Friday, December 12, 2014

Belenggu #13 ~ Suasana...

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera



Suasana di villa dua tingkat berwarna putih dan biru itu lengang seperti tiada insan yang menghuninya. Tetapi dalam villa itulah terisinya sekujur tubuh yang kian lemah. Tiada muzik yang berkumandang hanya kedengaran lagu dendangan Allahyarham Sudirman yang berkumandang perlahan…
Sampaikan salam… buat semua… salam terakhir… salam teristimewa…
Itulah bait-bait lagu yang amat memilukan. Airmata berjuraian di pipi seorang pria yang dulunya ego. Inilah kali pertama di alam remajanya dia menangis tersedu-sedu. Begitulah Ikhwan, lakunya bagaikan seorang perwira yang telah kalah di medan perang.
Ikhwan memandang sekeliling. Matanya tertumpu pada Quran yang terletak di sisi meja. Dia mencapai kita suci itu dan membacanya dengan syahdu dan menyentuh hati. Seribu kedamaian diperolehinya…
Ahh…
Dia bersyukur kerana dipertemukan dengan Islam.


Ting!! Ting!! Ting!!
Loceng hadapan berbunyi.
Siapa yang datang ni?
Ikhwan segera membuka pintu.
“Assalamualaikum.”
“Eh Riki. Waalaikumussalam. Macam mana kau cari rumah aku ni?”
“Hey, aku kan agen FBI. Pusing-pusing sikit jumpalah.”
“Masuklah.” Kata Ikhwan disulami dengan ketawa memanjang. Kedua-dua perawan itu menuju ke atas.
Sepanjang di rumah Ikhwan hari itu Riki terperasan satu perkara. Satu kelainan yang ketara. Tiada lagi gurau senda. Wajahnya mendung bagai menyembunyikan sesuatu. Persoalan itu diluahkannya…
“Kenapa denagn kau? Tak sihat?”
“Aku? Aku ok je, kenapa?” Jawabnya sambil menayangkan susuk tubuhnya.
“Nah” Setin Coke dihulurkan kepada Riki.
Kepala Riki ligat berfikir. Dia tahu bahawa Ikhwan menghadapi masalah. Dari gerak dan air muka, sesungguhnya dia tahu.
Suasana sunyi. Kedua lelaki itu berdiam diri. Sudah berulang kali kedengaran Ikhwan mengeluh. Dia merenung alam melalui jendela yang terbuka luas.
“Kenapa dengan kau Wan? Cakaplah dengan aku. Kalau aku boleh tolong.” Riki mendesak.
“Aku tak ada apa-apa. Tapi aku ingat nak ke Singapura. Dah lama aku tak ke sana. Cuti pun lama lagi. Kau nak ikut?”
“Tak naklah. Aku dah ada rancangan lain. Kau nak ke Singapura, ke mana?”
“Cadang nak ke Sentosa Island. Kau tolong aku kemaskan baju.”
Riki mengangguk.
Beg galas yang sederhana besarnya dibersihkan dari habuk. Keperluan peribadi dan juga kamera disediakan. Riki hanya membantu. Ikhwan membuka laci dan mengeluarkan botol-botol ubatnya.
Riki yang memandangnya terkejut. Dia mula mengesyaki sesuatu. Walau bagai mana pun dia membiarkan fikirannya bercelaru.
Ikhwan menuju ke almari di sudut bilik. Beberapa helai jeans dan T-shirt serta diari diambilnya. Tiba-tiba Riki ternampak satu sampul surat kuning yang agak besar di dalam almari  yang satu lagi. Dia segera mencapai sampul surat itu dan membukanya.
“Ya Allah!” Terpacul ucapan itu dari mulut Riki setelah membaca apa yang terkandung di dalamnya. Matanya mulai merah dan nafasnya menyendat di dada. Dokumen itu disimpannya kembali.
Ikhwan tidak menyedari perkara itu. Riki diselubungi kesedihan. Entah mengapa dia begitu sedih kali ini. Air matanya berjuraian. Kini dia menjadi juara yang tertewas. Dia melangkah perlahan ke arah Ikhwan.
“Kau rahsiakan sesuatu dari aku, Wan?” Tanya Riki kepada Ikhwan yang sedang memasukkan pakaiannnya.
Ikhwan berpaling. Terkejut dia melihat Riki yang kesedihan.
“Tak ada apa yang hendak dirahsiakan.” Balasnya dengan nada yang bergetaran.
“Dengan aku pun kau nak berdalih? Aku dah tahu segalanya. Envelop tu dah memberikan aku jawapannya. Kau masih menafikannya.” Jawab Riki kemudian. Ada nada marah dalam suaranya.
Ikhwan terkedu. Dia tidak menjawab.  Dirinya mula diselubungi keresahan. Ikhwan lantas memeluk Riki tanpa ada rasa segan.
“Aku bukannya hendak berahsia dengan kau tapi kasih sayang antara kita yang membataskan segalanya. Aku sayangkan kau.”
“Alia bagaimana?”
Alia???
Ikhwan menggelengkan kepalanya.
“Kau tolong sampaikan ini kepadanya.” Sepucuk surat dihulurkan kepada Riki.
“Tolong rahsiakan perkara ni.”
Riki mengangguk.
Mereka telah tertewas…


"Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau lapangkanlah dadaku, tenangkanlah fikiranku dan permudahkanlah segala urusanku.... Amin"

1 comment:

  1. akak tak syok la baca sikit2... sgt menganggu minda tau sbb nk tau apa yg jd lps tu n lps tuh... hehehhe

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]