Monday, June 16, 2014

Xin chào Việt Nam 12 : Cu Chi Tunnel

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Saya mulakan pula ceritera hari ketiga. Pagi ni bertolak agak awal. Nam pun sampai tepat pada masanya. Pukul 8 kami dah berada dalam bas untuk memulakan perjalanan ke Cu Chi Tunnel. Saya nak bagitahu awal2 ya, memang saya tak tahu pasal sejarah terbinanya terowong ni, jadi maklumat tu mungkin tak berapa lengkaplah. Yang saya ingat, dari penerangan Nam, masa dulu2 la bila terjadinya perang antara Vietnam dan US.


Daripada sini saya rasa kawasan ni adalah agak luas, cuma kerana kami mengejar masa untuk ke Chinatown, maka trip Cu Chi ni dipendekkan, hanya tengok bahagian2 yang penting sahaja. Jom... kita bersenam kaki pagi ni. Oh ya, perjalanan ke sini dari HCMC mengambil masa lebih kurang 1jam 30minit melalui jalan kampung yang saya perhatikan ada banyak pokok getah serta kelapa.


Apa2 pun, beli tiket dulu. Kena jugak VD70k untuk masuk ke dalam sini. Bayaran ni termasuk sesiap dalam pakej. Masuk je dalam ni, kami melalui Ben Dinh Underground Tunnel Complex. Dihujungnya nanti ada pekerja yang akan scan tiket tu dan tampal pelekat bulat dekat bahu.


"Ikut siniii...."
"Mari ikut saya..."

Dan langkah pun bermula...


Singgah di bamboo trap / perangkap dari buluh runcing. Yang ni opkos la tak ori sebab ianya dibina semula. Dulu2 mana nak ada senjata canggih ye dak? Kalau kata musuh terpijak perangkap ni terus ajelah terjatuh dan tercucuk buluh runcing tu. Bijakkkkk...


Ini le benda yang saya nak nengok sangat. Dah selalu tunjuk kat TV. Orang lain dah jemu datang kita aje baru berkesempatan. Terowong rahsia ni merupakan salah satu binaan yang istimewa, yang tak terjangkau dek minda rasanya. Dengan keluasan yang ngam2 badan tu, tak semua saiz boleh masuk. Kalo cam saya ni tak mampu okeh... bumper tak lepaih!

Checked!!


Dah kami2 ni semua takut nak masuk, Nam meminta salah seorang pekerjanya untuk tunjuk demo. Steady je dia masuk. Sebenarnya lubang ni tak la dalam sangat (tapi kalau saya kompom lepas kepala). Di bahagian bawahnya ada dasar yang boleh dipijak.


Masuk lagi... Dah sampai ke paras dada. Boleh tengok atas penutup tu ada daun kering yang telah diletakka supaya tak dapat dicam oleh musuh.

Bila dah sampai paras kepala, barulah diambil penutup untuk menutup lubang tu tadi. Bayangkan kalau saya masuk, cane pulak saya nak keluar? Ha ha ha...


Sekali tengok nampak macam busut anai-anai tetapi yang sebenar ini adalah ruang pengudaraan (vertilation) untuk terowong dalam tanah ni. Ia penting untuk membolehkan udara keluar masuk, kalau tak camana nak bernafas weh...


Antara pintu rahsia. Ada yang sehala dan ada yang dua hala. Semua ini adalah untuk mengelirukan musuh yang tidak dapat mengagak di mana askar berada. Menurut Nam, ada antara terowong ni yang bersambung dengan Sungai Saigon.


Gambar kenang-kenangan bersama geng Mak Jemah.

Sampai pula di kawasan perangkap. As usual la kan, bila kata askar / pertahanan ni memang tak lari dengan bermacam jenis perangkap untuk memusnahkan pihak lawan. Selain dari rolling trap, ada banyak lagi seperti sticking trap, cupping armpit trap, window trap, folding chair trap, swinging up trap, fish trap, see saw trap dan juga door trap. Bila kita lalu kawasan ni pekarja yang ada akan tunjukkan deco macam mana perangkap ni berfungsi. Seriau menengoknya!


Jalan lagi hingga sampai ke pondok membuat sandal dari tayar terbuang. Saiznya sari kecil hingga yang paling besar seperti di dalam gambar. Nam ada la bagitahu tentang penduduk Vietnam yang pakai sandal ni untuk berjalan kaki sehingga ke Myanmar sebagai tanda sokongan untuk apa ntah... lupa pulak.


Steady je pakcik yang buat sandal ni. Pisau yang dia guna tu Subhanallah kemain tajam. Bayangkanlah dalam tayar yang ada dawai2 tu sekali potong je terus putus. Bila dia dah siap potong sebelah sandal tu dia akan asah lagi.


Seterusnya Nam ajak cecikgu lelaki ni untuk try jalan dalam terowong empat segi. Tak jauh mana pun jaraknya, dalam setengah puntung rokok aje. Hi hi hi. Yang perempuan dia tak suggest la sebab takut baju kotor katanya.


Dah kuar pun Cikgu Awie... nampak muka berpeluh jugak. Panas barangkali.


Sambung lagi... Ramai sungguh orang pada hari ni. Mat salleh... orang tempatan... semua pun nak tengok keistimewaan kompleks bersejarah ni.


Sampai kat mana ntah, kami di bawa ke tempat macam bangsal makan gitu lah. Saya dah baca kat another blog sebelum ni yang diorang akan hidangkan ubi kayu rebus dengan air teh. Puak2 kami ni memang dah lapar katanya, belasah aje ubi kayu depan mata, dicicah pulak dengan campuran gula, kacang tanah dan cili. Hemo hemo hemo.... sedap pulak pekena ubi kayu dalam hutan ni.


Dah siap makan ubi, kami sambung jalan lagi. Baru ada tenaga nak melangkah. Katanya...

Dalam gambar ni boleh tengok ya bahagian dapur yang di palsukan. Palsu? Kenapa pulak? Alkisahnya tempat yang keluar asap  ni jauh dari dapur yang sebenar. Bila musuh tengok, diorang akan ingat kawasan ni adalah dapur, jadi di sini menjadi sasaran. Kalau dibom, sebenarnya di kawasan ni tak ada orang. Gitu kisahnya ya puan-puan...


Jalan punya jalan, kadang jalan berliku-liku, kadang jalan lurus, sampai le kami ke penghujung kompleks. Di kawasan ni ada la tempat berjual-jual barang cenderahati. Yang menariknya segala mak nenek roket kapalterbang ni ha dibuat dari tin aluminium. Kira barang kitar semula la ni. Walaupun yang biru tu sah2 dah HARAM... kurang2 kita boleh tengoklah betapa kreatifnya diorang ni.

Dah habis menjejak kompleks Cu Chi tunnel ni, kami bergerak ke destinasi seterusnya iaitu Chinatown untuk aktiviti kaum perempuan. Saya tak menyempat nak bergambar bagai sebab bizi sangat menyoping katanya.... Apapun tunggu perkongsian n3 seterusnya nanti


4 comments:

  1. Tak penah sampai sini pon, sbb trip kesana tu asik memborong je. Kecik betul lubang tu, caner lah dorang leh muat masuk..pelik tapi benar
    #Kita follower yg ke 700 lah...terharu sgt.. =)

    ReplyDelete
  2. folo jugaklah blog org kampung, hihi

    ReplyDelete
  3. wah, seronoknya dah sampai dan jalan2 tempat orang kan..saya pun pernah nampak tempat tu di tv..masa tu lisa surihani jalan2 di sana..

    ReplyDelete
  4. Klau ke HCM mesti singgah sini kan

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]