Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera
Restoran
baru berdekatan pejabat menjadi pilihan Zubir untuk makan tengahari. Waktu agak
lewat kerana dia baru saja selesai bertemu seorang pelanggan yang ingin membuat
permohonan pinjaman. Sedang dia menikmati makanannya, matanya tertumpu kepada
seorang perempuan tidak jauh dari mejanya. Tiba-tiba hatinya diketuk debar yang
hebat. Terdetik sesuatu di jiwanya. Wajahnya persis Aqilah tetapi bertudung.
Dia mempunyai tahi lalat di atas bibir.
Mmmm…Aqilah bertahi lalat di dagu. Ah,
sekali pandang serupa benar dengan Aqilah. Sedang dia dalam keasyikan,
tiba-tiba seorang jejaka duduk di sebelah gadis tersebut. Eh, itu kan Wari,
jejaka tinggi lampai yang bekerja selang satu pintu dari pejabatnya. Oh…sudah kepunyaan
orang rupanya. Rasanya baru minggu lepas dia melihat Wari dengan perempuan
lain, kali ini lain pulak. Banyak betul teman wanita si Wari ni. Patut la
Jamal, budak penghantar surat pejabatnya menggelarkan Wari playboy..
Tiba-tiba
Wari memandangnya. Dia lantas mengangkat tangannya dan memberikan senyuman. Si
gadis turut sama tersenyum. Sungguh manis sekali.. Hati Zubir masih berdebar.
Ingatannya terus kepada Aqilah!
"Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau lapangkanlah dadaku, tenangkanlah fikiranku dan permudahkanlah segala urusanku.... Amin"
No comments:
Post a Comment
[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]