Kita bersua untuk kembali mengukir cinta, mengapa berlainan
sekali engkau berbicara?
Kembali
semula ke kampus yang telah banyak memberikan dugaan dan cabaran. Bersama
Syarifah Zuraidah, Dayang Umairah saling membantu. Namun dalam sesetengah
perkara ada ketikanya gadis itu lebih senang tida masuk campur. Contohnya
seperti masalah antara dia dan Aqeef. Sehingga hari ini, sudah hampir dua bulan
mereka masing-masing mendiamkan diri. Sehinggalah suatu hari Dayang Umairah mengambil
keputusan untuk menemui Aqeef yang sentiasa ingin bersemuka dengannya, itupun
setelah dinasihati oleh Abang Zack dan Kak Su berulang kali. Dan tepat pukul 9
malam di Dayana Café Bangsar, mereka berdua berjumpa.
Sebenarnya
di dalam hati Dayang Umairah, terdapat satu perasaan rindu yang sudah tidak
mampu untuk dibendungnya. Dan perjumpaan ini diharap dapat melegakan rindunya
selain dari satu rancangan yang sudah lama dipendamnya. Nampaknya dia juga
mempunyai perasaan ego dalam hatinya yang tidak mahu mengalah kepada rayuan
Hairul Aqeef.
“Hai
Irah. Apa khabar?”
Hairul
Aqeef memulakan kata, mengharapkan balasan dari gadisnya.
“Macam
mana Aqeef tengok, macam tu lah Irah.”
Alhamdulillah,
akhirnya dapat juga dia mendengar suara yang sangat dirinduinya saban waktu.
“Untuk
Irah.”
Lelaki
itu menghulurkan sekotak bungkusan yang berbalut kemas.
“Untuk
apa?”
Tidak
dapat digambarkan betapa gembiranya dia mendapat hadiah daripada lelaki itu.
apakah isi di dalamnya?
“Aqeef
minta maaf. Aqeef tahu itu semua salah Aqeef yang tidak percayakan Irah. Tapi
Aqeef nak Irah tahu yang Aqeef berperasaan begitu kerana Aqeef betul-betul
sayang dan cintakan Irah.”
Mendatar
dan bergetar saja suaranya ketika menuturkan kata-kata itu. Terasa pula menusuk
ke dalam hati dan jiwa Dayang Umairah. Gadis itu memandang tepat ke mata Hairul
Aqeef di hadapannya. Dia menarik nafas panjang.
“Irah
pun minta maaf pada Aqeef. Kalau boleh Irah mahu Aqeef percayakan Irah
sebagaimana Irah percayakan Aqeef. Apa yang Irah katakan adalah dari hati Irah.
Dan kalau Aqeef betul-betul serius dengan Irah, Irah nak Aqeef lakukan satu
perkara.”
“Apa
dia?”
“Masuk meminang Irah. Kita kahwin!”
Hairul
Aqeef terkejut besar. Adakah Dayang Umairah mempermainkan dirinya? Bukannya
gadis itu tidak tahu yang mereka belum habis belajar, kenapa pula diajaknya
kahwin? Tetapi dia melihat wajah Dayang Umairah hanya tenang dan tidak
kelihatan seperti sedang merancang sesuatu. Fikirannya keliru.
Selepas
melafazkan kata-kata itu, Dayang Umairah berdiri. Dia memandang Hairul Aqeef
sekali lagi dan berlalu pergi bersama bungkusan hadiah di tangannya.
Sedang
Dayang Umairah melarikan diri daripada Hairul Aqeef, dia sudah tidak mampu lagi
menahan gelak. Riak wajah Hairul Aqeef yang keliru dengan permintaannya
membuatkan dia rasa berjaya mempermainkan lelaki itu..
Meminang? Kahwin?
Gila!
Belajar pun belum habis lagi. Masih banyak yang perlu diburu dalam hidup ini…
Jika itulah kemahuanmu untuk aku membuktikan perasaanku,
tunggulah sayang tika dan saat itu…
Hairul
Aqeef merenung sililng di biliknya. Dia memejamkan mata. Tubuhnya dikalihkan ke
kanan dan ke kiri. Semuanya tidak kena. Dia bangun dan memandang ke luar
tingkap. Dengan jelas bangunan KLCC dilihatnya. Pun begitu fikirannya masih
kacau. Masih terngiang-ngiang di telinganya, dengan jelas dan terang permintaan
Dayang Umairah yang menyuruh dia masuk meminang sekiranya betul perasaaan
cintanya kepada gadis itu.
“Kau
ni kenapa? Penat aku tengok. Kejap kat sana, kejap kat sini. Kau sakit ke?”
Ahmad
Farhan teman sebiliknya menyapa. Agaknya dia pun rimas dengan kelakuan Aqeef
yang tidak tetap itu.
“Aku
pening la. Masalah negara ni.”
Separuh
mengeluh dia menuturkan kata-kata itu. Matanya masih memandang ruang lepas yang
dipenuhi awan bak kapas.
“Apa
masalahnya? Kalau kau nak cerita, aku dengar. Mana tahu aku boleh membantu?”
“Umairah
suruh aku masuk meminang jika betul aku sukakan dia. Apa pendapat kau?”
Ahmad Farhan yang sedang menaip assignment berhenti seketika. Matanya
dihalakan kepada Aqeef yang bersandar di tingkap.
