Tuesday, December 30, 2014

Belenggu #16 ~ Ikhwan...

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera



Ikhwan merenung laut yang membiru. Terbayang di matanya wajah-wajah yang tersayang. Dia mengeluh. Hampir seminggu dia berada di situ. Dan sepanjang tempoh itu dia tidak pernah melupai tanggungjawabnya sebagai seorang muslim. Pun jua pada Alia.



Saban masa dihabiskan bermesra dengan alam.  Tiada apa yang diperlukan kecuali kedamaian. Namun setiap detik rasa rindu mencengkam di tangkai hatinya. Dia cuba melawan perasaan. Dibiarkan rasa rindu melata di jiwanya. Tapi hari ini dia tewas. Dia terus menelefon Alia.
Toot… toot…
Tiada jawapan. Dia terus mencuba. Kemudian terdengar gagang di angkat.
“Hallo, siapa yang bercakap ni?”
“Ikhwan… Muhammad Ikhwan Hafiz. Boleh saya bercakap dengan Alia?”
“Tunggu  sekejap ya. Nanti saya panggilkan.”
Datin Syabillah yang mengangkat telefon itu tidak curiga. Mungkin kawan kawan lamanya. Dia melangkah ke bilik Alia yang terkunci rapat.
“Leesa, ada call.”
Alia diam tidak menjawab.
“Dengarlah cakap mama Leesa. Kalau Leesa terus macam ni siapa yang susah? Betul Leesa tak nak jawab telefon tu? Kalau tidak mama nak cakapkan.”
Alia masih diam namun seketika dia teringatkan Ikhwan.
“Siapa?” Soalnya keras.
Datin Syabillah yang sedang menuruni tangga berhenti segera.
“Entahlah tapi callernya lelaki. Namanya Ikhwan…”
Belum sempat mamanya habis bercakap, Alia meluru keluar. Nyaris-nyaris dia melanggar mamanya. Dia berlari ke arah telefon.
“Hello, Wan. Apa khabar?”
“Hello, khabar baik. Alia apa khabar?”
“Baik. Wan bagaimana?”
“Macam biasa.” Ikhwan memejamkan mata. Dahinya berkerut.
“Alia, Wan minta maaf sepanjang perhubungan kita seandainya ada yang Wan lakukan telah melukai hati Alia.” Ucap Ikhwan dengan nada yang bergetaran.
“Wan, jangan cakap macam tu. Alia sayangkan Wan. Tolonglah jangan salahkan diri sendiri.” Alia menjawab. Dia menangis kesedihan. Tanpa menghiraukan mama yang sedang memerhatikannya.
Suasana senyap sunyi.
Ikhwan diburu kesakitan. Alia terdengar Ikhwan mengeluh.
“Wan. Wan. Kenapa ni?” Alia menyoal namun tiada jawapan.
Ikhwan sedang bergelumang dengan kesakitan! Telefon ditangannya terlepas. Dia pengsan.
“Wan. Wan… jangan tinggalkan Alia Wan!!!” Alia menjerit sekuat hati. Dia tersedu. Mama cuba mententeramkan anak gadisnya yang bagaikan diserang histeria. Tapi, Alia terus menjerit…  
 
 "Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau lapangkanlah dadaku, tenangkanlah fikiranku dan permudahkanlah segala urusanku.... Amin"

1 comment:

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]