Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera
Saya lupa bila saya meeting kat sini. Tapi rasanya ramai yang dah tahu di mana lokasi hotel ni kan? Berdekatan dengan SOGO dan kawasan yang seangkatan dengannya. Saya ke sini ikut kawan bawa kereta. Jadi tak ada masalah la terus saja sampai ke tempat yang dituju. Kalau kata datang dengan bas pun x ada masalah sebab mudah aje nak sampai. Naik saja LRT dan turun di stesen Bandaraya.
Nama aje hotel dekat dengan pusat beli belah tapi haram tak dapat nak menyopping dek kekangan masa yang dihabiskan dalam bilik mesyuarat. Padahal masa tu pitih tengah berkepuk dalam purse. Nampak x ayat riak tu? Ha ha ha...
Makan dekat sini memang tip top. Pilihan x la byk sangat tapi semuanya sedap2. Memang naik kilo la kalo duduk lelame. Nasib baik 3 hari aje. Masa duduk sini jugak boleh eksyen sikit sebab dok bilik besar. Deluxe ke hapa namanya tu. Bukan apa yang sebenarnya pengetua patut datang tapi last2 cikgu pulak. Tu yang dapat bilik kelas 52. Yang tak bestnya malam last tu ada c**a mabuk salah nak masuk bilik. Dia cuba nak masuk bilik depan tapi saya yang terjaga sebab dok kecoh2 depan pintu. Bila fikir2 balik memang seram abes. Tambah2 dok sorang lagi laaaaa... Apapun itulah pengalaman...
"Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau lapangkanlah dadaku, tenangkanlah fikiranku dan permudahkanlah segala urusanku.... Amin"
No comments:
Post a Comment
[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]