Friday, June 28, 2013

Jerebu @ PD

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Lama jugak tak berupdate blog saya ni. Ingatkan semasa bermesyuarat dapatlah keluar n3 autopublish tapi nampaknya line internet di sana tak berapa nak bagus. Dapat tengok n3 kawan2 je sekilas lalu. Jadi n3 ni sebagai pemanas untuk n3 yang seterusnya. Kepala macam dah jem nak mengayat bila lama tak guna. Hi hi hi...

Semasa ke PD tu, saya drive sambil ditemani rakan dari Taiping. Masa tu jerebu memang tengah tebal di highway. Dekat nak masuk KL jarak penglihatan agak kelabu-kelabu asap sikit. Kawan saya tu beriya ambil gambar, saya memandu tengok sajalah. Walaupun kereta bertutup (pasang aircond) tetapi masih juga dapat bau asap (jerebu) yang masam kesan terbakar. Masa jerebu teruk tahun 1997 dulu, saya masih di bangku sekolah, jadi tak la terasa sangat kesannya di Kelantan.
 

Semasa sampai, IPU di PD masih menunjukkan paras sangat tidak sihat iaitu melebihi 300. Inilah pandangan dari balkoni apartmen. Menghadap laut tetapi langsung tak nampak, cuma dengar bunyi ombak je. Memang kelabu sangat. Masa ni pagi, agaknya udara masih belum bergerak dan perolakan masih belum berlaku. Kiranya saya ni macam menyerah diri je bila ke PD tu. Hidung tersumbat, suara serak dan mula batuk-batuk.
 

Matahari petang. Walaupun kelabu jerebu tu macam mendung, tetapi suhu masih panas. Di semua tempat rasanya boleh nampak yang matahari tu kelihatan 'sakit' dengan lingkaran merah di sekeliling.
 

Pada hari terakhir (Khamis) barulah boleh nampak laut dengan jelas dan cahaya matahari mulai memancar ke bumi. Dah ada yang mandi manda serta bermain jet ski atau banana boat. Masa bertolak tu alhamdulillah keadaan lebih baik sikit daripada hari datang. Semoga jerebu ni akan cepat-cepat hilang...
 
 ********** (^__^) ********** 
 Terima kasih atas kesudian membaca entree ini hingga ke akhirnya. ~ Wassalam ~

1 comment:

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]