Friday, August 7, 2015

Kerabu Mangga Campak-Campak

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Kalau dikampung kerabu ala2 Thai begini memang saya tak pernah buat. Haruslah buat kerabu pilihan ayahanda, iaitu kerabu Kelantan yang ada sambal kelapa dan juga santan. Tapi memandangkan saya buat di CH maka saya buat suka hati sajalah. Sebab itulah namanya pun kerabu mangga campak2... yang penting bila siap boleh dicampak ke dalam pinggan nasi... bukan campak ke dalam plastik sampah. Dok gitu???




Kalau tengok ke kerabu ni tidak le berseri sangat. Sebabnya kebanyakan bahan berwarna hijau. Almaklumlah di rumah bujang saya tu memang tak ada banyak stok sayur. Jadi gunakan mana yang ada sahaja.


Di bawah sini saya tempekkan resepinya kalau ada yang nak mencuba...


KERABU MANGGA
Resepi : Cheq Sue

Bahan-bahan :
Sotong - bersih, kelar dan hiris halus. Rebus sebentar agak2 lembut sahaja
Buah mangga matang - kupas kulit dan sagat halus (kalau guna mangga jenis masam perah airnya dulu)
Kacang tanah sangai - tumbuk kasar

Campuran untuk sos :
Sos ikan (nampla) + gula + garam + jus limau nipis
Bawang besar - dadu
Udang kering - tumbuk kasar
Tomato - dadu kasar
Daun kesum - hiris kasar
Cili padi - hiris nipis

Campur semua bahan dan gaul hingga sebati.
Tabur dengan kacang tanah
Biarkan seketika supaya semua ramuan mesra

"Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau lapangkanlah dadaku, tenangkanlah fikiranku dan permudahkanlah segala urusanku.... Amin"

2 comments:

  1. tgk ni pun dh kecur air liur, kalu dpt mkn nih lg perkkkh.... dana tak penah bt kerabu mangga kak... kalu bt pun ala2... bahan tak lengkap tak sdp sgt lah

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]