Thursday, July 25, 2013

Homemade Cendol

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Hai...jeles je tengok bila teman2 dah mula postkan n3 pasal biskut raya. Rasa macam nak je buat jugak tapi belum lagi beli bahan-bahan. Saya target nak siapkan menjahit dulu baru nak buat biskut. Sari dua ni memang bizi sikit. Dengan kerja sekolah dan segala mak nenek yang perlu diselesaikan, mudah je badan jadi penat. Tambah2 lagi sekarang ni sejuk benar di CH. Kalau bangun sahur tu dalam 13, 14, 15, 16 darjah. Kalau siang2 pulak paling tinggi pun 23 darjah. Pendek kata tak nampak benda lain dah, tau nak berbungkus dalam selimut aje. Macam mana nak pergi negara yang ada salji... Haish!!

Jom tengok ape citer n3 kali ni. Projek membuat cendol di malam hari. Entah kenapa tetibe je terlintas nak buat cendol setelah ternampak di blog Tun. Hish, kuat sungguh penangan blogger ni. Dalam pukul 10 malam, kung kang kung kang kat dapur, dalam 30 minit dah siap. Hihihihi...


Rupa2nya saya dah pernah buat resepi ni dulu (di sini) tetapi menggunakan tepung jagung. Kali ni saya ikut je 100% resepi tu. Cuma pada pendapat saya, kuantiti air tu boleh dikurangkan sdikit sebab cendol yang terhasil agak rapuh dan lembik. Kata Kak Ena, cendol yang menggunakan tepung beras rasanya lebih sedap. Entah la pulak. Saya tak berapa suka makan cendol, sesekali boleh la. Tapi daripada tak ada boleh jugak la terima. Yang saya buat ni pun boleh dikongsikan dengan kawan2 yang tak balik kg.

RESEPI CENDOL TEPUNG BERAS
Resepi: Kak E-Na
Sumber: Kak Rose, Tun Telani

Bahan-Bahan:
1 cawan tepung beras
3 cawan air
1 sudu kecil air kapur
sedikit pewarna hijau
sedikit perisa pandan

Cara Membuatnya :
Sediakan bekas yang mengandungi air sejuk. Ketepikan.
Masukkan semua bahan-bahan dia atas ke dalam periuk non-stik. Kacau supaya semuanya sebati.
Kemudian masak dengan api yang sederhana dan sentiasa di kacau supaya tidak berketul.
Kacau sehingga masak dan adunan berkilat.
Ketika masih panas masukkan adunan ke dalam acuan cendol dan tekan ke dalam bekas yang berisi air sejuk tadi.
Proses menekan cendol hendaklah dilakukan dengan pantas. Adunan yang sejuk akan menyukarkan proses menekan cendol.
Boleh di simpan di dalam peti sejuk bersama dengan airnya sekali. Sedap di makan bersama santan atau fresh milk dan air gula, di buat puding atau sebagai bahan campuran di dalam Air Batu Campur.

********** (^__^) ********** 
Terima kasih atas kesudian membaca entree ini hingga ke akhirnya. ~ Wassalam ~

2 comments:

  1. sedapnya.. pandai wat cendol sendiri ye.. saya? tunggu je lah kot2 terpanggil nak wat sendiri.. hahahaha.. pemalas no.1 ni..

    ReplyDelete
  2. wahhh..pandai buat cendol sendiri...

    hari tu kakain beli cendol kat bazar..tak sedap la pulak...

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]