Tuesday, February 5, 2013

Apple Fritters

 
 
Menu minum petang, semalam punya. Dengan tekad nak menghabiskan sebiji epal hijau yang berumur 2.5 minggu. Ha...percaya? Silalah percaya, belen epal hijau yang cheq sue buat jus epal asam kulit limau tu masih ada lagi. Beli epal hijau, masamnya sangat-sangat. Tawakkal aja buat fritters ni, alhamdulillah tak la masam sangat. Cuma pada awal2 mula masak tu memang terkejut segala deria rasa di lidah, masam! Bila dah sejuk, makan pun rasa dah ok.

Sebiji epal yang tertinggal tu cheq sue kupas kulitnya dan belah kepada 8 bahagian. Sebenarnya resepi menggunakan nenas, tapi guna epal pun ok, rasanya kalau guna epal merah, yang kurang masamnya mesti lagi sedap. Oleh sebab kuantitinya yang sedikit, cheq sue makan gitu aje, tak menyempat nak beli aiskrim atau whip cream bagai. Yang penting habis stok epal.

Rasanya tak jauh beza dengan pisang goreng. Cuma kelainannya sebab resepi ni menggunakan tepung naik sendiri. Biasa kita guna tepung beras atau tepung gandum aje, kira ni ilmu baru lah. TQ pada ABM yang berkongsi resepi ni. Dalam sibuk2 belajar, sempat lagi dia memasak, memang salute betul... Semoga sukses dalam apa jua yang dilakukan. Wassalam...

 
PINEAPPLE / APPLE FRITTERS
Resepi :  blog video Sorted.

2 tin nenas gelang
150g tepung naik sendiri
300ml sparkling water / air soda bergas - disejukkan
1 genggam parutan kelapa - ABM pakai yg dipaket cheq sue tak masukkan
minyak secukupnya untuk menggoreng

CARA CARA
1. Asingkan nenas dan airnya. Seeloknya keringkan nenas gelang tu.
2. Didalam mangkuk, masukkan tepung, air soda dan parutan kelapa. Kacau sebati. Kacau sekejap je sebab tak mahu kehilangan buih2 tersebut.
3. Didalam minyak yang panas (pastikan minyak betul2 panas ye), masukkan nenas yang disaluti dengan adunan tepung. Goreng sehingga garing. Toskan. Buat sehingga habis.
4. Enak dihidang bersama krim putar atau ice cream.

Stylish Thankyou

3 comments:

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]