Friday, November 27, 2015

Projek Langsir - Beli Kain & Kelengkapan #2

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Sejak bulan Jun saya dah mula survey kedai kain untuk langsir. Saya kira lebih baik beli awal, jadi boleh buat slow2 sementara nak menunggu rumah tu siap. Makcik saya yang mengesyorkan kedai ini, yang terletak di Bandar Baru Tanah Merah, yang mana ianya merupakan cawangan kedua selepas Kuala Krai. Pada ketika itu kedai ini baru saja dibuka dan kebanyakan kain serta peralatan langsir di dalamnya ada promosi.


Dari Jambatan Tanah Merah boleh nampak kedai ni. Selain menjual keperluan langsir, boleh juga kalau nak tempah langsir siap. Serius cakap, memang kelabu mata memilih kain di dalam ni. Tambah2 saya dan kain ni memang pantang nampak. Semuanya nampak lawa. Tapi yang pasti bila tengok2 tu, yang berkenan pastinya berharga lebih mahal. Hi hi hi... Tapi saya dah ingatkan diri sendiri, pilih yang sederhana dan bajet2 jugak.  Maklumlah poket pun tak berapa nak tebal. Pada ketika itu saya hanya ada RM1500 dan itulah bajet saya untuk beli kain.




Antara kain2 yang ada. Kebanyakannya sudah separuh kayu, mungkin sebab ramai yang dah beli.


Kain2 yang cantik dengan harga yang berpatutan.


Selain corak bunga, ada juga kain kosong untuk dibuat langsir yang simple. Setelah dipilih2, saya beli satu gulung, sebab berdasarkan kiraan saya pada ketika itu jumlah kain yang diperlukan adalah 80 ke 90 meter. Jadi bila jumpa kain sepanjang itu, dan berkenan coraknya maka terus beli sebab malas dah nak cari lain.

Yang saya beli pada hari itu adalah kain langsir + kain inner + kain jersey (awning) + kain tape + penyangkut tali + cotton untuk cadar dan sarung bantal = RM 14++, menghampiri bajet yang saya sediakan.

Walaupun begitu masih ada lagi beberapa bahan yang perlu dibeli, antaranya rod kayu, rail besi dan juga kain inner. In Sha Allah dalam proses la ni sambil2 survey. Macam ginilah ya... nak mudah boleh tempah saja tapi kewangan tak mengizinkan. Buat sajalah sendiri, yang penting ada langsir... he he he


 "Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau lapangkanlah dadaku, tenangkanlah fikiranku dan permudahkanlah segala urusanku.... Amin"

1 comment:

  1. Lepas ni projek menjahit langsir pula ye Cheq Sue..
    Kain langsir dah siap dibeli..

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]