Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera
Yang sebenarnya dah lama dok niat nak selesaikan n3 pasa Asyura ni. Tapi sayang waktunya kurang dan mood nak mengarang memang tak ada. Tahun ni rasanya agak kelam kabut sikit dengan urusan di sekolah dan juga urusan dunia yang lain. Bukan nak bagi alasan tapi itulah hakikatnya bagi kita yang bergelar manusia ni. Pada tahun ni Alhamdulillah memang nak jadi rezeki agaknya. Dua kali dapat makan Asyura Kelantan, satu dari kampung sebelah dan satu lagi yang dibuat di surau di kampung.
Walau bagaimana pun sayang sekali saya tak sempat nak ambil gambar dari permulaan proses membuat Asyura ni sebab agak lambat ke surau. Letih sebenarnya sebab malam sebelumnya tu baru saja sampai dari Kuala Lumpur. Tapi untuk kenang-kenangan letak jugaklah gambar yang sempat di ambil, walaupun hanya menggunakan handfon aje. Jom tengok...
Dua jenis Asyura dibuat, iaitu yang lemak (kosong) dan yang berdaging. Yang sebenarnya memang dah lama sangat tak dibuat Asyura di di surau. Kiranya kali ni memang seronok la semuanya berkumpul ramai2 sambil menolong mana yang patut. Proses sebenarnya telah bermula sehari sebelum iaitu penyediaan bahan2 kering dan merebus daging. Untuk bahan2nya tu tak berapa pulak saya pasti tapi yang saya ingat antaranya adalah beras, santan, daging, ubi keledek, ubi badak, lada hitam, ketumbar, serai, halia, bawang merah, bawang putih, bawang goreng, gula....
Prosesnya bermula dengan merebus beras dahulu sebelum dimasukkan bahan2 lain dan seterusnya dimasak hingga hancur.
Proses mengacau. Masa ni dah kelihatan agak likat tapi belum 'sering' sepenuhnya.
Proses masukkan santan. Santan pekat ya... satu kawah ni dalam 8 kilo santan digunakan. Maunya tak lemak berkrim disukai ramai... Yang sedang memasukkan santan itu adalah abang saya....
Kacau lagi....
Yang ini Asyura lemak, yang masak lebih awal. Dah siap2 dimasukkan ke dalam bekas dan ditabur dengan 'kambu'. Kambu tu adalah beras goreng yang dikisar (tak terlalu halus) untuk memberikan struktur kepada Asyura dan mengelakkan ia menjadi berair / berlendir. Haruman beras goreng tu memang wow la... ngam dengan Asyura.
Semua dah menunggu nak ambil. Saya memang suka yang lemak ni. Walaupun tak ada daging tapi rasanya memang A+++
Masuk dalam dulang sikit... sebab nak sejukkan untuk dimakan semasa majlis kuliah pada malamnya.
Yang mengacau... yang nak terai. Kedua2 dalam gambar ni adalah adik saya. Kiranya kami sekeluarga memang dok kat surau je pada hari kejadian.
Sedapnya makan Asyura lembik. Kalau dulu2 makan dalam tempurung yang dah dikikis dan bersudukan daun nenas... hari ni dah tiada. Tinggal kenangan saja..
Bekas2 yang sedang menunggu..
Dah sold out. Kawah dah pun direndam dengan air untuk mengelak ia hangit.
Tengok tu... bila saja dah boleh diangkat, masing2 berkerumun nak masukkan dalam bekas memasing. Saya hantar wakil aje...
Antara yang sempat dimasukkan dalam bekas untuk diedar kepada penyumbang yang dok jauh...
Yang sempat dimasukkan ke dalam talam, dipotong untuk diberikan kepada orang2 kampung yang tak datang.
Menunggu masa untuk dipotong dan di makan.
Alhamdulillah, majlis yang dirancang dan telah dilaksanakan memang berjaya sehingga licin semuanya 3 kawah Asyura. Dengan kerjasama penduduk kampung yang mencurah keringat untuk mengacau serta memberikan sumbangan, dapatlah buat lebih sikit sebab plan asal nak buat 2 aja.
Dengan berjayanya projek Asyura tahun ni, dah ada bunyi2 tahun depan nak buat 6 kawah. Ewahhhh.... ada kederat ke tu? In Sha Allah..
"Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau lapangkanlah dadaku, tenangkanlah fikiranku dan permudahkanlah segala urusanku.... Amin"
Assalamualaikum Cheq Sue,
ReplyDeletebetul apa Cheq Sue kata tu... sibuk! Memang sibuk dengan pelbagai urusan... kita pun akhir2 ini sekali-sekala aje buat entri, apalagi nak jenguk kawan-kawan.... tak apalah, bila kita ada masa kita ranccakkan lagi dunia blogging ni kan...
Selamat bercuti Cheq Sue.