Saturday, December 15, 2012

Tudung Oh Tudung

 
 
Sebelum cheq sue berbicara lebih jauh, suka dinyatakan bahawa n3 ini adalah berdasarkan pengalaman peribadi sendiri sahaja. :) Jika ada persama atau ada kata yang menyentuh perasaan jutaan maaf dipinta.
[Sumber gambar : zanriasboutique]
Sejak mula mengenali tudung, cheq sue dah ada banyak koleksi tudung. Bermula dengan fesyen 3 segi, ada manik-manik di sekeliling dan berjuntai di hujung, tudung terus mengalami evolusi dengan pelbagai design terkini. Ketika zaman keglamouran tudung bawal, cheq sue tak lupa beli. Masa tu dah zaman U, memang sentiasa pakai ke kuliah. Gaya pemakaian juga berubah-ubah seiring masa. Kalau masa sekolah dulu. pakai tudung ikat ke belakang. Lepas tu ada pulak pesen letak cincin dan buat reben. Ada juga yang buat reben di bawah dagu. Bila imbas kembali memang rasa kelakar. Kalau tengok gambar-gambar lama memang nak gelak aje. Lepas tu sibuk pula nak memakai shawl, masa tu zaman Wardina kot. Pengaruh tv!
Sekarang ni pula kebangkitan tudung segera macam kat dalam gambar tu. Kenapa tudung segera? Cheq sue rasa kebanyakan dari kita ada tudung segera tu. Pemakaiannya mudah, terutama jika kesuntukan masa di waktu pagi. Yang lebih penting lagi, tudung ni tak cerewet dan tak perlu di gosok.  Sekarang dah bermacam-macam pesen ada, dengan kepelbagaian corak serta awning. Untuk membeli tudung, cheq sue lebih suka membeli secara manual di mana ianya boleh dicuba. Bentuk muka bujur biskut merry cheq sue ni agak susah juga nak disesuaikan dengan awning. Pernah juga sekali membeli tudung secara online (harga boleh tahan, lebih RM 50) tetapi hasilnya kurang memuaskan. Pemakaiannya tidak selesa walaupun cantik.
Yang menjadi persoalannya sekarang adalah harga. Bukan kata nak berkira tetapi pada cheq sue, tudung yang nilainya RM 150 ke atas adalah mahal. Ya la, kita tak pakai mesti kata macam tu. (Kita abaikan dulu tudung yang lebih mahal dari itu). Bukan apa kawan-kawan, duit masing-masing, citarasa pun masing-masing, pandangan pun masing-masing, kan... Bagi cheq sue, dengan harga di bawah RM 50 pun kita dah boleh dapat yang cantik jika pandai memilih. Cheq sue bukannya tidak berminat untuk memiliki tudung seperti di dalam gambar di atas, tetapi setakat ni masih kuat iman lagi ^_^ . Dengan harga yang ditawarkan, dah dapat 4 helai tudung yang biasa cheq sue beli. Tapi semuanya terpulanglah, cheq sue hanya mampu melihat, nak beli tu lambat lagi la kot. Buat masa ni cheq sue hanya cuci-cuci mata aje, cukuplah.
Sekian, diceritakan.
Stylish Thankyou

7 comments:

  1. mala cuma beli tudung yg kurang dari RM50 :-)

    ReplyDelete
  2. harga promotion dia 175inggit!! blh beli bape kilo beras tuh? huhu...
    tun jenis yg xsesuai pakai awning.. ada la selai dua yg bila pakai xnmpk mcm indon atau makcik. hihi.. sblm ni beli jugak sbb terpengaruh (yg dlm 30inggit je pun), pastu duk tersadai dlm almari sbb xguna. selai je guna, wat pakai dlm umah bila duk umah mertua. hihi.. tudung bawal jugak yg best guna, shawl pun murah2, yg harga 15inggit dh dpt pashmina jenis kain tebal dan sedap pakai. nasib baik skrg ni trend baru kembali pd tudung 4segi tu kan, cuma perlu beli brooch cantik2 nk pin tepi telinga. hihi...
    ps: erk.. dh jd karangan pulak ;p

    ReplyDelete
  3. Salam perkenalan...Jon intai2 Premium Beautiful Korset..Produk kesihatan dan kecantikan..Super duper Korset!Get your ideal body now!^___^
    http://nanafarhana12.blogspot.com/

    ReplyDelete
  4. suka pakai bawal jgk..atau shwl..tp yg ada awning tue byk jgk kolesi..tp kdg2 awning x kena n muka..tu yg malas he hehee tp design sknk cantik2

    ReplyDelete
  5. tak penah beli tudung pesen gitu yang lebih dr rm40.kite stick kpd tudung bawal jugak sebab senang nk cuci.tak cerewet nak jaga walaupun kene gosok. tudung awning pakai bila dalam rumah bersama ipar duai.

    ps : lupa plak. masa kawen ritu pakai tudung awning gara2 tak sempat nak gi cari tudung lagi dah. last sekali decide pinjam tudung kawan. habis cerita.

    ReplyDelete
  6. Jom tgk koleksi Tudung Chiffon Layer pada harga yang berpatutan di http://rinoalytionista.blogspot.com/ TQ

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]