Thursday, November 19, 2015

Projek Langsir - Mengukur #1

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Ini merupakan projek langsir untuk rumah saya. Memandangkan dalam keadaan sekarang harga tempahan langsir boleh tahan mahal katanya, saya mengambil keputusan untuk menjahit sendiri langsir, bukanlah jenis fesyen2, hanya sekadar yang biasa. Nasib baik juga saya ni suka design2 yang simple saja.

Jadi perkara pertama yang saya buat adalah mengukur tinggi dan lebar tingkap (termasuk pintu) untuk mengira berapa meter kan yang perlu saya beli.


Pada ketika ini saya memang tak ada pengetahuan tentang langsir. Kalau sekadar jahit biasa tu boleh la... ini kiranya jahit untuk satu rumah, projek mega gitu.



Untuk semua tingkap yang ada + pintu saya ukur dulu dalam CM dengan menggunakan pita ukur. Seeloknya ukuran dalam meter lagi senang supaya terus dapat tukar ke ukuran kain sebenar.

Setelah dapat maklumat ni saya upkan ke dalam FB Geng Jahit untuk meminta tolong dan panduan tentang bagaimana cara2 untuk mengira serta bagaimana untuk budget kain agar tidak membazir. Alhamdulillah ramai yang mengajar dan memberikan pandangan.

Walaupun saya faham tak faham, tapi saya dah nampak la sesikit bagaimana nak membuatnya tu. In Sha Allah kita tengok apa seterusnya dalam n3 akan datang..


"Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau lapangkanlah dadaku, tenangkanlah fikiranku dan permudahkanlah segala urusanku.... Amin"

3 comments:

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]