Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera
Hari terakhir di Hotel Goldcourse. InyaAllah saya akan kembali semula ke CH tengah hari nanti. Dan saya ingin mengakhiri cerita pengembaraan ke Banda Acheh dengan n3 hari ke 4, iaitu hari terakhir.
Setelah 3 hari menghirup udara Banda Acheh, kami akhirnya kembali ke Malaysia dengan penerbangan AK1306. Penerbangan yang sepatutnya berlepas jam 10.45 pagi telah delay ke pukul 12 tengahari. Alhamdulillah kami selamat mendarat di LCCT pada jam 2.20 petang. Dan pada jam 2.55 petang segala urusan selesai dan kami bergerak keluar dari situ.
Yang tinggal hanya kenangan. Ya, begitulah yang saya rasa. Sesungguhnya pengalaman berada di Acheh sangat menyeronokkan. Jika dibandingkan dengan trip sebelum ini, pastinya trip kali ini lebih mendatangkan kesan di hati. Ianya banyak mengajar saya erti kehidupan keluarga dan susah senang bersama.
Terima kasih buat semua yang sudi menumpangkan kasih kami di sana. Keluarga Ibu Elly, keluarga Ibu Etie, keluarga Ibu Dewi, keluarga Om Yan, Keluarga Augustina, Nek Munah, Nek Saadiah, Keluarga Bulek, Keluarga Abang Arman, Icha, Helan Dhani, Syukran dan mana-mana yang saya tidak sebutkan namanya di sini. Sesungguhnya teramat besar budi kalian semasa kami di sana.
Buat Kak Nor, Nyai, Mak Long, Mak Ngah, Mok Ja, Hafizan, Azian, Alia dan Farah, terima kasih kerana suka duka yang telah kita ciptakan.
Selain dari gelak ketawa, yang tak akan dilupa sudah tentunya tentang ceritera tsunami. Bila mereka bercerita mengingat kisah lalu, boleh lihat airmata bergenang. Bulek sendiri (dalam gambar) mengatakan dia berpegang pada tiang rumah (tingkat 2) dan sempat melihat bagaimana ombak meluru ke arah mereka. Dan kita yang mendengar sudah tentulah tidak merasa seperti mereka yang melaluinya. Innalillah...
Nek Saadiah pula mengalir air mata di saat kami berpelukan untuk ke lapangan terbang. Aduhai hati, alangkah sayunya dengan kasih yang tercipta dalam sekelip mata.
Ini pula cebisan kenangan dengan abang supir kami sepanjang di sana. Selesa dipanggil Din, lulusan IAIN Al Raniri. Orangnya sangat baik, mesra, bahasanya halus dan merendah diri. Kalau ada yang nak ke Acheh boleh hubungi dia untuk pengangkutan. Kalau ada nombor telefonnya saya akan kongsikan di sini nanti.
Antara tips yang nak saya kongsikan jika ke sana (atau ke Indonesia)
- Selalulah tengok Air Asia promo. Saya pergi balik ni harga tiket RM88 sahaja (tak ada bagasi)
- Simpan duit untuk airport tax (Rp100,000) dan derma wajib (Rp10,000), jangan habiskan terus untuk shopping
- Jaga2 dengan makan, pastikan halal dan kebersihan
- Kalau nak membeli belah, jangan segan nak tawar menawar
- Seeloknya berjalanlah dalam kumpulan untuk mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini.
Itulah sedikit sebanyak yang dapat saya kongsikan selama berkelana ke Banda Acheh. Semoga korang semua mendapat sedikit sebanyak maklumat yang berkaitan. Maaf jika n3 agak berjela-jela.
********** (^__^) **********
Terima kasih atas kesudian membaca entree ini hingga ke akhirnya.
~ Wassalam ~
ramainya family di sana ya :)
ReplyDeletewaahh..jln2 ke acheh plak ye cheq su hehee..bestnya..rs mcm nk g jgk tgk keadaan kat sana.. especially nk msk ke muziam tsunami tuh..tibe plak teringat kembali peristiwa tu~~
ReplyDelete