Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera
Nabila
hanya tersenyum setelah kereta yang dinaikinya bersama Zubir mula melintasi
sempadan Pahang-Terengganu. Lima jam dari Kuala Lumpur, Nabila sudah tidak
sabar untuk menjejakkan diri ke tanah tumpah darahnya itu. Rindunya pada pasir
pantai dan ombak laut tidak dapat ditahan lagi.
‘Sudah-sudahlah
senyum tu…kejap lagi kita sampai lah’. Zubir mengusik Nabila yang sejak tadi
mengukir senyuman manis. Tidak terasa
penatnya memandu memandang wajah Nabila yang tenang. Perjalanan juga tidak
terasa lamanya kerana ada Nabila menemani, setia bersembang itu dan ini
dengannya. Bergelak ketawa dan usik mengusik, bahagia terasa seketika..
Dia
menghantar Nabila ke rumah terlebih
dahulu sebelum bergerak ke rumahnya. Sempat juga dia bersua muka dengan ayah
dan ibu Nabila yang sangat baik hati dan peramah.
"Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau lapangkanlah dadaku, tenangkanlah fikiranku dan permudahkanlah segala urusanku.... Amin"
No comments:
Post a Comment
[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]