo ni baru saya perasan kemain bekeng makcik yang diri sebelah tu... gamaknya dia tak pernah bergambar tak?


Bila tengok ni saya fikir bagusnya pokok longan ni kecik2 lagi dah berbuah. Rupa2nya itu adalah cabang dari batang pokok yang besar tu, saya tanda dengan anak panah kuning.


Lepas pegang papan madu tadi, kami di bawa ke meja yang telah tersedia dengan cawan2 kecil dan seorang pelayan. Bila dah duduk, terus aje dia sediakan minuman teh madu dengan mencampurkan madu, debunga longan, royal jelly, jus limau kasturi dan air panas. Cantik betul muka budak yang bancuh teh ni... nak amik gambo segan.


Inilah ghupe tehnya. Pada saya ianya sedap dan madu yang digunakan tu agak lain dari yang selalu saya guna. Dengan masam jus limau kasturi, saya bagi 10 bintang untuk teh ni.


Madu yang digunakan. Masih ada lebah berterbangan di sini. Agaknya sedih sebab madunya dah di ambil orang. * Sobssss....


He he he... Abis tiga gelas kat sini. Bukan beso mana pun gelasnya, macam yang kita buat minum air zam-zam tu je.

Dekat sini kami beli madu ni, beli 5 botol dapat 1 percuma. Harganya VD500k, kalau beli sebotol VD100k. Nampak tak botol kecik warna putih belakang botol madu tu? Itu adalah royal jelly, yang mana harga sebotol adalah VD200k, kalau beli 3 jadi VD500k. Kami tak beli pun. Cuma bila di sapukan pada kulit, memang boleh rasa tegang, agaknya sebab itulah budak2 pembancuh teh tu kemain kawa kulitnya.

Dah segarkan badan di sini, kami gerak ke destinasi seterusnya dengan menaiki bot...

2 comments:

  1. Pantang dengar apa-apa produk yang boleh buat cantik. Agaknya ke sini memang berabis duit saya beli royal jelly tu:)

    ReplyDelete
  2. Dulu pun lepas Jm minum teh letak sedikit madu dan limau wahhh terangkat sedap sgt terus tergoda beli madu mmg berbaloi sbb madu asli. Bekeng tu apo mek?

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]