Saturday, June 1, 2013

Moist Chocolate Cake. Panaskan Enjin Dulu...

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Kata cuti sampai 29 Mei, tapi sekarang dah masuk bulan baru dah belum ada cerita lagi. Mmmmm biasalah kalau dah tinggal lama. Nak ambil mood, nak sapu2 sawang memang ambil masa sikit kan kawan-kawan. Tambah2 dengan keletihan pasca perjalanan, kena cover la sikit sebanyak. Trip yang lepas memang kaw2 punya. Letih tapi seronok. InsyaAllah bila dah selesai editing saya akan kongsikan. Korang ke mana semua? Macam sepi je. Mesti masing-masing sedang menghabiskan cuti bersama keluaga.

Berbalik pada n3 ni, saya dah buat sebelum cuti sekolah lagi. Memang teringin nak makan kek coklat tapi seperti selalu juga tak pernah dapat kek yang betul2 memuaskan hati. Semacam juga kek ini, ke'moist'annya tak ada. Agak kering sikit. Mungkin ada la tu silap di mana-mana. Kadang2 saya agak 'berfikir dua kali' untuk buat moist choc cake. Ada saja yang tak menjadi. Tapi tak mengapalah, next time menjadi la tu.



Keratan rentas dari dalam. Boleh nampak keringnya kek ni. Tetapi alhamdulillah dengan toppingnya yang meleleh tu agak sedap juga.

Untuk resepi ni kek yang diperoleh agak kecil. Tak la ambil masa sangat nak habiskan. Next time boleh cuba lagi tengok macam mana pula hasilnya. TQ pada Che Mat dan Izah yang berkongsikan resepi ni.

MOIST CHOCOLATE CAKE
Resepi : Che Mat
Sumber : Izah ML

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 cawan tepung kek/tepung gandum*
1 camca teh serbuk penaik*(*digaul dan diayak 3 kali)
1 cawan gula halus (castor sugar)
2 biji telur gred A
125 g mentega
1 camca teh esen vanilla
1/2 cawan serbuk koko*
1/2 camca teh nescafe*
1/4 cawan gula halus*
1/2 cawan air panas*
1/4 cawan susu cair*(*disatukan hingga menjadi pes coklat)

BAHAN COKLAT GANACHE :-)
100 g coklat masakkan
50 ml UHT Whipping Cream (boleg ganti dengan susu 100 ml susu cair)
1 camca teh mentega

CARA MEMBUATNYA :-)
Panaskan oven pada suhu 175C. Lenser tin berukuran ( 5 x 8 x 3 ) inci dengan mentega dan alas dasarnya dengan kertas minyak. Ketepikan.
Pukul mentega dan gula halus hingga putih. Masukkan esen vanilla dan telur satu persatu sambil terus memutar hingga adunan kembang dan gula hancur.
Perlahankan speed, masukkan tepung berelang seli dengan pes coklat hingga habis. Gaul hingga rata dan sebati.
Tuang adunan tadi dalam tin. Bakar dalam oven selama 45 - 50 minit. Sejukkan sebelum dihias dengan chocolate ganache jika suka...

UNTUK GANACHE:- Satukan coklat dan UHT Whipping Cream dalam mangkuk tahan panas. Cairkan secara double-boiler, bila semua larut, matikan api dan masukkan mentega dan gaul rata. Biarkan suam dan boleh tuang atas kek coklat tadi.

********** (^__^) ********** 
Terima kasih atas kesudian membaca entree ini hingga ke akhirnya. ~ Wassalam ~

2 comments:

  1. Sedapnya... meleleh air liur tengok coklat tu ;)

    ReplyDelete
  2. nak try la since kek dia kecik. kalau besaq tak larat nak perabih :-)

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]