Monday, June 17, 2013

Kuih Ketayap a.k.a Coconut Crepe

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Hari pertama saya nak masuk kelas setelah hampir sebulan tak jumpa anak-anak pelajar. Bermula dengan peperiksaan pertengahan tahun, cuti sekolah dan mesyuarat di Klang, rasa kekok pulak nak mengajar. Ewahhh, boleh pulak macam ni ya. Apapun saya tinggalkan CTS dengan n3 autpublish ni.

Cop nak ingat, entah bila saya buat ketayap ni. Aiseymannn, sampai dah lupa dalam kurun mana tah. N3 tertunggak la katakan. Seingat saya, ada bawak 2 biji kelapa muda (kulit hidup) dari kampung, jadi nak habiskan saya pun buat la kuih ketayap ni. Ala-ala crepe la katakan.


Saya sebenarnya jarang2 buat kuih tradisional ni. Bukan apa, kadang2 buat tapi tak makan. Cuma ada masa2 je rasa sangat nak makan kuih tu kuih ni. Sama jugak bila masak ketayap ni, dapat banyak jugak la walaupun saiz XL (saya guna pan agak besar). Banyak jugak la yang saya makan ^^


Gabungan kelapa dengan kulit ketayap tu memang ngam sangat. Tambah dengan wangi2 daun pandan dan santan. Intinya tu saya tak masukkan durian, buat yang biasa je. InsyaAllah lain kali nak buat lagi kalau kata ada kelapa muda. Kawan2 yang lain silalah cuba. Saya copy semula resepinya. TQ Kak Yatie.




KUIH KETAYAP
Resepi : Kak Yatie

Bahan-bahan.
2 cwn tepung gandum
1 biji telur
1 sk pewarna hijau/ kuning
2 cwn air
3/4 cwn susu segar/santan
1 sudu kecil garam
1 sudu besar minyak masak
minyak utk oles pada kuali/non stick pan

Utk Inti
1 biji kelapa parut putih je
1/2 cwn gula merah/gula melaka (manis ikut suka)
2 sudu besar gula pasir
3 sudu besar lempuk durian
2 helai daun pandan di simpul
sedikit air utk masak gula merah/melaka dan gula pasir- tapiskan

Cara-cara
Untuk inti; Masak air gula & daun pandan, (jika berhabuk tapiskan dulu) Masukkan kelapa parut.. gaul rata, sehingga inti kelapa tadi bercampur dengan gula merah selama 10-15 minit. Inti akan menjadi warna keperangan. Angkat. Buang daun pandan tadi.

Untuk kulit; Gaul tepung,susu/santan,air,telur dan garam. Letak 1 sb minyak masak dan gaul sebati menggunakan whisk atau senang di blend terus.
Panaskan pan, letakkan sedikit minyak dan sendukkan 1 senduk adunan tadi dan layangkan pan agar adunan tadi bulat. Masak sehingga 2-3 minit, angkat jangan terlalu lama. Setelah angkat terus masukkan inti dan gulung. (Cara gulung; , lipat kedua dua tepi sedikit dan gulung melentang. Ulangi sehingga adunan tadi habis. Siap untuk dihidang.

********** (^__^) ********** 
Terima kasih atas kesudian membaca entree ini hingga ke akhirnya. ~ Wassalam ~

7 comments:

  1. Salam Cheqsue,lam ak.atie tak buat ketayap nih!hemmmm...

    ReplyDelete
  2. Selamat pagi Cheq Sue,
    kekok ye dah sebulan tinggalkan kelas, kita minggu depan baru kembali bertugas... 3 bulan cuti, mesti kekok juga tu

    ReplyDelete
  3. Kuih fav k.gee ni... nyum2x...

    ReplyDelete
  4. salam cantik kejadian kuih ketayap...lama juga x buat...sdp mkn sarapan pg n ptg...nak bulak bulan puasa..

    ReplyDelete
  5. coconut crepe! anak suka Makan ni..

    ReplyDelete
  6. salam cheq sue..

    kuih ketayap atau pun kuih lenggang ni adalah my favourite..suka sangat makan.

    ReplyDelete
  7. Sedapnya kuih ketayap.... peberat akak ni cheq sue ;-)

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]