Wednesday, December 31, 2014

Refleksi 2014

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Hari ini 31.12.2014, hari terakhir dalam kalendar 2014. In Sha Allah jika diberi keizinan allah SWT esok kita semua akan melangkah ke tahun baru 2015. Mengenang kembali apa yang berlaku sepanjang tahun ini, sudah pasti kita semua ada catatan suka dan duka yang akan tersimpan di lipatan memori tersendiri. 

Kisah suram yang melanda negara, yang setelah sekian lama masih belum ada jawapannya... dan tak perlulah saya huraikan panjang lebar. Setiap dari kita ada pandangan tersendiri, yang pastinya setiap apa yang berlaku datang dari Allah yang menguji secuit dari kita supaya tidak leka dan lupa kepadanya.
 

Saya ingin membuat refleksi pada kehidupan saya sendiri, agar lain kali saya dapat membaiki segala kelemahan dan kelebihan diri saya. Nampak tak kt situ, dah rindu sangat nak gi sekolah... refleksi... refleksi... tak sabar nak tulis buku rancangan mengajar barangkali... Sedikit catatan peribadi.



Azam 2014
Saya tak menetapkan sebarang azam untuk tahun 2014. Bukan apa, saya dah sedia tahu yang saya tak mampu nak capai semua yang saya tuliskan. Konon nak diet, nak turun XXL ke XL, tapi yang sudahnya beli baju makin nak kena tambah saiz pulak. #redha

Kahwin... tak boleh dijadikan satu azam. Saya memberi peluang kepada diri saya untuk membina keluarga tetapi sayangnya masih tiada bayang2, tiada jalan yang terbentang... Saya percaya yang urusan jodoh nikah kahwin ni rahsia Allah... saya tak tahu apa yang telah Dia rencanakan untuk saya, jadi saya hanya mendiamkan diri dalam perkara ini. 

Hajat nak buat kediaman sendiri masih belum selesai, harap2 dapat la mula awal tahun nanti. Rasa nak sekeh diri sendiri sebab too slow to move... #hurmmmm

Kehidupan Peribadi
Bab ni susah nak cerita.... Secara keseluruhan saya merasakan kehidupan peribadi saya agak baik pada tahun ini.

Hubungan saya dengan Allah... kadang2 sembahyang di hujung waktu... kadang2 tak sempat sembahyang... bab doa... In Sha Allah akan saya perbaiki sebaiknya. Saya ingin menjadi hamba yang tahu di mana kedudukan saya, yang tahu berterima kasih dan sentiasa berusaha menjadi lebih baik.

Hubungan saya sesama insan... Terlalu banyak kisah yang berlaku, yang memberi kesan pada emosi saya, yang membuatkan saya berfikir 1000 kali tentang kelemahan diri sendiri. Banyak kisah yang berlaku berkaitan dengan orang2 yang saya sayang, yang pastinya banyak mencurah air mata dek kerana penyesalan... dan sudah tentu kesannya pada hati nan kecil ini. Saya cuba untuk tidak berkata apa2... lalu segalanya saya tanggung sendiri dan Alhamdulillah Allah ada bersama2. Di penghujung tahun ini, saya banyak mengajar diri sendiri agar jangan mudah teremosi ataupun tersentap... boleh gitu....

Kewangan
Alhamdulillah dari segi kewangan tahun ni agak memuaskan. Walaupun tidak bermewah2 tapi masih boleh dikongsikan dengan orang lain... masih boleh simpan sesikit dalam bank... harap2 tahun depan macam tu jugak. Tahun ni jugak dah habis bayar kereta... Alhamdulillah. Harap2 tak berkira nak bersedekah, bantu orang2 yang memerlukan.

Kerja Mengajar / sekolah
Banyak projek pengajaran yang tergendala dek kesibukan mesyuarat sehingga ke hujung persekolahan. Defisit pembelajaran agak tinggi... hingga tak terbayar. Walaupun ditinggalkan kerja namun hasilnya tidak memuaskan seperti dengan bimbingan guru. 2015 pastinya lebih mencabar dengan 2 kelas SPM yang perlu dibimbing. Anak2 MPV yang sangat baik walaupun sedikit lemah pastinya memerlukan perhatian lebih dari anak2 kelas kedua. Harap2 tahun depan dapat habiskan lebih banyak masa di sekolah.

Projek bekal sekolah pun hanyak sekerat jalan, berjaya sehingga bulan Jun. Bila mula puasa, raya, dan cuti itu ini dah tak daya nak masak bekal, makan saja di kantin atau tapau. In Sha Allah projek ni akan diteruskan, sementelah dah dapat bayangan yang harga makanan di kantin akan dinaikkan. Kita tengok la nanti macam mana.


Walau apapun yang berlaku dalam tahun 2014, saya berharap kedatangan 2015 akan memberi 1000 erti, mana yang baik kita teruskan dan yang buruk itu kita jadikan sempadan. Baiki segala kelemahan, bersyukur dengan apa yang ada, redha dengan ketentuan Tuhan dan jangan sesekali menongkah langit kerana kita di sisiNya semua sama.

Salam sayang penuh cinta....

"Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau lapangkanlah dadaku, tenangkanlah fikiranku dan permudahkanlah segala urusanku.... Amin"

4 comments:

  1. setiap yang terjadi pasti ada hikmahnya kan cheq sue..moga tahun 2015 membawa sinar pada kita semua :)

    ReplyDelete
  2. Selamat tahun baru...semoga semua hajat dapat tercapai tahun ini..

    ReplyDelete
  3. marilah kita jaga hubungan dengan Allah..dengan itu semua urusan kita akan menjadi mudah..peringatan buat JM juga

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]