Wednesday, June 19, 2013

Resepi Tempe Goreng Berempah

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Saya merupakan seorang penggemar tempe. Apa salahnya mek Kelate makan tempe, sama je jugak dengan budu yang dah sampai ke international. Kalau dulu tak berapa jugak, tetapi setahun di JB, dan setahun di Batu Pahat, pastu geng pulak dengan kengkawan yang hantu tempe, apa lagi, naik tocang la saya. Saya memang suka kalau tempe digoreng garing, ratah gitu pun sedap. Pernah juga semasa di Yong Peng, kawan menggoreng tempe secara celup tepung dan dicicah dengan sambal kicap. Perghhhh... pelik tapi sedap!

Tetapi apa yang istimewa dengan tempe ni? Of course lah sebab ianya didatangkan dari daerah Jantho, Banda Acheh, yang mana ini juga merupakan hasil yang dibawa balik dari sana. Macam produk IKS la yang diusahakan oleh golongan wanita. Ianya dibuat dalam plastik memanjang. Tempe di sana tak ada bau macam tempe kita, saya simpan dekat seminggu dalam peti ais masih elok dan ok lagi.

Fikir2, teringat pulak member selalu masam macam ni, jadi saya pun cuba la buat. Mungkin jugak agak sama atau lebih kurang dengan yang korang pernah buat. Kalau nak cuba silalah...


TEMPE GORENG BEREMPAH
Resepi : Cheq Sue

Bahan - bahan :
1 bungkus tempe - hiris nipis
Ketumbar, bawang putih, jintan manis, jintan putih, serbuk kunyit, garam - tumbuk kasar

Cara membuatnya :
Gaulkan tempe dengan bahan yang telah ditumbuk kasar. Perap seketika
Goreng sehingga garing

********** (^__^) ********** 
 Terima kasih atas kesudian membaca entree ini hingga ke akhirnya. ~ Wassalam ~

5 comments:

  1. sedap... nampak pun dah tahu sedapnya.. tempe ni mmg best kalau goreng and letak perasa rempah2 sket.. :)

    ReplyDelete
  2. mantab gorangan tempenya :) salut buat bunda

    LOMBA RESEP ROTI

    ReplyDelete
  3. Dah lama akak tak masak tempe cheq sue... teringin pulak makan... nak sikittt :D

    ReplyDelete
  4. Aslmkum Sue
    tempe.....suka juga mkn yg goreng2.
    di Cairo ni org Indo jual tempe....

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]