Saturday, December 3, 2011

Pankek Mayonis

 
 
Selamat pagi semua. Dah menginjak ke pukul 10...cepat sungguh masa berlalu. Pagi ni sempat kemas2 belakang dapur. Banyak betul harta pusaka yang tersimpan. Kalau ada emak sah2 dah kena bebel sepanjang hari. Tengok2 kat dalam stor ada 2 ekor anak kucing, agaknya baru dilahirkan semalam. Aduh, kan tak pasal2 dah nambah ahli baru kat rumah ni.
Pankek mayonis ni cheq sue buat untuk sarapan. Memang gebu dan lembut sangat. Daripada resepi tu cheq sue buat 1/3 adunan. Cukuplah untuk seorang, dapat dalam 5 keping nipis2. Kalau buat dalam pan agaknya lagi cantik. Cheq sue buat atas ceper aje, tu yang jadi terpenyek. Tapi, jangan dipandang pada rupa, yang penting best.

 
Semalam jugak cheq sue ada cuba satu kek coklat, dan baki toppingnya masih ada. Tu yang semangat nak buat pankek ni, sedap dicecah dengan topping milo (sebenarnya coklat tapi serbuk koko dah habis...so hantam la mana ada....)  Kalau ada jem ke, filling ke, atau apa2 yang difikirkan kena dengan selera boleh aje dicicah bersama, terpulanglah pada kehendak masing-masing.

 
Untuk resepi ni pula, cheq sue gunakan bancuhan susu tepung sebab xde stok susu segar. Alhamdulillah ok aje, xdelah rasa pelik pun. Heeee memandai aje oter resepi orang. Jom..jom sarapan. Pasni nak sedia lunch pulak. Korang apa agenda? Apapun, jaga diri ye... Wassalam...

PANCAKE MAYONIS
Sumber : Izah

Bahan-bahan
1 1/2 cwn tepung naik sendiri (SRF)
1 sudu teh (tsp) baking powder
3 sudu besar gula caster (tbsp)
secubit garam
60g butter , cairkan
1 cwn susu segar
2 biji telur saiz XL (59g)
1-2 sudu besar mayonis

Cara-cara
Dalam mangkuk kecil, cairkan butter. Add susu segar and telur ke melted butter and mix them well.
Dalam mangkuk yang lain, ayak tepung naik sendiri + baking powder.
Add gula caster and garam and mix it. Then buat lubang di tengah2 and add the melted butter,susu n telur, juga mayonis. mix menggunakan whisk biasa, just whisk it until smooth.
Tinggal kan adunan sekejap lebih kurang 20 minutes.
Gunakan non stick pan and api sederhana, masak pancake seperti biasa.

Friday, December 2, 2011

Singgang Tulang Empat Ketul.... Terkilan & Kecewa!!!


 
 
Haishhh...geram betul rasanya dengan orang jual gas ni, dari tengah hari kita nelepon nak beli gas sampai sekarang dia tak hantar2 lagi. Nasib baik ada portable stove, dapat gak la cheq sue buat singgang ni untuk lunch. Dah dekat seminggu lebih rasanya x bersilat di dapur dek kehabisan gas. Masak ni pun sebab nak habiskan tulang korban yang dibawa dari kampung. Dah masuk tahun baru stok korban baru habis. Isk isk isk...sadisnya... Padahal bukan banyak pun, 4 ketul aje tulang rusuk, kalau bawak sekilo mesti kena bawak balik kampung semula....

Singgang tulang ni memang la feveret orang Kelantan. Mungkin ada pelbagai cara dan kaedah memasaknya. Cheq sue masak ni mudah2 aje, tulang pun tak banyak. Semua main lebur aje dalam periuk. Yang penting bila rebus tu kena pastikan daging betul2 empuk. Kalau nak tengok versi yang pernah cheq sue buat dulu boleh klik kat SINI... :). Kalau ikutkan hati memang malas nak masak. Korang bayangkan lah ye, dengan 4 ketul tulang tu macam terpaksa aje... :x

Okeh...kita tinggalkan cerita tentang singgang tulang yang dah selamat kat dalam perut ni. Terkilan dan kecewa, itulah ayat yang paling sesuai cheq sue gambarkan dengan peristiwa yang berlaku semalam. Mungkin semua dah maklum yang MIEZA datang ke Cameron untuk kursus fotografinya. Dia ada memaklumkan pada cheq sue yang dia akan menaiki bas POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH dan ke mana destinasinya. Dalam perjalanan ke dewan peperiksaan, cheq sue ternampak la bas tu, ternampak beberapa orang tengah meneropong, menembak di persekitaran ladang teh. Hajat hati nak singgah tapi xsempat sebab dah lambat. Aduiiiii memang terkilan sangat. Bila baliknya dalam pukul 5 lebih, ternampak bas lagi bas tu di Kea Farm, tapi sayang bas tu baru aje bergerak pergi. Cheq sue ingatkan sempat la cari Mieza di sana tapi nampaknya xde jodoh lagi untuk kami berjumpa. Dari Kea Farm sampai ke Kampung Raja cheq sue hanya mampu pandang bas tu dengan penuh rasa kecewa. Nak buat camana, bas tu di depan cheq sue aje, tapi rasa tak mampu pulak kalau nak suruh bas tu berhenti. Huuuuuuuuuuuuu.... sedih, terkilan sangat.. -_- Mmmmm xpelah, mungkin lain kali kot.... Maaf ya Mieza!
 
