Dah, cukup dulu membebel di petang hari ni. Marilah kita bercerita pula tentang hokkaido chiffon cake (HCC) yang cheq sue buat beberapa minggu lepas. N3 lapuk jugak...
Sebenarnya cheq sue tak dapat nak rasa macam mana rasa HCC ni, dapat makan sebijik aje weh...memang tak puas. Pada cheq sue, HCC ni memang gebu sangat, ringan dan spongy. Memang tak rugi la buat ni. Cheq sue guna cup yang agak besar, 1 adunan tu dapat tak banyak mana la, dalam 12 biji je rasanya. Kalau nak dibandingkan dengan hasil yang dibuat kawan2 yang ni tak la lawa sangat, agaknya isi penuh (walaupun dah timbang dalam 50-55g). Tak apalah, janji menjadik.
HCC ni pada saya sedap dimakan selepas semalaman. Kalau makan terus pun tak ada masalah, cuma kalau semalaman tu rasanya lagi moist dan mesra. Fillingnya tu cheq sue gunakan filling cream puff resepi daripada Honey (MyR). Sedap jugak bergandingan dengan HCC yang gebu tu. Next time boleh guna whip cream pulak. InsyaAllah cheq sue akan buat lagi sebab tak puas makan, cuma masanya tu tak tahu lah bila.
Kawan-kawan yang belum buat lagi tu sila la ambil masa membuatnya. Memang tak rugi. Sampai jumpa lagi. Wassalam.
HOKKAIDO CHIFFON CAKE
Sumber : Rahel
Bahan A:
150g tepung kek-ayak 2x
1 sudu teh serbuk penaik
1 sudu besar susu tepung
100g gula kastor
Bahan B:(disatukan dan dikacau rata)
70ml minyak jagung/canola oil
4 biji kuning telur
100ml susu segar
1 sudu teh strawberry paste/esen vanila
Bahan C:
4 biji putih telur
80g gula kastor
1/4 sudu teh cream of tartar
Cara:
1.Satukan bahan A di dalam mangkuk,kacau hingga
rata.
2.Masukkan bahan B ke dalam campuran bahan
A.Kacau hingga licin.Ketepikan.
3.Putar putih telur hingga berbuih,masukkan
cream of tartar dan gula kastor sedikit demi
sedikit sambil putar sehingga
naik dan kembang (stiff peaks).
4.Masukkan 1/3 adunan putih telur ke dalam
bancuhan kuning telur tadi.Kacau perlahan.
Kemudian masukkan lagi 2/3 putih
telur ke dalam bancuhan kuning telur dan kacau sebati
dengan perlahan.
5.Sudukan adunan ke dalam cawan kertas (letak
cawan kertas di atas alat penimbang,isikan dg
adunan kek dan timbang 55g setiap
satu cawan ).
6.Bakar dalam oven (rack tengah,guna api atas
& bawah) pada suhu 170'C selama 20-25 minit.
(tergantung kepanasan oven
masing-masing)
7.Setelah masak,keluarkan kek dari oven,biarkan sejuk selama 2-3 minit.Cucukkan nozel ke
dalam dasar kek dan paipkan kastad tadi.Taburkan permukaan kek dengan ''snow powder''
Inti Kastad:
70g instant custard powder
200g susu segar sejuk dr pt sejuk
300g dairy whipping cream-diputar hingga gebu
Cara:
1.Satukan custard powder dengan susu segar,kacau hingga pekat.
2.Masukkan whipping cream dan gaul rata.Isikan ke dalam piping bag yg telah diletak nozel
bentuk star.
7.Setelah masak,keluarkan kek dari oven,biarkan sejuk selama 2-3 minit.Cucukkan nozel ke
dalam dasar kek dan paipkan kastad tadi.Taburkan permukaan kek dengan ''snow powder''
Inti Kastad:
70g instant custard powder
200g susu segar sejuk dr pt sejuk
300g dairy whipping cream-diputar hingga gebu
Cara:
1.Satukan custard powder dengan susu segar,kacau hingga pekat.
2.Masukkan whipping cream dan gaul rata.Isikan ke dalam piping bag yg telah diletak nozel
bentuk star.
Assalamualaikum Cheq Sue,
ReplyDeletesamalah tu macam kak Amie... nama saja asal Selangor, ayah orang Kampung Baru KL, tapi bila balik ke sana bukan lagi macam rusa masuk kampung, kalah katak bawah tempurung! Tak berani nak jalan sana-sini takut, bimbang & risau macam2 terutama ketika berada di jalan raya...
Tu..hokkaido chiffon tu nampak cantik sungguh... macam yang dijual di kedai punya!
Itu yang malas nak ke Kolumpo tu Kak Amie...kalau tak ada kerja selesa dok sini aje..
Deletehai cheqsu cantik nampak HCC tu gebus je kan, akak nk buat tapi belum lagi sampai hajat hee, akak ni lagi lah sorang terkonteng2 dok negara orang, dah balik kampong baru besttt kan....
ReplyDeletememang gebu sangat kak noor, macam terasa2 je lagi gebunya tu...akak kena cuba tau buat ni
DeleteAslmkum Cheq Sue
ReplyDeletesuka tengok kwn2 tyg Hokkaido chiffon itu.....bilalah nak mencuba.
pergi KL sorang2...akkpun tak lepas rasanya skrg...tak tahu sgt tempat dan jln.padahal dulu pernah kerja di sana.
Mmg dh ramai org asing kn..suami akk mmg kerja didaya bumi..tp akk mmg malas klu nk merayap sesorg kt bndar sbb rasa x slamat..HCC sangat gebus tau..akk x prnh mncuba lg tau..enth bila krajinan tue nk dtg..he hee
ReplyDelete