Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera
Lepas lepak2 sambil minum teh madu bunga longan, kami dibawa pula melihat ke tempat pembuatan gula-gula kelapa oleh penduduk tempatan. Perjalanan sekitar 2 3 minit dengan menaiki bot. Dari dalam bot lagi dah boleh bau gula-gula ni.
Sederhana je kilangnya, buat dari dinding buluh dan kayu serta atap nipah. Macam rumah orang dulu-dulu. Letaknya betul2 di tepi sungai. Kat sini Nam yang bagi penerangan, saya andaikan pekerja yang ada tidak boleh berbahasa Inggeris selain sibuk membuat kerja pemprosesan.
Dah namanya pun gula-gula kelapa, tentu sahaja kelapa menjadi bahan utama. Ianya menggunakan kelapa yang sudah tua (ambil santan). Pengupas kelapa tu saya kira banyak juga digunakan di kampung2 di Malaysia. Memang tradisional bila tengok.
Lepas dah buang kulit kelapa tu, kena la belah dan buang tempurung nya pulak sebab isi kelapa tu akan dimesin supaya senang nak dapatkan santan.
Ini le rupe mesin kelapa tu. Saya rasa sama jugak dengan apa yang ada di Malaysia cuma bentuknya lain sikit.
Bila dah dapat kelapa parut tu kena la perah santannya. Yang ni gunaka alat pemerah manual. Saya pernah nampak alat ni di Rantau Panjang tapi tak jumpa pulak segedabak gini. Nak pusing ni mau kena dua orang.
Tapi bila guna alat ni nak kena make sure dibersihkan betul2 sebab santan senang nak bau atau basi kalau tak bersih.
Bila dah dapat santannya, ia akan dimasak dan masa ni akan dicampurkan dengan bahan2 yang lain. Tak tanya la pulak apa bahannya tapi yang pasti mesti kena ada gula dan garam. Nanti la saya cuba buat dekat rumah kalau ada kerajinan nanti. Abang yang tukang kacau ni steady je panggung kaki, tak senyum, tak pandang pun kami. Takut kena soal agaknya...
Ini dia gula2 yang telah siap. Masih panas lagi. Bila bau ni macam ada tengik atau lebih tepat bau tahi minyak, macam waktu masak santan untuk buat minyak kelapa. Sembang2 sama kami katanya mungkin sebab guna santan kelapa tua.
Apa lagi, dah ada sampel ni haruslah dicuba. Yakin, jangan was was, In Sha Allah halal. Rasanya lemak2 manis.
Bila gula2 ni dah mencapai kepekatan tertentu, ianya akan dimasukkan ke dalam acuan yang dibuat sendiri dari papan. Kreatif kan? Takyah nak loyang2 bagai.
Bila dah keras, ianya akan dibalut denga kertas (boleh di makan, tak tahu nama apa, sama macam kertas pembalut gula2 cap udang tu...). Kata Nam, kalau gula2 ni agak keras, letak tempat panas sekejap untuk lembutkan dan kalau ianya agak cair, boleh simpan sekejap dalam peti sejuk.
Selain perasa original, ada juga perasa yang lain seperti perisa durian, nenas dan coklat. Saya tak beli pun, makan2 yang diorang beli. Yang paling sedap rasanya perisa durian. Harga, tak ingat pulak nak catat. Dah siap di sini, kami terus menyusur jalan darat untuk ke destinasi seterusnya.
Tunggu la dulu, tak karang lagi n3nya........
Nampak pengupas kelapa tu terus teringat kisah kecik2 dulu, jari sikitla putus sebab duk main kupas2 sabut kelapa. Ngeri sampai sekarang seriau nak dekat.
ReplyDeleteGula2 tu ada rasa macam gula2 kelapa kita tu x. Yang ala silinder bentuknya tu, pembalut ala2 kaler emas&merah. Suka candy tu.
Jm kagum bila lihat cara mereka balut gula2 dlm beberapa second siap dh mcm mesin mungkin itu je keje dorang hari2 kan
ReplyDeleteWah... Memang best...
ReplyDeleteas salam. rasanya di kelate masih ada lagi org buat nnise atau gula melaka ni. BTW, abe kie follow blog ckgu...no 699.
ReplyDeleteGood info..tq
ReplyDelete