Pada kawan2 yang lain, kot2 ada yang nak datang ke CH tu, bolehlah maklumkan pada cheq sue. Mana la tahu cheq sue xde ke mana-mana boleh la kita berjumpa bertemu mata... He he he... Wassalam...
 



 
SINGGANG TULANG
Resepi : Cheq Sue
Bahan-bahan :
  4 ketul tulang rusuk - rebus empuk
kunyit 1/2 cm @ 1/2 sudu kecil kunyit serbuk
lengkuas 1 cm 
halia 1/2 cm
cili boh 2 sb (boleh jgk guna cili kering)
bawang merah 1 biji (sedang)
bawang putih 1 biji (kecil)
asam gelugur 1 keping
gula & garam secukupnya

 Cara membuatnya :
1. tumbuk semua bahan kecuali tulang rusuk, asam gelugur, gula dan garam hingga agak2 lumat
2. masukkan ke dalam tulang yang telah direbus terlebih dahulu. Kuah tu agak2 la yang diingini
3. setelah mendidih, masukkan asam gelugur dan rasakan gula dan garamnya

Thursday, December 1, 2011

Roti Kismis Gebu



 
 
 Roti ni cheq sue buat malam tadi, makan sikit untuk dinner dan selebihnya untuk minum pagi ni. Tak tahu la entah datang angin apa, tetiba aje rasa nak makan roti yang ada kismis. Kalau dah teringin, wajib la buat. Bila search kat Google berkenan pulak dengan resepi Che Mat ni. Mudah, dan simple aje. Tambah2 dah guna BM ni main campak-campak, tunggu 1 jam 30 minit dah ready nak bakar. 
Selalunya kalau buat roti, cheq sue lebih suka menggunakan acuan loaf ni. Kalau ikutkan Che Mat, dia masukkan dalam big muffin cup. Kalau dibuat sebiji2 pun okeh. Tapi yelah kan, yang mana kita selesa jalan ajelah. Big muffin cup tu sah2 dah la x ada kat rumah ni... He he he...




 
Kalau nengok ke roti ni, memang la xde rupa jelita, tapi cukup rasa kena dengan nama gebunya. Roti tu sebenarnya diletak satu satu, tapi bila dah kembang aikkk jadi kembang mambang pulak sampai x berupa dah. Tapi no hal punya. Kat atas tu pulak agak terhangit sikit, agaknya dekat sangat dengan api atas. Eh eh eh...macam2 hal la sekali sekala buat roti ni.
 



 
Bila dah guna BM untuk adun roti ni, lupa pulak nak masukkan kismis lewat sikit. Tu yang agak hancur jadinya. Kalau ada sebijik2 kan lagi terserlah. Apapun, takat nak makan sendiri dah boleh bagi A dah ni. Kawan2 kalau nak cuba sila lah tengok resepi tu ya...memang sedap roti ni, tambah2 kalau pekena dengan kopi O cap badak, ibarat kata Mokwo (kemain ye cicah dengan roti benggali...). Tapi cheq sue ni cicah dengan milo aje. Rasa2 ada lagi serbuk kopinya tapi entah letak di mana. 
Okaylah...nak kena bertugas pulak petang ni. Jumpa lagi eh... Wassalam...

ROTI KISMIS GEBU
Sumber : Che Mat @ DTS
 
BAHAN-BAHANNYA :-)
300 g tepung roti (high protein flour)
1 camca besar susu tepung
1 1/2 camca teh bread improver
1/4 camca teh garam halus
50 g gula halus
8 g instant yeast
50 g mentega (mat guna minyak sapi@ghee) cheq sue guna majerin
50 g kismis
1 biji telur*
1/2 camca teh esen vanilla*(*disatukan dan kacau rata)
120 ml air
Sedikit mentega untuk disapu atas roti

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Dalam satu bekas, satukan semua bahan diatas kecuali mentega dan juga mentega untuk disapu atas roti. Gaul rata hingga menjadi doh. Tambah mentega (50g) dan terus menguli hingga mendapat dok yang lembut, kenyal dan anjal. Bulat2kan dan letak dalam bekas, tutup dengan plastik dan biar 45 minit hingga kembang.  
  2. KAEDAH LAIN :- Masukkan semua bahan diatas kecuali mentega untuk disapu ke dalam "breadmaker", pilih setting untuk doh dan tekan "ON". Biar hingga siap.
  3. Keluarkan doh dari bekas. Tumbuh sedikit dan bagi kepada 10 bahagian, kurang lebih 64g setiap bahagian. Bulat2 kan dan letak dalam bekas (mat guna muffin cup saiz besar)...atau susun dalam loyang yang telah disapu mentega. Buat hingga siap.\
  4. Biarkan 30 - 35 minit hingga doh naik. Bakar dalam oven pada suhu 190C selamat 15 - 20 minit atau hingga peerang. Keluarkan roti dari oven dan sapu permukaan roti dengan mentega. Biar sejuk dan hidangkan..... Selamat mencuba...