Tuesday, June 3, 2014

Xin chào Việt Nam 2 : Pengalaman Terbang Dengan MH 750

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Berapa hari dah balik dari Vietnam, tapi baru hari ni dapat pegang lappy. Cepat2 karang n3 sebelum lupa ^_^

Untuk n3 ini dan akan datang, saya akan menulis mengikut iti dan apa yang telah saya lalui di sana. Mungkin ada sedikit perbezaan fakta / maklumat dengan sesiapa yang dah pernah ke Vietnam sebelum ini. Saya hanya akan update tempat2 yang tidak di cover dalam trip sebelum ini.

Dari CH... kami transit dulu di Hulu Langat. Bertolak selepas sekolah 27 Mei... sampai dalam pukul 8 malam  lebih.. sangkut dalam jem cukup untuk membuat hati bedegup. Sebelum ni saya memang tak pernah sampai malam ke KL. Walaupun hanya sebagai co pilot tapi tumpang berdebar jugak..

Oleh kerana flight ke HCM pukul 9 pagi lebih, maka seawal 4.30 ++ dah gerak dari Hulu Langat.  Bayangkanlah betapa penatnya badan. Tapi nak berderak punya pasal kan... semua tolak tepi.

Ini merupakan kali pertama penerbangan saya bersama MAS dan menggunakan terbang dari KLIA. Mati-mati ingatkan boleh rasmi KLIA2... tapi nampaknya kena tunggu next trip. Dah kata pun pertama kali test KLIA, memang jakun abes. Dengan tempat tak biasa, pastu nak kena bergegas... mujur jugak trip kali ni semuanya 'anak beranak'.... Seronok juga bila naik aerotrain dari KLIA ke tempat berlepas. AA, kau hado?

Sejujurnya saya katakan, hal MH 370 masih menghantui. Dengan misterinya yang masih belum terungkai, masih ada sedikit rasa cuak, tetapi tidak setakut masa terbang ke Beijing. Tawakkal kepada Allah!


MH 750 yang akan membawa kami ke HCM. Dengan pakej ni merasa la akhirnya naik MAS, kalau tak nun kat hujung tu ajelah pesawat merah putih AA... Urusan check in tak lama walaupun ramai yang beratur. Di sini belajar satu perkara. Tidak seperti AA yang dah tulis siap2 di board destinasi ke mana-mana, di sini hanya tulis umum sahaja... economy class.

Rupa-rupanya pada hari saya berlepas, MAS sudah memulakan pakej baru iaitu seorang boleh check in 2 beg, tak kira berapa beratnya. Kalau ada beg banyak2 pun, tapi boleh wrap jadi dua. Walaupun kami dapat paket 30 kg pergi dan balik, masa di KL tak ada masalah sebab beg pun satu je sorang.  Masa balik tu pening sikit la di HCM sebab masing2 begnya dah beranak pinak. Mujur jugak la tak ada berlaku exceed bagasi.


Rasa beza pulak bila snap ni. MAS dengan AA. Checked!

Masuk je pesawat, terus terdetik di hati saya, luasnya pesawat ni. Nampak macam over selesa. Sekali itu business seat daaa........... **ketuk kepala sendiri

Lebih kurang jam 9.30 pagi pesawat mula berlepas. Masa ni dapat la beza MAS dengan AA. Takyah cite la dok? Semua dah tahu!


Skrin ni saya dah tengok di blog Cik Jari Manis. Tak ada la 'peghak' sangat kan. Senyum sendiri je bila tekan2 masa nak tengok movie. Untuk demo keselamatan pun tengok dekat skrin ni aje.


Layan citer Jepun. Memula ingatkan Korea. Sedap jugak citernya. Dalam dok kelam kabut tu, tak sempat steward nak hantar headphone, layan bisu sajalah dekat 30 minit.


Then, makanan datang. Free kan, tak sabar nak rasa. Menunya chicken sandwich dan puding limau mandarin. Bila dapat makan ni, terus tanya, tak ada air ke? Takut la sangat, mana tau tengah makan sedap2 tercekik pulak. Saya ambil jus epal. Sandwich tu boleh tahan sedap gak la... campur dengan lapar.


Part ni yang paling bagus. Bila sampai ni terus je bukak, nak sambung la sebab dah 30 minit tengok movie tanpa suara. Stress weh! Dah tu tengok2 dekat skrin tak jumpa pulak mana lubang nak cucuk wayar tu. Biasa kalau dekat rumah hujungnya USB, ni tak. Saya dah cuak, tanya kekanda di sebelah dia pun tak tahu. Penumpang yang dihujung sekali tu pulak tengok movie via Ipone. Ha ha ha... mula la fikir, darak sungguh sampai tak tahu mana nak cucuk.

Ushar pulak row sebelah. Nampak tak nampak je. Sekali kekanda menjerit. 

Oooo sini Su, sini...

Laaaa... cucuk dekat pemegang tangan daaa....

Kami gelak sakan. Tak tahu lah ada yang perasan atau tidak. Dengan tercucuknya hujung headphone tu maka dapatlah saya sambung movie tu dengan puas hati sikit. Mak Jemah punya penangan...

Dalam pukul 11, akhirnya kami mendarat di HCM, sempat la habis satu movie. Imigresen Vietnam tahu2 aje la kan, muka macam tak boleh blah. Saya tak keluarkan pun kamera kat sini, nyampah.

Kebetulan masa datang tu cuti sekolah, makan di airport penuh dengan orang dia dan orang kita. Tak tahulah mana datang. Yang baru sampai, yang nak datang ambil kemain ramai. Ish ish ish... diorang ni main langgar je.

Dekat 15 minit jugak baru jumpa dengan guide. Terus naik bas untuk ke hotel. Fuhhh, lega!

6 comments:

  1. Hanya menumpang entry..huhuhu..

    ReplyDelete
  2. huhuu..bestnyaa dia pegi holiday lg.. tgu n3 seterusnyaaa ^_^

    ReplyDelete
  3. Cheq sue ahaha Jm pun ada kenangan jgk naik MAS ni waktu ke Jepun hari tu. Festime naik mas travel jauh peghak jgk like cheq sue tu. Masuk flight x tahu nk guna skrin movie kt depan tu n bab nk cari tempat cuvuk headphone satu hal jgk nasib baik nampak org sblh buat mcm mana ahha itulah naik AA x de semua tu

    ReplyDelete
  4. Baru nak khatam ni trip hcmc ni. Paling mengejutkan masa mula2 sampai sana dlu terkejut tgk org ramai kat arrival tu..mane dtg ramai2 camtu.

    ReplyDelete
  5. mula2 mmg tak biasa
    nanti dah selalu biasalah tu ;)

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]