Monday, December 15, 2014

Sate Ayam Rempah Terengganu

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Saya ni kalau buat sate, jarang sangat nak dapat yang perfect, yang sedap dimakan seperti sate kajang atau sate yang sewaktu dengannya. Bukanlah takleh makan langsung, cuma kadang tu tak sesedap yang dibeli la. Masa gi Terengganu baru2 ni, saya beli peket rempah sate, kebetulan teman member nak beli rempah nasi dagang. Dah nampak tu saya ambil la 2 peket, konon nak buat masa Aidiladha tapi tak sempat, jadi bawa balik ke CH untuk cuba sendiri.


Untuk buat sate tu, saya beli daging ayam yang disediakan untuk chicken chop, iaitu bahagian paha tanpa tulang tapi masih ada kulit. Ada 8 keping semuanya berharga RM26. Balik rumah terus saya potong ikut saiz sesuai dan perap dengan rempah ni. Resepinya ada disediakan di paket pembungkus. 


Nak dijadikan cerita, dalam paket rempah sate tu, ada satu lagi rempah yang saya beli di tempat yang sama iaitu rempah ayam goreng berempah. Bila nak campurkan dengan bahan2 yag dimesin, saya dah tersilap rupanya. Saya terambil rempah ayam goreng!!! Itulah, warna lebih kurang sama cuma bila saya try masin manisnya rempah yang dibancuh, baru saya perasan rasanya agak pahit dan berbau ketumbar. Terdiam seketika di dapur, jadi saya ambil keputusan untuk bersihkan remaph yang tersilap guna tadi. Caranya dengan mencampurkan dan bilas dengan air sehinggalah hanya bawang yang tertinggal. Maksudnya semua rempah2 tu dah dibersihkan dengan air. Bila dah tinggal hanya bawang2 yang dimesin, barulah saya campur dengan rempah yang sebenar. Bila dah siap bancuh, rasa... ok la sikit daripada bancuhan yang pertama tu.

Kata akak penjual rempah tu jugak, sebaik2ya gunakan nisse untuk maniskan sate, kalau guna gula sate akan cepat hangit. Betul jugak kata akak tu... memang sate ni kurang hangitnya.


Mengambil cara mudah, saya hanya bakar sate ni guna pemanggang ajaib. Iyalah, buat pun tak banyak, hanya dapat dalam 20 cucuk saja tapi saiznya dalam harga RM1.50 gittew, saja cucuk banyak2 di setiap lidi, baru puas nak makan. Sate yang saya dah siap cucuk tu saya bungkus 5 cucuk 5 cucuk dan simpan dalam tempat beku. Bila nak makan keluarkan saja 1 bungkusan dan bakar. Mmmmmm bijak tak?


Senang jugak guna pemanggang ni, sate masak sekata dan tak perlu nak susah2 nyala api ke hape. Pastu rasa pun boleh tahan walaupun saya hanya makan gitu aje, malas nak buat kuah. Ada saya makan dengan laksa... ada saya buat lauk makan dengan nasi.


Ini la resepinya, saya malas nak tulis semula jadi saya snap gambar aje. Kalau ke Kedai Payang di Kuala Terengganu, cuba la cari rempah sate ni ya....

"Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau lapangkanlah dadaku, tenangkanlah fikiranku dan permudahkanlah segala urusanku.... Amin"

6 comments:

  1. Akak tengok macam sedap jer cheq shue... nanti kirim akak rempah tu boleh :)

    ReplyDelete
  2. alhai sodapnyer.... tp mls beno nk membuatnyer

    ReplyDelete
  3. Wana pun suka sangat makan sate..kalau ada rezeki cheq sue kena try makan sate kat sini.sate sipitang yang terkenal dengan kesedapannya :)

    ReplyDelete
  4. wahh.. siap ade resepi. bestnyaa.. saya suka makan sate, boleh try.. :))

    ReplyDelete
  5. dh lama plan nak bt sate tp tak terbuat lg..rs nk mkn je beli hihii..males bebenor nk bikin sndiri ^_^

    ReplyDelete
  6. terbaek..kecur liur tengok satey nie

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]