Tuesday, February 19, 2013

Apam Mekar Tepung Beras

 
 
Projek apam semasa bercuti CNY di kampung. Terberkenan semasa jalan2 ke blog dak Yana yang baru berpindah ke Manjung, memang gebu gaban. Sedap sangat digandingkan dengan kelapa parut muda. Cheq sue cuma buat separuh adunan aje sebab tepung beras tak berapa banyak, dapat la dekat 10 biji gitu, saiz besar2 sebab guna cup M. Biasalah kalau dok kampung, bahan2 mentah memang tak sama banyak macam kat rumah sendiri.  Tapi dengan cara penyediaan yang mudah dan bahan yang ringkas memang susah nak kata NO.

Resepi yang disumbangkan oleh Kak Fida ni memang kebanyakannya mudah dicuba dan menjadi. Semua orang pun tahu itu. Kalau di laman MyResepi, beliau banyak berkongsi ilmu dan tak lokek memberi tunjuk ajar.
 

Cuma apam yang cheq sue buat ni agak padat sedikit (tetapi masih gebu) kerana cheq sue tak ada stok susu, dan digantikan dengan air susu (bancuhan air dengan susu pekat). Note : lain kalai kalau tak pasti jangan derhaka derhaka okeh... *_*
 
Kalau ada yang nak cuba tu bolehla buat untuk sarapan. Wassalam

 
 

APAM MEKAR TEPUNG BERAS

200g tepung beras * ( 2 cawan )
2 sk baking powder * ( * diayak bersama )
180g gula halus ( 2/3 cawan + 1/8 cawan )
1 cawan susu segar/cair/santan cair~ yana guna susu cair
1 sk esen vanila ~ yana guna perisa pandan & ros
pewarna pilihan

CARA PENYEDIAAN :-

Panaskan kukusan. Acuan dialas mangkuk kertas.
Satukan bahan2 kering di dalam mangkuk lalu tuang susu segar/cair/santan sedikit2 sambil kacau hingga gula larut dan sebati. Masukkan esen vanila dan kacau lagi.
Warnakan adunan ikut pilihan. Tuang 3/4 penuh adunan ke dalam acuan dan kukus selama 15 minit atau hingga masak.
Apam ini enak dimakan begitu saja atau dengan kelapa parut kukus dan cicah gula apom

Stylish Thankyou

3 comments:

  1. Assalamualaikum..emmm sesuaiiii ngan namanya..mekar setamannnnn

    ReplyDelete
  2. Kuih ni ank no3 mmg suka sangat,.maknya terlebih rajin nk membuatnya..h

    ReplyDelete
  3. Aslmkum Sue
    kembang molek apam Sue buat ni...nanti akk nak cuba juga.

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]