Thursday, November 12, 2015

Sesaknya TBS!

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Kalau ikutkan, saya dan TBS ni memang dekat sangat2. Rasanya sebulan sekali mesti datang ke sini untuk balik kampung sekiranya bermesyuarat di KL. Sehinggalah 5 November lalu saya sekali lagi ke sini. Dari CH saya turun di KL Sentral dan ambil LRT ke TBS. Kononnya nak beli tiket balik kampung tapi sayangnya dah habis dek bebudak cuti uni dan juga Deepavali. Saya agak pelik bila adanya kaunter tambahan di bawah skrin ketibaan dan pelepasan. Saya abaikan itu dan terus ke tempat mesyuarat. Ada tiket ke tak ada tiket saya tak fikir lagi, kalau tak ada saya lepaklah dulu di rumah kakak di Cheras.


Selepas mesyuarat keesokan harinya saya ke TBS sekali lagi untuk membeli tiket sebab dah search di internet tiket2 mulai 8 haribulan masih ada. Sampainya di sana memang terkejut beruk katanya... punya la ramai umat manusia, yang beratur nak membeli tiket ataupun yang sedang menunggu atau yang sedang dalam perjalanan dari LRT/Komuter.



Dalam hati tu ada berfikir jugak, takkan la sebab cuti Deepavali TBS dibanjiri dengan manusia sebegitu rupa. Tak sanggup nak beratur panjang, saya terus ke Cheras menaiki teksi. Di situlah baru saya tahu bahawa semua bas dari Stesen Puduraya dan Stesen Jalan Duta telahpun dipindahkan ke sana bermula 1 November 2015. 

Bingo!!


Patut la TBS sesak luar biasa. Tiba2 saya terfikir adakah satu hari nanti TBS pun bakal berubah menjadi seperti Stesen Pudu juga? Akan ada ulat tiket yang mencari mangsa... atau akan ada bas yang tiada walaupun tiket sudah dibeli? Kalau ikutkan sebelum ini, sangat selesa di situ kerana keadaannya yang luas dan pengurusan yang terkawal. Walaubagaimanapun dengan pertambahan semua bas ke sini, saya pasti akan ada banyak masalah yang akan timbul nanti. Kita tunggu tengok sajalah.


Tiga gambar yang saya ambil ni adalh pada malam 7 November, kebetulan saya dapat tiket untuk balik setelah ada yang menolak tiket tersebut. Alhamdulillah. Sepanjang dok menunggu untuk menaiki bas, bermacam ragam dapat dilihat. Bermacam jenis manusia ada di situ. Dan saya secara peribadinya agak terganggu dengan situasi demikian. Tapi apa boleh buat, itu semua bukan di dalam kuasa saya. Cuma harapnya selepas ini jangan ada masalah seperti di Pudu itulah...


"Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau lapangkanlah dadaku, tenangkanlah fikiranku dan permudahkanlah segala urusanku.... Amin"

3 comments:

  1. lah yeke kak.... aritu adik takde cite lak sbb dia balik masa cuti deepavali aritu...

    dulu kalu pg tbs nih nk kata lenggang tu takla tp rasa syok lah jln tak sesak... abis kalu semua dh di pusatkan kt tbs nih sama lah nnti jd mcm pudu sesak padat... btpe bt stesen pudu lawo2 kalu tak di guna

    ReplyDelete
  2. Dah lama akak tak naik bas cheq Sue..
    Parah lah kalau ulat tikit masih ada..
    Mereka jual dengan harga yg mahal kan cheq sue..
    Kita nak balik kg..
    Hendak tak nak kena juga beli..

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]