“Kalau
kau rasa kau boleh pikul tanggungjawab dan sudah bersedia untuk menukar status,
apa salahnya. Itulah sebagai tanda kau betul-betul suka dan cintakan dia. Itu
juga boleh menunjukkan kau sudah bersedia untuk memikul dua tanggungjawab
serentak, pelajar dan suami orang. Tetapi, apapun aku harap kau bincangkanlah
dengan keluarga kau dulu.”
Wah…
budak Farhan ni bagi nasihat boleh tahan juga. Tak hairanlah, setiap semester dean list Sains Sosial. Betul juga
kata-katanya tu.
“Tapi
aku belum yakin adakah aku sudah bersedia untuk berada di alam rumah tangga.
Masih banyak yang perlu aku hadapi dan ketahui. Aku bimbang jika tidak dapat
memberikan komitmen terhadap apa yang aku ceburi.”
“Hanya
kau yang tahu setakat mana kau mampu. Fikirlah baik-baik. Keputusan ni bukan
untuk kau seorang. Apa yang kau buat ini akan menentukan masa depan kau
berdua.”
Handsetnya
segera dicapai. Nombor papanya dicari dan punat call ditekan. Dalam debar untuk menyampaikan hasrat hatinya, dia
menunggu talian itu disambung.
“Hello
papa…”
Bagaimana harus ku hadapi semua gurauan yang ku ciptakan
ini?
“Kenapa
kau main-mainkan dia macam tu. Tak baik tau. Kesian dia.”
Syarifah
Zuraidah tidak bersetuju dengan apa yang dilakukan oleh Dayang Umairah terhadap
Hairul Aqeef walaupun dia turut ketawa setelah mendengar apa yang diceritakan
oleh Dayang Umairah.
“Aku
hanya nak main-mainkan dia saja. Dia dan buat aku dulu, apa salah aku buat dia
pulak. Lagipun, aku rasa dengan benda ni sekurang-kurangnya kami ada topik
untuk dibicarakan.”
“Bagaimana
pula kalau dia betul-betul serius dengan apa yang kau katakan tu?”
“Mana
ada Zu. Aku kenal Aqeef tu macam mana. Dia takkan ambil serius punya. Lagipun
kami masih ada banyak benda untuk dibuat.”
“Mungkin
bagi kau, bukan pada dia. Orang lelaki kadang-kadang sukar dijangka Irah.”
Kata-kata
Zuraidah itu membuatkan Dayang Umairah terdiam seketika. Betul juga katanya,
bagaimana jika Aqeef betul-betul buat apa yang di katakannya?
Deringan
handsetnya membuatkan dia terkejut seketika. Dilihatnya skrin. Panggilan dari
rumah! Dia segera menekan punat call.
“Hello
Irah, umi ni? Buat apa?”
“Irah
sedang berbincang sikit dengan Zu. Kenapa umi telefon?”
“Umi
pun ada sesuatu yang hendak dibincangkan dengan Irah.”
“Apa
dia umi?”
“Semalam
Aunty Adawiyah telefon. Katanya Aqeef
mahu mereka meminang Irah. Sebagai tanda dia betul-betul serius terhadap Irah.
Umi mahu tanya Irah betul atau tidak. Apa yang Irah dah buat sebenarnya?”
Nampaknya
apa yang dibincangkan tadi telah menjadi kenyataan kini, ternyata Aqeef benar-benar
melakukan perkara itu, yang dimainkannya itu!
“Irah
hanya main-main saja umi, kenapa dia betul-betul pula?”
“Kenapa
Irah tergamak buat macam ni pada Aqeef? Kalau dia tahu dan dia tinggalkan Irah,
macam mana? Lelaki bukannya boleh main-main Irah.”
“Habis
tu sekarang ni macam mana umi? Apa harus Irah buat?”
“Irah
fikirkan dulu. Kalau Irah sengaja mahu melukakan hati Aqeef kerana mahu
membalas dendam ataupun Irah mahu bahagia dengannya sehingga akhir hayat,
terpulanglah pada Irah untuk membuat keputusan. Sama ada Irah setuju atau
tidak, bagitahu umi supaya umi boleh maklumkan kepada keluarga Aqeef. Fikir
baik-baik Irah. Ini bukan masa depan Irah saja tapi juga masa depan Aqeef.”
Dayang
Umairah terdiam. Dia sesungguhnya tidak menyangka dengan apa yang didengarnya.
Ternyata Hairul Aqeef bersungguh-sungguh terhadap dirinya. Cuma sekarang
bersediakah dia? Masih ada setahun untuknya bergelar jurutera dan masih ada
setahun juga untuk Aqeef menjadi peguam. Sekarang, jalan mana yang handak
dipilih? Bahagia atau derita?
Dayang
Umairah memandang perfume Chanel 21°
yang dihadiahkah Aqeef pada pertemuan lalu. Perfume
itu jugalah yang ingin dibelinya ketika keluar bersama di Kompleks SOGO tetapi
ketika itu duitnya tidak mencukupi. Aqeef ingin membayarkan tetapi dia jual mahal.
Dalam hatinya ada perasaan bangga kerana
Aqeef telahpun menunjukkan perasaan dan kesungguhan yang sebenar untuk
memilikinya.
Malam
ini dia mahu sembahyang istikharah untuk meminta petunjuk dari Yang Esa semoga
dia dapat membuat keputusan yang betul untuk dia dan Aqeef…
Ketika
memandang Zuraidah, dia tidak tahu adakah mahu senyum atau tidak. Yang pastinya
dia sedang mengalami kekeliruan fikiran!