Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera
Zubir masih
merenung cincin emas permata satu yang
terletak kemas ditempatnya. Secara tiba-tiba juga fikirannya teringatkan arwah
Aqilah yang genap 3 tahun kematiannya. Kalaulah kemalangan kereta 3 tahun lalu
tidak terjadi, sudah tentulah sekarang ini dia bahagia bersama Aqilah dan
mungkin juga anak-anak mereka.
Tetapi,
kemalangan itu telah meragut segala-galanya. Pada hari itu, dia masih ingat
lagi bagaimana beriya-iya Aqilah ingin memandu kereta Kancil yang baru
dibelinya. Walaupun hati gusar dengan kecetekan pengalaman Aqilah di jalan
raya, Zubir hanya menurut kata sementelah melihat wajahnya yang begitu teruja
untuk mempraktikkan lesen yang baru diperolehinya. Tetapi kuasa Tuhan tiada
siapa yang dapat menghindari. Aqilah hanya memandu perlahan tetapi akibat
kecuaian pemandu lori di jalan bertentangan, Aqilah menjadi mangsa rempuhan.
Matanya masih terbayang jelas wajah Aqilah yang berlumuran darah memandangnya
buat kali terakhir. Dan di situlah Tuhan telah memisahkan mereka berdua
selamanya…
Zubir
menyimpan kembali cincin di tangannya. Memutuskan seketika ingatannya terhadap
Aqilah. Tiada yang perlu diratapi. Tetapi kasih sayang dan cintanya masih tetap
mekar bagai dulu kerana Aqilah adalah cinta pertama yang singgah di hatinya.
Tiada pengganti yang dapat mengambil kedudukan itu. Segera Zubir menghadiahkan
Fatihah untuk Aqilah, tanda cinta yang masih membara…
"Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau lapangkanlah dadaku, tenangkanlah fikiranku dan permudahkanlah segala urusanku.... Amin"
No comments:
Post a Comment
[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]