Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera
Gajet paling baru untuk kegunaan jahit menjahit. Snap fastener pliers ni lebih kurang alat pemasang butang ketap la gamaknya dalam Bahasa Melayu. Saya sebenarnya teramat la berkenan dengan benda alah ni selepas saya membuat pantiliner sendiri. Kalau dipasang butang katup biasa tu ada yang mudah tercabut, jadi alat ni memang memudahkan kerja untuk memasang butang plastik yang memang payah nak bercerai. Sebelum ni saya ada beli snap pliers untuk butang besi, tapi gamaknya tak reti pasang atau cengkaman tak kuat jadi butangnya tak kemas dan asyik saja tercabut.
Alat ni didatangkan dengan beberapa perkara seperti sku dreba untuk tukar tapak dan juga 3 tapak yang berbeza. Oleh sebab saya hanya order 1 saiz butang sahaja iaitu 12mm, maka saya tak pernah la lagi menukar tapaknya ni.
Butanya pula datang dalam pelbagai warna. Alat ni pun mudah saja nak guna. Yang penting kena ada alat ni depan mata baru tahu. Saya nak menerangkannya ni pun tak pandai nak susun ayat.
Seperti yang saya bagitahu kat atas ni, saya guna butang ni untuk pasang pada wing pantiliner, lebih kurang macam dalam gambar tu la kalau dah siap pasang.
Bila dah siap senang la dikancingkan begini, memang kena tarik kuat jugak baru boleh bukak. Selain pasang dekat panties macam saya buat ni, boleh jugak dipasang pada beg, cuff tangan ataupun dijadikan butang baju melayu...
Kalau korang terberkenan nak beli alat ni boleh je search di tenet, kalau tak pun search aje page UMMI DEEZ ENTERPRISE di FB. Harganya saya dah lupa, tapi In Sha Allah mampu milik sesuai dengan kegunaannya...
"Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau lapangkanlah dadaku, tenangkanlah fikiranku dan permudahkanlah segala urusanku.... Amin"
Sangat-sangat praktikal utk digunakan
ReplyDeleteKakak ni jakun sikit sebab tak pernah nampak lagi tau:)
jelesnyerr.. serba boleh cheq sue nih.. tun bab menjahit ni minat sgt, tp xde bakat.
ReplyDelete