Monday, November 30, 2015

Patin Sambal Tempoyak

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Saya beli ikan patin seekor, harga dalam RM 4.50 dekat kampung. Bawa ke CH, siap dengan bunga kantan dan daun kesum. Kalau cerita bab ikan patin ni memang tak pernah menolak untuk dibuat masak tempoyak. Memang I loike sesangat.. Satu petua untuk menghilangkan hanyir ikan patin ni adalah membasuhnya menggunakan limau nipis. Bilas banyak kali dengan menggunakan limau nipis yang diperah tu selain mengurangkan hanyir dapat juga memejalkan isi ikan.


Kebetulan dalam peti sejuk memang ada stok tempoyak pedas yang My Mek bagi. Saya tak berapa pasti pulak apa kandungannya cuma nampaklah ada hirisan cili kat dalam tu. Saya saja cuba masak dengan tempoyak tu sebab lapar sangat, tambahan pulak masakan ni memang mudah aje. Tanpa menggunakan bawang atau bahan tambah yang lain, nampaknya msakan tu menjadi dan boleh bagi 5 bintang.



Saya hanya didihkan air dengan bunga kantan dan daun kesum, kemudian masukkan tempoyak. Bila dah didih tu baru masukkan ikan dan masak sampai ikan masak. Eh.. ayat macam pelik aje! Kalau masuk awal2 takut hancur pulak ikan tu kan...


Seekor ikan yang saya bawak tu dua kali masak semuanya saya masak dengan tempoyak. Rasa memang takyah nak propa sangat lah memang sedap makan dengan nasi panas. Tambah2 lagi bila makan dengan sudu, boleh hirup2 aje kuahnya tu.

Kali ni tak ada resepi ya... hanya memasak dari hati sahaja...


"Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau lapangkanlah dadaku, tenangkanlah fikiranku dan permudahkanlah segala urusanku.... Amin"

2 comments:

  1. bg dana mmg paling sesuai msk tempoyak nih... kot bau hanyir ke apa otomatik hilang dek bau tempoyak yg harum

    ReplyDelete
  2. sedapnya patin masak tempoyak ni...

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]