Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera
Salam hujung minggu. Pagi ni cuaca mendung, hujan berkabus sangatlah melemahkan. Rasa macam nak berbungkus aje dalam toto. Tapi tak boleh la nak layan sangat, kang semua kerja ke mana. Jadi n3 ni cheq sue nak kongsikan Pesta Cahaya yang di adakan malam tadi, bersempena dengan sambutan Chap Goh Mei, iaitu pengakhiran sambutan Tahun Baru Cina citulah.

Masa tu cheq sue tengah nak keluar, tetiba je bunyi meletup-letup. Dah agak dah diorang ni main mercun, raya la katakan. Pada malam2 sebelum ni pun diorang dah galak berdentum dentam, nak tidur pun tension. Cumanya yang malam tadi dentuman tu agak berlarutan. Jadi sempatlah cheq sue snap beberapa keping gambar sebagai kenang-kenangan.
Pesta cahaya malam tadi tu cheq sue agak berlaku 20-30 minit jugaklah, dengan pelbagai corak bunga api. Rasanya tak perah tengok corak2 sebegitu. Memang cantik sangat2 walaupun sakit lagi di telinga mendengar dentumannya.
Kos? Mmmmmm jangan cakaplah. Mahu puluh2 ribu RM. Kalau yang koman biasa kita main masa raya pun dah beratus2 hengget, inikan pula yang bercorak kebaboom serta lebih besar bunga apinya.
Bunga2 api ni dipasang di Kampung Raja. Memang agak dekat dengan rumah. Ini dari depan rumah cheq sue. Yang herannya kenapa la syik dok snap belakang tiang lampu tu. Ish ish ish..
Kesemua gambar ni cheq sue snap menggunakan Canon 550D dengan lense 50mm menggunakan bermacam2 mode antaranya full auto, night potrait dan flash off. Dalam gelap, nak pilih mode pun tak nampak. Jadi inilah sahaja yang dapat dikongsikan.
~ Wassalam ~
cantik2 gambar2 yg cheqsu snap tu rajin mengambil gambar segala tu, akak ni di kelilingi cina jugak kt umah ni dok dengar dari dalam rumah saja malas nak kuar haaaaa
ReplyDeleteCantik gmbrnya....mlm tdi tido awal....x dgr la bnyi dentuman....wlaupun keliling cina....
ReplyDelete