Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera
Rumah Seri Kenangan Taiping merupakan destinasi terakhir Trip Kem Bersepadu 2014 baru2 ini. Setelah selesai mengemas segala barang dan kelengkapan di tapak perkhemahan, kami menuju ke RSKT yang berada di bandar Taiping. Hati saya agak libang libu untuk ke sana... kerana bermacam2 benda saya fikir terutama bagaimana untuk bersemuka dengan ibu dan ayah yang telah menghuni rumah itu setelah sekian lama. Air mata saya memang mudah saja mengalir apabila melihat dan mendengar kisah mereka.
Papan tanda berdekatan pintu masuk, hampir usang sebenarnya. Saya fikir kalau dicat atau dibaik pulih itu akan lebih menarik dan ceria.
Dewan di mana kami akan berjumpa dengan orang tua-orang tua yang terpilih. Nampak macam bangunan lama struktur dulu2.
Antara wajah2 yang ada, ada yang tersenyum, ada yang termenung. Awal2 lagi kami sudah diberitahu supaya tidak bertanyakan soalan sesntitif kepada warga tua di sini. Makcik baju merah tu siap angkat ibu jari bila saya ambil gambar. Tersenyum manis aje... cayalah!!
Setelah diberi sedikit penerangan tentang warga tua yang ada di RSKT, 3 orang dijemput untuk berkongsi mengapa mereka berada di situ. Masa ni la nak mengalir air mata, walaupun di tahan tapi ia mengalir jua.
Pak Kasim. Saya tak ingat apa kisahnya dia masuk ke RSKT ni.
Ini Opah Su. Masuk ke RSKT atas kerelaan sendiri setelah krisis anak dan menantu. Sedih dengar citernya tapi sedaya upaya tahan dalam hati aje.
Uncle Vincent (harap betul la namanya ni, ingat2 lupa....) yang suka menyanyi dan handal bermain harmonika. Dia menyanyikan lagu Inggeris pada hari itu. Suaranya sedap... Sempat lagi dia smash kami. Datang dari Cameron tapi tak bawa sayur.... adushhh
Seorang lagi yang memperdengarkan nyanyian, tapi saya tak ingat pulak namanya. Rasa macam Makcik Mimi... Lagu Hitam Manis yang didendangkan ada erti yang mendalam katanya.
Selepas persembahan nyanyian, giliran budak2 pula tunjukkan bakat. Dah katanya pun datang nak menghiburkan, kena la buat persembahan. Ingatkan nak buat lakonan malam kebudayaan tu, rupa2nya nyanyi lagu 1 Malaysia. Lantak la labuuuuuu. Pastu ada la nyanyi lagu Cina dan menari. Tengok happy je semua orang...
Sedikit hamper sebagai tanda penghargaan.
Bergambar kenang-kenangan. Masa ni saya masih ingat betapa eratnya pelukan makcik yang menyanyi tadi, boleh rasa kasih sayangnya yang tidak tahu mahu ditumpahkan kepada siapa. Semoga Allah sentiasa memberkati kehidupan warga emas di sini.
Dah siap dekat dewan ni, kami2 dibawa melawat ke asrama dan dilarang dari mengambil gambar. Kawasan tu dibahagikan pada 3 iaitu wad 1, wad 2 dan wad 3 tapi ada yang berbentuk bilik, dorm dan terasing (penjagaan rapi + masalah mental). Bila masuk dalam tu macam2 yang boleh didengari. Kebanyakan warga tua ni kesunyian, dan tak ada orang nak sembang2. Ada tu bila nampak budak2 je terus menjerit2 nakkan perhatian.
Di dalam dorm, mereka bercampur pelbagai kaum. Saya ada la sembang dengan sorang makcik ni... Dia hilang penglihatan, masuk ke RSKT atas kerelaan sendiri kerana dibuang oleh saudara, anak pun tak ada. Tapi yang bagusnya makcik ni pernah wakil RSKT untuk tilawah Al-Quran. Adoi bayangkan ya, yang mata tak nampak tapi boleh hafal, kita (saya...) yang cerah mata ni pun tergagap2 lagi. #tibatibasedardirisekejap
Walau apapun, saya mendoakan agar semua warga emas yang ada di sana berbahagia sentiasa. Buat semua anak yang masih ada ibu bapa, jangan lupa jasa mereka selama ini.... ♡♥♡♥
"Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau lapangkanlah dadaku, tenangkanlah fikiranku dan permudahkanlah segala urusanku.... Amin"
nice sharing
ReplyDeleteSempena cuti baru cina kami akan ke sini
ReplyDelete