Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera
N3 terakhir trip Vietnam 2014. Episod ke 16, bercinta juga saya nak habiskan. Terima kasih la pada yang sudi membaca segala catatan perjalanan di sana. Kali ni saya nak kongsi sedikit tips dan panduan semasa saya di sana.
1. Duit RM pun boleh guna jika tiada atau kehabisan duit Vietnam Dong (VD). Kalau nak beli barang dekat kedai2 ala butik tu, ada sesetengahnya dah bubuh tanda harga dalam RM. Tapi make sure la tawar menawar dulu baru puas hati. Kalau nak dapat harga best lagi pakat ramai2 beli kat satu tempat tu.
2. Peniaga di pasar malam sekitar Ben Than agak agresif berbanding dulu. Ada antara mereka yang sanggup memegang anda untuk membeli. Jadi pastikan anda buat tawaran harga hingga sehabisnya. Kalau kata depa letak RM50, tawar la sampai RM20. Kalau tak dapat jugak cecepat blah dari situ. Kalau dia boleh bagi kita dengan harga tu dia akan tarik balik. Ada jugak la perkataan yang tak berapa nak sedap kita dengar bila kita tak beli kan. Yang tu faham2 sajalah.
3. Kualiti kain atau barangan di pasar malam tu dengan kedai2 agak berbeza. Kalau nak beli kain atau telekung better rasa dulu kainnya macam mana. Harga lebih kurang sama, atau MURAH SIKIT sahaja. Macam yang saya tengok pada kain cottan, di pasar malam dapat 4 helai RM100 manakala di kedai dapat 3 pasang RM100 tetapi kualiti kain jauh berbeza. Saya rasa, the best place nak beli kain adalah di Chinatown.
4. Jika membeli dari penjaja di jalanan (ataupun di pasar malam), elakkan dari mengeluarkan duit yang banyak. Kan biasa kita letak dalam beg duit asing atau dalam sampul surat. Kawan saya beli topi semasa nak ke Sungai Mekong, harga dalam VD30k tapi bila dia keluarkan sampul duit, penjaja tu selamba badak tarik sendiri duit dari dalam sampul. Bukan sikit tau, sampai 3 keping duit VD100k, maksudnya jumlah semua adalah VD300k!
5. Beringat2 dengan penyeluk saku. Selalu bawa beg silang ke depan. Di HCM boleh tahan banyak penyeluk saku atau pencopet. Dalam banyak2 motor dan manusia di satu2 tempat memang mudah diorang nak buat kerja. Begitu juga semasa naik cruise di Sungai Saigon. Saya perhatikan ada ramai kanak2 yang mencurigakan. Dia pandang ke kita, tanpa reaksi. Jadi beringatlah. Kita bukan nak buruk sangka tapi kalau jadi apa2 yang susahnya kita jugak.
6. Berhati2 dengan kopi yang dijual di jalanan. Ada sesetengahnya dicampurkan dengan wain untuk menjadikannya lebih harum. Ini terutama di kawasan Chinatown (diberitahu oleh Nam). Kalau yang dijual di kawasan kedai Basiroh dan area berdekatan tu tak ada masalah.
7. Jika berkunjung ke Tax Centre (shopping mall) elakkan membeli barangan kulit sebab kebanyakannya dibuat dari kulit b**i.
8. Kalau berkunjung ke mana2 masjid, jangan kedekut untuk bersedekah kerana golongan Islam minoriti di sana merupakan kumpulan penduduk yang sangat miskin.
9. Semasa nak membeli tu elok jika tanya harga dalam RM dan VD kemudian bandingkan. Lagi bagus jika ada aplikasi currency converter tu. Sesetengah benda dalam RM lagi murah dari VD. Ada jugak yang dalam VD lagi jimat. Contoh saya beli beg, dalam RM letak RM10, bila tanya dalam VD dan convert pada RM jadi lagi murah, dalam RM7.50 (jadi lebih untung jika bayar dalam VD)
10. Jika ada sebarang masalah, atau perlukan panduan, boleh sahaja bertanyakan dengan guide yang bawa kita. Biasanya mereka dah tahu tentang halal haram sebab kebanyakan adalah Muslim Tour. Demikianlah sedikit perkongsian daripada saya secara peribadinya. Mungkin tak sama dengan pengalaman orang lain. Mana yang baik tu ambillah sebagai panduan.
10. Jika ada sebarang masalah, atau perlukan panduan, boleh sahaja bertanyakan dengan guide yang bawa kita. Biasanya mereka dah tahu tentang halal haram sebab kebanyakan adalah Muslim Tour. Demikianlah sedikit perkongsian daripada saya secara peribadinya. Mungkin tak sama dengan pengalaman orang lain. Mana yang baik tu ambillah sebagai panduan.
Okeh... dengan berakhirnya n3 ni maka khatamlah catatan Xin chào Việt Nam 2014. Nak kena tunggu entah bila pulak baru boleh keluar n3 jenjalan yang lain. Tadaaaaaaa...........
waaa...3o jadi 300 banyak tu.
ReplyDeleteGood tips sbg panduan kpd mereka yg ingin ke sana dan bg Jm pernah ke sana pun akan jadikan tips ni sbg panduan.
ReplyDeleteBab tarik tangan d pasar mlm tu Jm pernah kena huhu extreme betul mereka nih ye lah kebanyakan tourist almost 090 % from msia sbb tumereka leh jual dlm RM
Peniaga kat sekitar Ben Than memangla over agresif. Terutama yg belah malam i.e pasar malam. Jadi takut pulak kita nak membeli. Selamba jer tarik tangan kita. Personally cik z macam agak serik nak ke HCM lagi, rasa macam serabut nak membeli belah kat sana. Tapi untuk yg tak pernah samapai apa salahnya kan, belum cuba belum tahu.
ReplyDelete