Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera
Nampaknya Ramadhan semakin meninggalkan kita, dan sudah tentunya Syawal pula yang akan menjelma. Sayunya rasa hati, moga2 selepas ini segala kebaikan dan perubahan yang berlaku semasa Ramadhan akan terus dikekalkan. Saya berdoa agar segala amalan baik ini dapat diistiqamahkan sebaiknya.
Bercerita tentang hari raya, saya mendoakan kepada semua agar segalanya baik2 sahaja. Nak balik kampung ni, berhati2lah di jalan raya. Bukan kata pada semua malah untuk diri sendiri juga. Semoga kita semua selamat sampai ke destinasi masing-masing.
Dikesempatan ini, saya mengambil kesempatan memohon ampun dan maaf jika ada terkasar tulisan yang mengguris hati dan perasaan semua pembaca CTS. Mana2 n3 yang dikomen, jika saya tidak membalasnya atau tidak membuat kunjungan semula, harap maafkan kekurangan saya itu. Sesungguhnya kadang2 masa sangat mencemburui saya untuk berlama2 di laman maya.Bersempena cuti raya ni juga, CTS akan bercuti seketika, tengoklah berapa hari sebab balik nanti pun tak bawak lappy. Jangan rindu2 pulak ya!
Pada teman2 yang ada di Kelantan, jemputlah ke rumah jika berkesempatan. Mudah sahaja, kampung saya di laluan Jalan Pasir Puteh - Machang. Silalah datang...
Selamat Hari Raya! Maaf Zahir & Batin
Oppssstt : GA CTS masih berjalan, jangan segan2 nak join ya!