Saturday, June 15, 2013

Nostalgia : Sarang Burung (Daun)

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Apa khabar semua? Selamat berhujung minggu. Selesai bermeeting, tak menyempat nak berblog dek kepenatan dan kurang sihat. Apa cerita dan masakan yang hot sekarang ni? Di hari Sabtu begini meh la kita baca kisah nostalgia yang dah lama saya tak kongsikan.

Lama jugak saya tak nampak sarang burung yang dibuat dari daun seperti dalam gambar di bawah ni. Kalau zaman kecik2 dulu selalu masuk dalam semak (orang Kelantan kata 'rok') senang je nak jumpa sarang burung begini di pokok medang. Pastu mula la skodeng ada tak anak burung atau telur dalam tu.


Tapi masa cuti baru ni, saya melepak di rumah arwah tok, sambil berfotografi la konon, terdengar la kicauan burung yang tak berhenti2. Saya ingatkan tak ada apa, iyalah dah resmi burung kan. Tapi dalam pada dok pusing-pusing tu terpandang la pulak sarang burung pada pokok apa tah ni. Rupa2nya burung tu berkicau tak henti agaknya risau saya usik sarang mereka.


Unik kan, apa teknik yang digunakan oleh burung sekecil 2 jari untuk membina sarang yang kukuh sebegini. Lihatlah betapa gigihnya mereka menghasilkan tempat untuk berlindung.


Bila diintai, memang ada anak burung di dalamnya. Dah tumbuh bulu pun tapi saya agak belum keseluruhan lagi. Keesokannya bila saya tengok, ada pulak sebiji telur di dalamnya. Semoga tak ada yang mengacau dan anak burung itu dapat hidup dengan sihat.

********** (^__^) ********** 
Terima kasih atas kesudian membaca entree ini hingga ke akhirnya. ~ Wassalam ~

8 comments:

  1. Kenapa Cheq Sue tak ambil gambar anak burung dah telur yg belum menetas tu? Unik kan sarang dia..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takut kak, nak korek sarang pastu keluarkan anak burung tu, kang patah tulang pulak... :)

      Delete
  2. Adda kecik2 dulu suka gk main dalam 'rok' ni CheqSue...selalu gk jumpa sarang burung cmni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang tu taksoh cakap la adda, mana rok yang kita tak masuk kan... ^^

      Delete
  3. As salam. Saya dulu pun seronok sgt klu jumpa sarang burung yg ada telur atau anak. Masa kat Subang, ada burung buat sarang kat pokok buluh depan pintu rumah. Bila dah besar, ibu burung bawa anak terbang, saya jadi sedih sangat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bila tengok ni kita memang rasa nostalgia sangat kan...rasa dekat dengan kisah2 dulu

      Delete
  4. Salam Cheqsue...xpernah tgk burung buat sarang dlm daun :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. sarang burung ni susah dah nak jumpa sekarang...nak kena melilau dalam semak kalau ada rezeki boleh jumpa kak..

      Delete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]