Tuesday, December 9, 2014

Belenggu #10 ~ Gary...

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

J

Gary pasrah menerima apa yang berlaku ke atasnya. Namun begitu dia tidak percaya Alia sanggup curang padanya. Inilah dugaan dalam cintanya dengan Alia.
Dia mendapat tahu bahawa Riki telah pulang dari Chicago. Rindu rasanya pada kawan rapatnya itu. Maklumlah hampir dua bulan tidak berjumpa. Segera dia menelefon Riki. Lagipun ada satu rahsia besar yang ingin diberitahunya. Harapan yang tinggi dan impian yang luas.



“Hello, boleh bercakap dengan Riki?”
“Riki, sekejap ya.”
Gary menunggu penuh harap.
“Hello…”
“Riki? Hey, ini Garylah. How are you? Amacam holiday?”
“Hey Gary. I miss you lah. Dah lama tak jumpa.”
“Hai, dah jadi omputeh ke ni?”
“Ha…ha…ha… kau ni ada-ada aje.”
“Tadi yang angkat telefon ni siapa?”
“Oh itu Fatin Najwa, my cousin.”
Cousin ke girls?”
Ketawa mereka pecah lagi.
“Riki, sebenarnya aku call kau ni sebab nak ajak kau keluar. Ada perkara penting yang ingin aku katakan. Macam mana kalau aku jemput kau pukul 3 petang nanti? Okay?”
“Macam kekasih pulak nak berjemput-jemput. Okaylah. Lagipun aku ada ole-ole dari Chicago untuk kau. See you nanti ya.”
Gary menuju ke bathroom. Dah sehari suntuk, setitik air pun belum kena ke badannya. Dia pakai jeans biasa dan menyarung denim lusuhnya. Tangannya mencapai helmet SHOEI dan motornya menderum ke rumah Riki.
Setelah menjemput Riki, Gary menghalakan motornya ke Pantai Lido. Tempat itulah yang dirasakan paling sesuai untuk meluahkan keinginannya.
“Nah, untuk kau.” Riki menghulurkan kotak yang rapi dibungkus kepada Gary.
“Kau nak cakap apa?” Ulangnya lagi.
Gary merenung laut yang terbentang luas. Dengan tenang dia bersuara…
“Aku nak peluk Islam.”
Riki merenung muka Gary. Matanya terbeliak.
“Kau jangan main-main dengan agama aku. Kau serius ke ni?” Tanya Riki untuk kepastian.
“Aku serius Riki. Dah lama aku mendalami agama kau. Aku ikhlas memeluk Islam. Bukan kerana Alia atau sesiapa. Mak bapak aku golongan free-thinker. Aku tidak mahu menjadi seperti mereka. Aku mahukan satu pegangan yang kukuh dan dapat menenangkan aku.”
Riki diam.
“Aku dah pun memilih nama yang sesuai. Muhammad Ikhwan Hafiz. Aku amat berharap kau dapat menolong aku Riki.”
Riki tersenyum dan akhirnya mengangguk.
“Alhamdulillah.”
Perbualan di Pantai Lido amat mengasyikkan namun Gary tak sebut pun pasal Alia. Biarlah hanya dia yang tahu perkara luka itu. Dia tidak mahu membebankan Riki lagi.
Ya Allah, aku akui kebesaranMu…

“Leesa nak ke mana ni?” Tanya Datin Syabillah bila melihat Alia melangkah ke pintu.
“Jumpa kawan, mama.” Ringkas jawapnya.
“Siapa?” Usul papanya dari belakang.
“Gary papa.” Dia menundukkan muka.
“Naik atas. Papa tak benarkan kau keluar. Papa hanya akan benarkan kau keluar dengan Farouk saja. Faham!!!”
Alia memandang papanya tajam. Matanya sudah digenangi air. Dia masuk ke bilik dan membiarkan air mata itu membasahi tilamnya.
Papa kejam. Salahkah Alia untuk menyintai insan yang lebih muda dari Alia? Kenapa papa tidak pernah mahu mengerti?
“Kenapa abang buat dia macam tu?” Mamanya membela.
“Untuk kesenangan dan kebahagiaan dia juga. Ha… saya ada meeting di Princess Hotel ni. Awak ikut ya!”
Datin Syabillah mencebik seraya mengangguk.
Sebentar kemudian, Alia terdengar deruan enjin BMW biru papanya menderum pergi. 
Inilah peluang terbaik baginya.
Dia mencapai kemera Canon dalam laci dan mencapai wang RM50 di dalam pursenya. Dia mengambil pen dan menulis apa yang perlu.
“Kak Bibi, mari sekejap.” Panggilnya lantang.
“Ada apa Cik Leesa?”
“Kak Bibi tolong ke bandar dan belikan saya barang-barang ni. Kamera ni Kak Bibi masukkan filem.”
“Sekarang?”
Alia mengangguk. Pembantu rumah yang setia itu terus pergi. Alia menuju ke setti di ruang tamu. Telefon putih susu di capainya.
“Hello, Gary. Ini Alia.”
“Maafkan I, nama I sekarang Muhammad ikhwan Hafiz. Panggil saja Wan.”
“You dah peluk Islam? Syukurlah. Bagaimana dengan you Gar… eh Wan? Tersasul
 pula.” Dia terasa satu kelainan untuk menyebut nama baru si jantung hatinya itu.
            “Wan ok. Alia bagaimana?”
            “Macam Wan juga. Sebenarnya banyak yang Alia mahu cakapkan pada Wan tapi Alia tak boleh keluar.”
“Kenapa? Tentu sebab Wan kan? Wan minta maaf sebab Wan dah tahu segalanya tapi Wan tahu itu bukanlah keputusan Alia.”
            “Syukurlah masih ada insan yang memahami Alia.”
            Suasana sunyi. Ikhwan merasa sesak nafas manakala Alia sudah teresak-esak.
            “Wan, Alia rindukan Wan. Alia harap sangat dapat jumpa Wan walaupun seminit.” Katanya masih tersedu-sedu.
            “Sabar sayang. Wan pun macam tu tapi inilah dugaan cinta kita.”
        “Alia tahu Wan. Tapi adakah sedasyat ini? Alia tidak pernah merasakan sebegini hebatnya penderitaan.”
“Ini adalah dugaan yang datang dari Allah untuk menguji keteguhan cinta kita sayang. Andai Alia sentiasa setia dan sabar insyaAllah apa yang kita impikan akan jadi nyata. Kita akan dapat bersama nanti.”
“Terima kasih Wan. Alia akan ikut apa yang Wan katakan itu. Memang selama ini Alia terlalu ikutkan perasaan.”
“Berterima kasihlah kepada yang berhak Alia. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui di atas segala yang berlaku. Yang penting Alia tabahkan diri.”
“Baiklah. Wan jaga diri baik-baik ya. Memang masa tidak mengizinkan kita untuk bersua namun percayalah Wan tetap di hati. Assalamualaikum.”
“Waalaikumussalam.”
Gagang telefon diletakkan. Di sini dan di sana, ada air mata yang mengalir dari dua jiwa yang terluka kerana orang ketiga…
 

 "Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau lapangkanlah dadaku, tenangkanlah fikiranku dan permudahkanlah segala urusanku.... Amin"

No comments:

Post a Comment

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]