Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera
Daripada Kapal Apung, kami dibawa ke Pantai Lampuuk. Saya tak pasti di daerah mana, hanya menurut sambil memandang keliling kiri dan kanan jalan. Hanya sesekali mendengar perbicaraan supir, yang saya dengar hanya Lampuuk, tebing, dan beberapa yang saya tak ingat. Jika mereka berbahasa Acheh (berdasarkan suku) agak susah juga nak faham. Jika tidak, pertuturannya agak senang difahami kerana ada sesetangahnya tidak jauh beza dengan bahasa Melayu.
Tujuan asal ke Pantai Lampuuk ni adalah untuk melihat matahari terbenam (sunset) tetapi sayangnya matahari terbenam di sebalik bukit, kira macam salah tempat lah.
Pantai ni agak landai, tetapi anginnya sangat kuat dan hempasan ombaknya agak laju. Semasa kami sampai tak berapa ramai orang kerana masanya sudah hampir waktu Maghrib. Di kawasan ini ada juga disediakan kedai makan dan chelet buat yang ingin menginap.
Sepanjang di pantai ini, rasa sangat tenang. Tak ada apa nak fikir dah selain dari keletihan. Dengan deru ombak dan angin pantai menampar ke wajah, memang seronok berlepak-lepak sambil mengambil gambar. Jadi, layanlah ya...
Selepas selesai di Pantai Lampuuk, kami bergerak ke Masjid Baiturrahman (Masjid Raya) untuk solat Maghrib tetapi tidak dapat masuk kerana tak ada parking. Dan perjalanan diteruskan pula ke Lamprit, iaitu ke rumah Ibu Etie. Semasa berjumpa di pantai, beliau berkali-kali meminta kepada kami untuk singgah di rumahnya.
Semasa di Lamprit, saya tidak berkesempatan untuk mengambil gambar, tetapi kami dihidangkan dengan satu juadah yang berupa karipap, yang dipanggil pastel. InsyaAllah kalau ada resepi saya akan kirimkan di sini nanti. Kita stop dulu untuk hari pertama. Nak ingat cerita untuk hari kedua pulak... ^^
********** (^__^) **********
Terima kasih atas kesudian membaca entree ini hingga ke akhirnya.
~ Wassalam ~
cantiknya pantai di situ..nmpk bersih pantainya tu..jgn simpan lama2 yer cite slanjutnya tu..nti lupa..hehe
ReplyDelete