Thursday, February 7, 2013

Sup Cendawan Telur Puyuh Ala I LOVE YOU STUPID

 
 
Menu 2 3 hari lepas. Sekarang ni jarang nak dapat n3 fresh from kitchen, semua yang tertangguh saja. Tak apalah, janji ada n3, ada juga sesuatu nak kongsi dengan kawan-kawan. Sibuk sangat rasanya tahun ni. Maklumlah, selalu mengajar 2 kelas aje, dah 9 tahun, tup2 tahun ke 10 ni kena mengajar 5 kelas... kena pulak subjek peperiksaan, maka terpaksalah patik belajar semula. Adessss...memang seksa sungguh. Tapi setakat Pendidikan Moral gagah lagi nak mengajar, kalau kena Matematik ke Bahasa Inggeris ke tak keharu biru? Haipppp... ni topik apa pulak... :) Ok...stop dulu bab membebel ni, kalau kena gaya 10 n3 pun boleh. He he he...
 
 Jadi, sup cendawan telur puyuh ni pun ada kisahnya. Resepi Che Mat Gebu, otai masak dari Sedenak, katanya berdasarkan novel I Love You Stupid karya Kak Melur Jelita. Cheq sue sampai sekarang belum beli lagi, sempat baca gitu2 aje dalam blog. Sempat la jugak berkenalan dengan Inspektor Ibrahim dan Iris...

 
Alkisahnya pada hari kejadian, cheq sue ada kutip cendawan tiram. Lepas tu ada pulak beli enoki kat TESCO. Telur puyuh pun ada, jadi memang sesuai sangat nak cuba. Selalu kalau buat sup main taruk-taruk aje, cuma kali ni saja nak masak guna resepi. Dalam pada guna resepi orang tu ada jugak bende nak derhaka. Bukan apa, nak sesuaikan dengan benda2 yang ada di rumah.
 
Rasanya macam sup biasa aje pun, mungkin sebab cheq sue tak guna leek sebab tak ada kat rumah. Jadi kurang la sikit aromanya. Tapi tak apalah, dah habis dah pun. Kalau kawan2 nak rasa kena la cuba. Sampai jumpa lagi, wassalam.

 
SUP CENDAWAN TELUR PUYUH
Resepi : Che Mat @ DTS

BAHAN-BAHANNYA :-)
15 - 20 biji telur puyuh, rebus dan kupas kulitnya, cuci dan toskan
150 gram cendawan pilihan anda
1 kiub ayam Maggi
1 batang leek, kerat pendek dan rendam
1/2 cekak soohoon, kerat pendek dan rendam
Air secukupnya
Serbuk lada hitam secukupnya
Hirisan daun bawang untuk hiasan
Bawang goreng untuk hiasa

BAHAN HIRIS HALUS :-)
4 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia muda (atau halia biasa)

CARA MEMBUATNYA :-)
Panaskan sedikit minyak dalam periuk, tumis bahan hiris hingga harum, tuang air secukupnya (anggaran 4 cawan). Kacau dan bila mendidih, masukkan telur puyuh, kiub pati ayam dan leek (toskan). Masak sekejap.
Masukkan soo hoon, tambah serbuk lada hitam dan juga garam secukup rasa. Kacau dan bila mendidih, masukkan cendawan. Masak sekejap dan rasa, jika ok boleh matikan api. Tabur hirisan daun bawang dan bawang goreng sebelum dihidangkan

Stylish Thankyou

5 comments:

  1. tukar blog title ke...ingat blog siapa tadi...sedap nya sop ni.

    ReplyDelete
  2. Akak pun suka buat sup cendawan tiram ni. memang sedap meratah je.

    ReplyDelete
  3. Bestnya dpt hirup sup waktu dlm kesejukkan ni ^^

    ReplyDelete
  4. Sedapnya hirup sup time sejuk2 gini Sue...

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]