Wednesday, August 26, 2015

Pucuk Ubi Masak Lemak Tempoyak

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Saya kalau ada pucuk ubi di rumah memang akan masak tempoyak macam ni. Alkisahnya nak cerita saya bawa pucuk ubi dari kampung, bawa masa nak balik raya itu hari tapi tak menyempat nak masak sebab keluar miting la... puasa la. Dekat 2 minggu jugak dalam peti. Bila bukak2 Alhamdulillah elok lagi, cuma agak lembik sebab saya simpan dalam tempat beku. Pucuk ubi tu pulak saya campur2 dengan daun yang masih keras, bukan kata pucuk yang memang sesuai untuk masak. Jadi masa simpan tu saya bungkus ketat2 dengan surat khabar dan letak tempat beku. Saya fikir2 pasni boleh la kalau nak simpan sayur jenis lain pulak, dengan syarat jangan bagi basah.





MASAK LEMAK TEMPOYAK PUCUK UBI
RESEPI : Kak Nennie

BAHAN-BAHAN :

1 ikat pucuk ubi - ambil daun saja saya rebus dulu hingga mendidih dan perahkan airnya
2 sudu besar tempoyak-boleh tambah
1 keping asam keping-saiz sedang-sedang ya
3-4 cawan santan pekat - boleh tambah ya saya guna santan kotak je
Segenggam ikan bilis - boleh tambah
Garam secukup rasa

BAHAN DITUMBUK LUMAT :

10 biji cili api
2-3 cm kunyit hidup
Saya tambah bawang merah

CARA MEMASAK :
- Masukkan semua bahan tumbuk , ikan bilis serta santan pekat dalam periuk kemudian dikacau supaya cukup mesra dan biarkan kuah hampir mendidih . Masukkan asam keping dan garam , kacau kemudian boleh la dimasukkan semua pucuk ubi . Biarkan kuah memdidih dan bila pucuk ubi dah cukup empuk serta masak baru la boleh ditutup api dapur .

* Jika tempoyak dah mula masam boleh la dicampur sedikit gula tetapi sebaik-baiknya guna la tempoyak fresh home made baru la sedap menu ni..


"Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau lapangkanlah dadaku, tenangkanlah fikiranku dan permudahkanlah segala urusanku.... Amin"

5 comments:

  1. Akak kalau masak Lemak tempoyak pucuk ubi ni suka campur dengan udang Cheq Sue ..
    Manis jer kuahnya..

    ReplyDelete
  2. kecur nengok... compom sedap nyer

    ReplyDelete
  3. Wah Nmpk menarik la cheq sue..wana x pnah lg Mkn dgn tempoyak..

    ReplyDelete
  4. Oohhh tempoyak.. aku merindui muuu

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]