Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera
Alia merenung wajahnya di cermin. Dia bertuah kerana
dikurniakan raut muka yang cantik dan menarik. Tangannya membuka kotak muzik
yang dihadiahkan oleh Wan pada harijadinya yang lalu.
Muzik
yang romantik berkumandang perlahan. Dengan serta-merta wajah Wan melayang di
birai matanya. Tiba-tiba dia jadi rindu. Lantas dia ke bawah dan menelefon Wan.
Lama
dia menunggu…
“Mustahil
Wan tiada di rumah.”
Dia
menunggu lagi…penuh harap.
Dalam
pada itu dia terpandangkan wayar telefon yang berjuraian. Rupanya ia telah
dipotong! Alia mendengus marah.
“Papa!”
Jeritnya di dalam hati.
Alia
kemudian berlari ke biliknya. Datuk Quzair memang sudah melampau. Alia
merancang satu perkara sulit. Dia membuka almari baju dan menyelongkar laci.
Sepasang denim biru dan T-shirt putih dicapai dan pakaian itu lantas
disarungnya. Kemudian dia mengeluarkan kamera, pisau, Coke, jajan dan beberapa
peralatan yang lain. Kesemua bahan itu
dimasukkannya ke dalam beg galas.
Dia
mencapai topi di dinding dan memakainya. Rambut paras bahunya diselitkan ke
dalam topi membuatkan dia kelihatan seperti lelaki. Memang! Kalau boleh dia
mahu kelihatan seperti lelaki supaya rancangannya berjalan lancar. Alia
menggalas beg dan melangkah keluar.
Alamak… lupa pulak!
Porch hitam dicapai dan dipakainya di
pinggang.
“Mama,
papa, Leesa nak keluar.” Ucap Alia kepada mama dan papanya yang sedang makan
tengah hari.
“Ke
mana? Dengan siapa?” Papanya menyoal.
“Ke
Desaru dengan Farouk.” Jawabnya. Namun sememangnya dia telah menipu.
“Dengan
Farouk? Kenapa dia tak jemput?” Papanya menyoal lagi. Dia memandang Datin
Syabillah seraya senyum dan mengangguk.
“Farouk
tunggu di simpang jalan. Lagipun kawannya ikut serta. Kami mungkin balik malam
nanti. Mama, boleh Leesa gunakan kereta?” Ucapnya dalam nada gementar.
Mamanya
cuma mengangguk sedang mulutnya masih mengunyah nasi. Alia kelegaan.
“Terima
kasih mama, papa. Leesa pergi dulu.” Dia melangkah ke pintu.
“Leesa!”
Langkahnya
terhenti. Matanya terpejam dan hatinya berdegup kencang. Dia memalingkan muka.
Suspen!!!
“Ada apa papa?”
“Bawa
kereta baik-baik ya.”
Fuh…
sekali lagi Alia bernafas kelegaan.
Nak keluar rumah pun susah…
Garaj
yang mengisi kereta sport merah
dibuka. Dia memasang kunci dan memasukkan gear lantas kereta itu menderum
pergi.
Tangannya
menggenggam kamera.
“Parah
kau malam ni Farouk. Aku akan membuktikan segala-galanya pada mama dan papa.”
Ikhwan
mengarahkan Harley Davidsonnya ke Jalan Raja Lama. Mungkin si Farouk telah
menunggunya. Perhitungan akan dibuat bersama Farouk. Kali ini Alia yang menjadi
sandaran. Ikwan memang pantang dicabar. Farouk meminta dia datang ke tempat itu
seorang diri. Sebagai anak jantan dia akur. Lagipun tiada apa yang hendak
ditakutkan. Terdengar derum enjin kereta milik Farouk. Nyata dia menepati
janji.
Farouk
berdiri di sisi keretanya dan berhadapan dengan Ikhwan. Sebatang rokok
dihisapnya. Dia mempelawa Ikhwan. Dengan baik lelaki itu menolak.
“Kau
tentu tahu kenapa aku mengajak kau ke sini bukan?” Farouk memulakan.
“Sudah
terang lagi bersuluh.farouk, aku tahu kau lelaki hebat. Tapi kau cuma hebat
dengan harta dan rupa kau saja. Kau tak pernah bersyukur dengan kelebihan yang
kau ada.”
“Yes!! Yes!! Itu aku tahu. Aku cuma ingin kau jauhkan diri dari Leesa, itu
sahaja. She’s mine! She is my girl.”
“Kau
tunang dia, itu aku tahu. Tapi adalah Leesa pernah membenarkan kata-kata itu?”
Farouk
Isqandar terdiam
“Itu
aku belum pasti tapi aku tahu kami pasti akan bahagia. Aku sayangkan dia.
Tolonglah aku…”
“Sayang?
Sayang konon. Selama ni mana hilangnya rasa sayang kau tu? Berapa orang gadis
JB ni yang telah kau nodai tanpa perikemanusiaan? Sekarang baru kau rasa
sayang? Dah lama aku biarkan kau Farouk. Dulu kau yang merampas Elizabeth daripada aku.
Kau takkan tahu betapa hancurnya hati aku ketika itu. Sekarang aku takkan
biarkan kau merampas kebahagiaan aku sekali lagi.”
Farouk
Isqandar mendengus marah. Rahsianya terbocor.
“Itu
dulu. Sekarang ni aku dah berubah.”
“Ok.
Kita tunggu dan lihat. Ingat, the best men win. Kau jangan salahkan
sesiapa sekiranya Leesa memilih aku.”
Farouk
tersentak. Dia ingin mencapai pisau di dalam blazernya.
“Kau
jangan main kotor Farouk. Kalau aku nak aku pun boleh lakukannya tapi biarlah
kita bersikap gentleman.”
Ikhwan
menderu pergi. Dia puas hati kerana dapat menundukkan Farouk.
Sementara
itu, Farouk merasa tercabar dengan apa yang Ikhwan katakan. Segera dia ke You
& Me Disco and Pub untuk melegakan perasaannya yang tertekan.
Dalam
pada itu juga, Alia masih lagi di jalanan dalam keretanya untuk mencari Farouk.
Sudah hampir tiga jam dia memburu Farouk tapi masih hampa. Sedang matanya
melilau ke sana
sini, tiba-tiba dia ternampak Citreon Farouk tersadai di hadapan You & Me
Disco and Pub. Tidak lama kemudian dia ternampak Farouk keluar lalu dia segera
memfokuskan kameranya. Dua keping gambar diambil. Nampaknya dia bernasib baik.
Langkahnya di atur mengikut jejak Farouk.
Ini ke bakal
tunang aku?
Dia
turut merasa malu melihatkan kelakuan Farouk di dalam disko itu. Beberapa keping gambar diambil lagi.
Kali
ini Alia bersyukur kerana dengan gambar-gambar yang ada ini sudah pastinya akan
membuka mata mama dan papa yang selama ini memandang di luarannya sahaja…kaca
yang disangka permata.
Tiba-tiba
Alia merasakan kemenangan berada di pihaknya…
"Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau lapangkanlah dadaku, tenangkanlah fikiranku dan permudahkanlah segala urusanku.... Amin"
No comments:
Post a Comment
[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]